Thursday, 27 October 2016

Korean Drama Lover


Aloha…wahahaha!!
Lamanya nda buka blog Kak Enie ni..bersawang bah.
Pakabar kamu? Sihat bah kan..Kak Enie pun sihat.
Ekk..Nuffnang Kak Enie Pun bersawang sudah kali arrr. Kekeke

..
Siapa peminat Korean Drama..??
Angkat tangan..kita ging!!
Trending sekarang Moon Lover Scarlets Heart Ryeo..
Fight with… Moonlight Drawn By Cloud dan Descendant Of The Sun.

Latest Drama..Dan macam best punya cerita!!
Memang buat kita ketawa ja..hak hak hak!!
1.. Go ho’s The Starry Night or Gogh The Starry Night.
2.. The Man Living In Our House.

That’s My Favourite, banyak lagi drama lain yg on airing.
Yang suka Romance lovey dovey, Thriller, Family  ..sure suka tengok..
1..  Jealousy Incarnate
2..  On The Way To The Airport
3..  Shopping King Louie
4.. Our Gab Soon
5.. The K2

..Opsss..banyak lagi sebenarnya..

Korang suka kumpul Drama or Movie..?
Meh Kak Enie Share Aplikasi paling Kak Enie suka.
Sebab Kak Enie boleh download or tengok secara online.,but better download la kan.
So setiap malam memang kak Enie akan download at least satu drama or movie.
Korang nak juga???
Macam ni rupanya

.. Nahhh Install dulu App ni ya..

DRAMANIA

Dramania (klik Sini)


*Reminder..This App could harm you handphone!! Download dari Google bukan market berdaftar so AntiVirus wajib kuat. Nanti ada pula handphone blackout.

Kalau nda dapat install..korang kena tick dulu Unknown Sources  di Security Setting.
Dah install tu..jangan lupa UnTick..takut nanti macam-macam virus pula mau masuk tingkap handphone korang. Hehe.

Oppss!!..Don’t forget to download MX Player .. App ni ada di Google Play..so selamat.

Kenapa kena download MX Player sebab best lerr kalau nak tengok drama tu…Automatic play..nda perlu buka satu-satu.
Leceh bah kalau terpaksa buka one by one..kan kan kan!!..so pegi download naa JJJ

..Kenapa Kak Enie suka Dramania…??
Sebab dia ada drama Jepun, Taiwan, Korea dan China.
So memang banyak sangat..Rasanya ada ribuan drama dan Movie.
Kalau Kak enie nak download..ambil masa cari drama or movie..tick sebagai favourite supaya senang kerja.
Untuk latest drama..sila taruh dalam favourite juga supaya uols dapat info update dalam notification handphone korang.

Dapat Notification Macam ni
..
ERmmm..kalau download guna handphone..mesti kena guna banyak kouta..
Sah..menda ni timbul difikiran..kan kan kan..

That’s why kak Enie suka guna Maxis..boleh ja guna kouta free start jam 1 pagi till 7 pagi.
Nda mau berjaga..boleh saja download sebelum subuh tu hah.

Beb kouta free..Maxis memang the best..kebiasaan time ni Unlimited Kouta but sekarang dia kasi 10G semalam..kira ok la kannnn…siapa nak kasi

Kak Enie biasa beli kouta RM30 or RM60..do memang agak lama la tempoh percumanya tu.

..
Okey arrr..Ka Enie chow dulu..budak kecik sorang ni merengek dari tadi mau menaip juga.
Sabo ja laa.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 29 June 2016

Closing Day Bulan Jun

Closing Day tinggal sehari lagi. Esok...30 Jun 2016

Hehe..prepare belanja selepas raya.

Dan kebetulan pula maharani baru ja landing di Pulau Pinang.

Terpaksa seludup herba berhantu dari sana sebab di Sabah selalu tak cukup dan belum sampai heee..




Gara-gara ramai yang mau jadi cun luar dalam like Maharani Ci Xi la jadi macam ni.

..

Actually..nda tau mau tulis apa..lama nda jenguk blog ni..bersarang sudah bah..
Laptop AQ ke laut..motherboard rosak. Ni pun baru ja beli..kekeke..

Thanks..Arigato..to Encik Asben yang sudi belanja sebijik.

Semoga rezeki abang semakin berganda-ganda dan segala urusan dipermudahkan.

..
Ok arr...nda tahan dah kepala ni..toing toing sudah sakit betul..demam 3 hari sudah ni.
Janganlah sampai raya..baju belum sempat siapkan oter lagi..pasal tu la malas mau beli online kalau bab baju ni..kompom kena ubah,,potong itu ini.,,leceh!!


..Selamat Malam Semua.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 28 February 2016

Herba Maharani Herba Wanita

Apakah itu Herba Maharani?

Herba Maharani atau nama sebenarnya, Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Ramuan

Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Kesan pengambilan

Herba Maharani dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap & menguatkan badan. Jadi, ia menambahkan peluang untuk mengandung.

Kebaikan Herba Maharani

  1. Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
  2. Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
  3. Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
  4. Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
  5. Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
  6. Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme

Keberkesanan

  • Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
  • Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
  • Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
  • Menguatkan tenaga dan stamina.
     
Perhatian:
  • Ibu mengandung dilarang mengambil.
  • Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
  • Tidak sesuai diambil ketika selsema.
  • Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.

Cara Pengambilan

Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.
Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).
Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.
Tapi kalau nak makan malam pun boleh.
Makan mestilah bersama air suam.
Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba.
Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period)

Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.

Nota :
Jika anda rasa badan panas (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) selepas makan, anda boleh guna satu cara alternatif yang berikut:
(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan
(c) Minum lebih banyak air

Tips Pengambilan

Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
  (a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji hitam kecil
  (b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani

Pengambilan 6 hari berterusan selepas period boleh membantu menguatkan tubuh dan membekalkan nutrien kepada badan sebelum waktu pengovulan. Walau bagaimanapun, cara pengambilan Herba Maharani juga bergantung kepada kemampuan, keadaan dan ketahan badan individu. Jika tiada masalah ‘heaty’ selepas anda makan berterusan selepas period anda kali ini dan sehingga period yang seterusnya, anda boleh makan mengikut cara ini, dan tidak terhad kepada 6 hari sahaja.

Nota : Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama, cuma diingatkan makan produk-produk ini pada waktu yang berasingan. Jika anda terasa sebarang ketidakselesaan, anda dinasihatkan agar mengambil Herba Maharani secara selang hari. 
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>