Sunday, 19 October 2014

#mompreneur

Assalammualaikum...Selamat Malam

Lamanya nda update blog..too busy dengan benda2 yang nda pernah kita terfikirkan akan datang pada kita.. Usaha, doa dan tawakal sahaja yang kita mampu untuk menjauhkan perkara seperti itu terus berlaku.

Kali ini AQ nak share bagaimana AQ sebagai seorang surirumah sepenuh masa mampu menjana pendapatan hanya dari rumah sambil menguruskan suami dan anak2. Bukan tak nak bekerja dengan company or sapa2 tapi AQ lebih utamakan suami dan anak2 dan semua isteri mengimpikan benda yang sama. Menguruskan suami, menjaga dan melihat anak2 membesar depan mata.

Dengan latihan dan tunjuk ajar online, segalanya mudah...dan AQ cukup bertuah mempunyai Upline Seperti Kak Delia Zie Samad. Dia juga seorang surirumah tapi mampu berjaya dan baru2 ni dia berjaya memiliki sebuah kereta idamannya. Alhamdulillah..tahniah kak!.

Idamkan sesuatu yang besar dan korang akan memperolehi sesuatu yang besar juga. Jangan idamkan suatu yang kecil kerana ia akan mengecilkan usaha korang. Sentiasa positif dalam segala hal walaupun berlaku sesuatu yang membuatkan kita sedih dan kecewa. Ingat janji Allah, setiap kesedihan dan kesusahan itu telah disediakan kegembiraan dan kesenangan berlipatganda dari apa yang kita inginkan..

Syaratnya sangat mudah, tahu bagaimana menggunakan aplikasi online seperti Facebook, Instagram, Twitter atau apa saja laman sosial..korang mampu menjana pendapatan korang sendiri walau dengan jendela yang tertutup. Biar orang kata kita seperti katak dibawah tempurung...biarkan kerana realiti kehidupan zaman ini semuanya dihujung jari saja. Klik saja apa yang korang ingin tahu pasti korang akan memperolehinya. Maknanya..tiada lagi istilah dibawah tempurung kerana istilah itu sudah lapuk ditinggalkan zaman.

Dengan produk yang sangat laris dipasaran, memang sangat banyak saingan...jangan takut dengan saingan kerana saingan dan kegagalan itulah yang akan mematangkan kita dan dari situlah usaha yang lebih jitu akan wujud...bayangkan dan lihatlah kemanisan atas setiap kepayahan yang korang lalui. Ianya pasti lebih indah dan manis.

Sapa nak join AQneey?...Jom kita mulakan perniagaan dari rumah..
Boleh hubungi
AQneey @ Enie di
- 017 8606362 (Whatsapp dan Telegram)
- Enie Runzee (Personal & Page)
- Enie_Runzee (Twitter)
- Enierunzee (Instagram)

Jangan malu dan segan untuk berjaya kerana AQ juga memulakan dengan sedikit kesukaran.
Good Luck!!



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 14 October 2014

Ini Apa Cerita?

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil  menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Merompak hnya contoh shj. Anda tidak diminta merompak.

Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar.. ini dinamakan "BANGANG TAK BERTEMPAT" 

Moral : Fikir Sendiri >_<

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Impian Seorang Isteri Dan Ibu

Assalammualaikum..Selamat Nak Tengahari.. >_<

Sebagai seorang  manusia setiap orang mempunyai impian dan angan-angan sendiri untuk diri, keluarga dan orang disekelilinginya. AQ juga tidak terkecuali. Semasa kecil..punya impian mahu lekas besar dan dewasa kerana ia kelihatan menyeronokkan dan penuh kebebasan...walhal impian itu sebenarnya terlalu banyak simpang dan likunya. Kita pasti akan dewasa namun kedewasaan itu datang bersama pelbagai dugaan dan pilihan. Setiap dugaan dan pilihan itu memiliki intipatinya yang tersendiri. Sama ada kita mampu memikulnya, ia bergantung dengan kekuatan kita.

Meningkat remaja...Bahagia melihat mereka yang punya kerjaya dan keluarga kecil sendiri dan AQ memasang impian punya keluarga juga. Ada suami dan anak2..Wah Awalnya impian..kehkeh..Belajar hingga kepuncak untuk mencapai apa yang kita mahukan. Punya kerjaya yang memberikan kepuasan kendiri. Ia adalah zaman penuh keriangan..Nikmati selagi masih boleh bersama rakan persekolahan Kerana ia adalah zaman yang paling dirindui. Segalanya bermula disini!!

Perlahan-lahan meninggalkan zaman remaja dan semakin menghampiri zaman dewasa yang belum tentu menjamin kedewasaan seseorang. Ketika inilah ujian sebenar mendatang. Alam kerjaya, perkahwinan dan keluarga. Semuanya sangat menguji kekuatan...bukan saja kekuatan fizikal tapi juga mental dan rohani. Penuh liku...namun setiap liku itu semakin memberikan kedewasaan dan kekuatan dan kedayaupayaan dalam mengharungi kehidupan.

Setelah punya suami..Impian menjadi seorang isteri yang bukan sahaja boleh membahagiakan suaminya didunia tetapi juga akhirat. Menjadi kebanggaan dan kegembiraan pemilik tulang rusuk sebenar. Bimbingan, teguran dan tunjuk ajar pencorak untuk masa depan. Toleransi dan kesabaran paling perlu bukan sekadar cinta dan kasih sayang semata. Hubungan kemanusiaan itu biarlah hingga ke Jannah. Allahuakhbar..Amin.

