Tuesday, 14 October 2014

Impian Seorang Isteri Dan Ibu

Assalammualaikum..Selamat Nak Tengahari.. >_<

Sebagai seorang  manusia setiap orang mempunyai impian dan angan-angan sendiri untuk diri, keluarga dan orang disekelilinginya. AQ juga tidak terkecuali. Semasa kecil..punya impian mahu lekas besar dan dewasa kerana ia kelihatan menyeronokkan dan penuh kebebasan...walhal impian itu sebenarnya terlalu banyak simpang dan likunya. Kita pasti akan dewasa namun kedewasaan itu datang bersama pelbagai dugaan dan pilihan. Setiap dugaan dan pilihan itu memiliki intipatinya yang tersendiri. Sama ada kita mampu memikulnya, ia bergantung dengan kekuatan kita.

Meningkat remaja...Bahagia melihat mereka yang punya kerjaya dan keluarga kecil sendiri dan AQ memasang impian punya keluarga juga. Ada suami dan anak2..Wah Awalnya impian..kehkeh..Belajar hingga kepuncak untuk mencapai apa yang kita mahukan. Punya kerjaya yang memberikan kepuasan kendiri. Ia adalah zaman penuh keriangan..Nikmati selagi masih boleh bersama rakan persekolahan Kerana ia adalah zaman yang paling dirindui. Segalanya bermula disini!!

Perlahan-lahan meninggalkan zaman remaja dan semakin menghampiri zaman dewasa yang belum tentu menjamin kedewasaan seseorang. Ketika inilah ujian sebenar mendatang. Alam kerjaya, perkahwinan dan keluarga. Semuanya sangat menguji kekuatan...bukan saja kekuatan fizikal tapi juga mental dan rohani. Penuh liku...namun setiap liku itu semakin memberikan kedewasaan dan kekuatan dan kedayaupayaan dalam mengharungi kehidupan.

Setelah punya suami..Impian menjadi seorang isteri yang bukan sahaja boleh membahagiakan suaminya didunia tetapi juga akhirat. Menjadi kebanggaan dan kegembiraan pemilik tulang rusuk sebenar. Bimbingan, teguran dan tunjuk ajar pencorak untuk masa depan. Toleransi dan kesabaran paling perlu bukan sekadar cinta dan kasih sayang semata. Hubungan kemanusiaan itu biarlah hingga ke Jannah. Allahuakhbar..Amin.

Punya anak mengajar dan mencelikkan kekhilafan dan kealpaan..menunjukkan apa sebenarnya itu kedewasaan. Tanggungjawab kepada suami, anak-anak, ibu bapa, keluarga, sanak-saudara dan sejagat. Ketika inilah, apa yang telah dipelajari sedari zaman kanak-kanak hingga dewasa dipraktikkan.

Merasai kepayahan dan keperitan bagaimana seorang ibu membawa kita kedunia...meneladani kesusahan dan kesungguhan seorang ayah membesarkan anaknya dari sudut yang sering dipinggirkan. Semuanya menyedarkan betapa impian itu sebenarnya perlu dibayarkan dengan sesuatu yang tidak mampu dinilai dengan wang ringgit walau emas sekalipun. Hargai apa dan siapa yang ada disekelilingi kita kerana ia adalah satu-satunya harga yang paling berharga.

Melihat jernih mata anak-anak dengan keletah dan kepetahan mereka seringkali membuat kita terfikir...berjayakah kita mencorak dan mengolah mereka menjadi seseorang yang bukan saja membanggakan dan menggembirakan didunia tapi juga akhirat. Mampukan memberikan teladan dijadikan tauladan dikemudian hari.

Apa yang termampu...Usaha sehabis daya dengan harapan dan doa yang tidak berpenghujung. Tanam dalam hati betapa nilainya erti kekeluargaan dan kemanusiaan semoga apa yang kita impikan juga menjadi impian mereka suatu hari kelak.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

1 comment:

  1. Jangan pernah berhenti usaha. Saya masih dalam fasa bujang. Taktau lah fasa seterusnya macam mana :)

    ReplyDelete