Friday, 3 October 2014

Kerana 20 Sen

Assalammualaikum..morning All...

Sedang scroll down FB tadi..terbaca nukilan status Khairul Azhar Ghazali. Setuju sangat apa yang diperkatakan. Demi mengejar negara maju...rakyat kian terhimpit menjadikan impian negara maju itu pasti kian jauh...kenapa??..majukah sebuah negara jika rakyat dalam kemiskinan dan kepayahan. Kenapa dijauhkan lagi jurang yang sedia jauh. Yang kaya terus bertambah kaya dan yang miskin kian terpatah kakinya.

Hanya kerana 20 sen..

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang Facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan...

Kredit To FB Khairul Azhar Ghazali

Kita renungkan bersama.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment