Friday, 10 October 2014

Apa Makna "SAYANG' Kepada Kamu

Assalammualaikum...

Dalam Kehidupan kasih sayang dan cinta adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.
Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.

Namun ketiga-tiga perkataan itu mempunyai makna yang berbeza walau maksudnya hampir serupa.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah bismillah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.


Zaman Cyber ni..banyak sekali kita lihat ramai orang yang menyebut atau memanggil 'Sayang' atau 'dear' kepada sesiapa saja. Jom kita tengok apa hukumnya kita berbuat demikian.


Panggilan 'Sayang' kepada bukan Mahram

Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.

Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri". Hadis riwayat Muslim: 5240.

Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).

Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925


Istimewanya Panggilan 'Sayang' (Tidak terhad kepada Sayang saja..juga panggilan lain seperti 'Baby', 'Manja', 'Dear'  or apa saja)

Bagi AQneey...panggilan 'Sayang' adalah pangggilan yang cukup special walaupun kedengaran seperti ianya hanya sebutan atau timangan dari seorang suami kepada isteri atau sebaliknya. Ia menunjukkan keintiman antara keduanya. Betul tak begitu?

Di Dunia Sosial...memang cukup ramai yang gemar memanggil sahabat muka buku, insta, twitter dengan panggilan 'sayang'..begitu juga dengan dunia perbualan maya seperti Whatsapp, Beetalk, Line dan banyak lagi. AQneey juga antara mereka-mereka yang menerima panggilan sayang itu. Memang sangat pelik walaupun kita sayangkan kawan kita..tapi seseorang lain (Perempuan/Lelaki) memanggil kita 'Sayang' selain suami dan ibu bapa..whoahooo..memang AQ terasa kejanggalan dan kepelikan tahap dewa. Memang kita sayangkan mereka tapi berserta panggilan 'Sayang'???..Wah!..Ganjil..! (ooo..AQ baru turun dari Planet Namek?)

Maaf kepada mereka-mereka yang pernah panggil AQneey 'Sayang'..
AQ memang tak suka apabila ia berlaku. Bagi AQ ia hanya khas untuk suami dan anak-anak. But jangan kata AQ tak sayangkan korang..AQ sayang korang sebab korang adalah kawan-kawan AQ cuma kurang selesa dengan panggilannya saja.

Namun..bagi yang lain..terpulang..! kerana panggilan itu universal...bagaimana timangan dan panggilan itu diadaptasikan ikut keselesaan korang tetapi telah dinyatakan hukumnya.

Bila hubby panggil AQ 'Sayang'..memang seronok sangat kerana ia menunjukkan bahawa dia menyayangi AQ..tak gitu??..heheh...berbunga jiwa. Bayangkan jika suami kita panggil perempuan lain 'Sayang'...terbakar jiwa jooo!!. Apa pula jadinya jika kita panggil lelaki lain 'Sayang'...wahahaha sah ada yang kena jelingan maut. Silap-silap ada pula yang dapat penampar killer.

Tapi bagaimana pula situasi panggilan 'Sayang' sama jenis/jantina?..Perempuan dengan perempuan?..AQneey tak tau nak kata apa...blur terus!!. Lelaki dengan lelaki..? &%*$#^^%$#...AQ dah pening lalat..macam nak muntah pun ada...Nak plastikkkkkkk...!!!

Hehehe...Jangan marah..ini adalah apa yang AQ rasa dan fikir. Pasti setiap orang mempunyai pendapat sendiri. 

Sama-sama kita fahaminya ya..semoga apa yang AQ katakan tidak menyinggung mana-mana hati kerana 'Sayang' itu terlalu luas fahamannya.




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

2 comments:

  1. Bagi saya, terpulang kepada seseorang. Ada yang jenis tunjuk sayang dengan kata2 dan ada yg jenis tunjuk dengan perbuatan sbb dia tak pandai nak luah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sebab ia universal..(ntah ya..ntah tidak..hihi)

      Delete