Sunday, 5 October 2014

1st Love

Assalammualaikum.. ^_^

Hari ni..konon2 nak ubahsuai sikit perabot kat rumah ni. Ada tikus mengganas...bahaya kalau ada tikuskan. Kat rumah ni dah puas ikhtiar macamana nak halau tikus2 tu semua tapi tak berhasil..dah banyak barang yang terpaksa dibuang sebab dorang gigit. Sofa yang baru beli pun dah berlubang..geram betul.

Tapi..sesi ubahsuai tu bertukar jadi sesi borak sembang 'skodeng' kisah cinta hubby dulu2..hihi. Jahat kitaorang..sampai malu dia..kah kah. Yang cunnya..AQ kenal pula 'SiCinta Hati' dia tu. Siap boleh kutuk lagi..kekeke..Cikgu kat sekolah time form 5 dulu. Memang kelas kitaorang tak berapa nak minat dengan dia sebab muka selalu masam..jarang nak senyum dengan  kitaorang..satu kelas tu. So..adalah geng2 lain tu buat 'nama timangan' untuk dia...Jangan marah ya cikgu!!

Tapi memang betul2 tak sangka..dorang boleh tangkap cintan..sungguh..seorang muka garang seorang perangai ganas tapi dalam hati ada taman..ekekek.

But at the same time..AQ feel sorry for them. Kalau tahun 90-an dulu boleh berhubung seperti sekarang sure dorang dah bahagia sebab dua2 jenis setia. Dah beranak pinak baru terjumpa semula. Everything was too late kan. Namun siapa kita nak memperkatakannya coz everything sudah ditentukan..so just move on..be a friend and have a good time..AQ tak kisah pun.

Engko tak cemburu ke?? For the 1st time dulu..9 years ago..ada juga perasaan cemburu tu sebab time AQ budak2 lagi..baru saja masuk 20 tahun, ada juga hubby cerita sikit sebab AQ terbertembung dengan cikgu tu but hubby tak berani pula nak datang dekat..maybe nak jaga hati AQ. Mula2 hubby tak nak cerita juga masa tu but AQ terusan tanya dia..dia just bagi tahu kawan satu kelas. Kawan satu kelas? tapi macam takut2 nak bersua muka....ermm..i know something fishy. Naluri seorang isteri seperti magic. AQ tahu pasti ada kisah antara duanya dan i am totally right. Kasih pernah berputik dan AQ pasti ia kekal ada. siapa pernah melalui kisah cinta pertama yang ikhlas namun tidak kesampaian pasti tahukan. Walau sejauh mana cuba didalih..walau sekuat mana cuba menafikan.. kasih itu tetap masih ada walau sedikit.

AQ bukan seorang wanita yang sempurna namun AQ sedang berusaha untuk melengkapkan dan menguatkan ikatan 'tulang rusuk' hubby. AQ adalah sahabatnya yang paling dekat dan dipercayai walau ada ketikanya ia menyakitkan. AQ juga adalah isteri yang terlebih dahulu akan memahaminya lebih dari orang lain, menyokong sekuat mungkin tika dia goyah, tempat dia bersandar tatkala dia memerlukan. Jika bukan seorang isteri yang melakukan..jadi siapa lagi??

Cemburu?..siapa yang tiada perasaan cemburu namun apa perlunya?. Cemburu biar kena pada tempatnya. Percaya juga harus kena pada ketikanya. Jika AQ cemburu, bagaimana pula jika berada ditempatnya? Biarlah perasaan cemburu itu menguatkan apa yang ada bukan merungkai apa yang terikat.

Dalam hubungan suami isteri (AQ bukan pakar tapi ini apa AQ percaya) syak dan cemburu..memang wajib ada. Sekadar yang diperlukan, begitu juga dengan percaya. Jika percaya dan yakin membuta tuli...lebih banyak parah dari indahnya. Kepercayaan juga mampu memusnah. Jadi semuanya kena berpada. Betulkan..?






Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

3 comments:

  1. Kadang2 seronok bila cerita zaman dulu2, zaman cintan cintun. Tapi setakat ni sy tak pernah lagi bercinta dgn berlainan jantina. Kalau boleh nak kahwin terus jer. Hihi. Semoga akak berbahagia selalu :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...sue aq tag ko untuk liebster award http://ardiya-izwani.blogspot.com/2014/10/liebster-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank Miniey nanti Sy datang tengok arr

      Delete