Punya anak mengajar dan mencelikkan kekhilafan dan kealpaan..menunjukkan apa sebenarnya itu kedewasaan. Tanggungjawab kepada suami, anak-anak, ibu bapa, keluarga, sanak-saudara dan sejagat. Ketika inilah, apa yang telah dipelajari sedari zaman kanak-kanak hingga dewasa dipraktikkan.

Merasai kepayahan dan keperitan bagaimana seorang ibu membawa kita kedunia...meneladani kesusahan dan kesungguhan seorang ayah membesarkan anaknya dari sudut yang sering dipinggirkan. Semuanya menyedarkan betapa impian itu sebenarnya perlu dibayarkan dengan sesuatu yang tidak mampu dinilai dengan wang ringgit walau emas sekalipun. Hargai apa dan siapa yang ada disekelilingi kita kerana ia adalah satu-satunya harga yang paling berharga.

Melihat jernih mata anak-anak dengan keletah dan kepetahan mereka seringkali membuat kita terfikir...berjayakah kita mencorak dan mengolah mereka menjadi seseorang yang bukan saja membanggakan dan menggembirakan didunia tapi juga akhirat. Mampukan memberikan teladan dijadikan tauladan dikemudian hari.

Apa yang termampu...Usaha sehabis daya dengan harapan dan doa yang tidak berpenghujung. Tanam dalam hati betapa nilainya erti kekeluargaan dan kemanusiaan semoga apa yang kita impikan juga menjadi impian mereka suatu hari kelak.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 10 October 2014

Alhamdulillah..Menang Hadiah By Annur

Assalammualaikum Semua..^_^

Hari ini hati ada manyak sinnang ooo!!! hehehe

Alkisahnya...tengahari tadi..ringtone Emel bunyi time dok khusyuk update blog..tiba2 pula rasa berdebar..selalunya biasa2 saja walau ringtone bunyi bak nak jadi lagu..

Whoahooo!!! AQ menang hadiah GA By Annur.

Alhamdulillah..Terima kasih banyak Annur. Rezeki hari jumaat. Walau nampak kecil tapi maknanya besar..so jangan pandang dengan rupa bentuk dan saiz but pada pengertiannya.. Thank sekali lagi Annur.

Nak tengok apa AQneey dapat..meh kita ushar sama2..

Special tuu..TQ
Lepas ni nak rajin2 join GA dan Segmen..hahaha..


Adios!!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Apa Makna "SAYANG' Kepada Kamu

Assalammualaikum...

Dalam Kehidupan kasih sayang dan cinta adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.
Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri.

Namun ketiga-tiga perkataan itu mempunyai makna yang berbeza walau maksudnya hampir serupa.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah bismillah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.


Zaman Cyber ni..banyak sekali kita lihat ramai orang yang menyebut atau memanggil 'Sayang' atau 'dear' kepada sesiapa saja. Jom kita tengok apa hukumnya kita berbuat demikian.


Panggilan 'Sayang' kepada bukan Mahram

Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.

Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri". Hadis riwayat Muslim: 5240.

Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).

Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925


Istimewanya Panggilan 'Sayang' (Tidak terhad kepada Sayang saja..juga panggilan lain seperti 'Baby', 'Manja', 'Dear'  or apa saja)

Bagi AQneey...panggilan 'Sayang' adalah pangggilan yang cukup special walaupun kedengaran seperti ianya hanya sebutan atau timangan dari seorang suami kepada isteri atau sebaliknya. Ia menunjukkan keintiman antara keduanya. Betul tak begitu?

Di Dunia Sosial...memang cukup ramai yang gemar memanggil sahabat muka buku, insta, twitter dengan panggilan 'sayang'..begitu juga dengan dunia perbualan maya seperti Whatsapp, Beetalk, Line dan banyak lagi. AQneey juga antara mereka-mereka yang menerima panggilan sayang itu. Memang sangat pelik walaupun kita sayangkan kawan kita..tapi seseorang lain (Perempuan/Lelaki) memanggil kita 'Sayang' selain suami dan ibu bapa..whoahooo..memang AQ terasa kejanggalan dan kepelikan tahap dewa. Memang kita sayangkan mereka tapi berserta panggilan 'Sayang'???..Wah!..Ganjil..! (ooo..AQ baru turun dari Planet Namek?)

Maaf kepada mereka-mereka yang pernah panggil AQneey 'Sayang'..
AQ memang tak suka apabila ia berlaku. Bagi AQ ia hanya khas untuk suami dan anak-anak. But jangan kata AQ tak sayangkan korang..AQ sayang korang sebab korang adalah kawan-kawan AQ cuma kurang selesa dengan panggilannya saja.

Namun..bagi yang lain..terpulang..! kerana panggilan itu universal...bagaimana timangan dan panggilan itu diadaptasikan ikut keselesaan korang tetapi telah dinyatakan hukumnya.

Bila hubby panggil AQ 'Sayang'..memang seronok sangat kerana ia menunjukkan bahawa dia menyayangi AQ..tak gitu??..heheh...berbunga jiwa. Bayangkan jika suami kita panggil perempuan lain 'Sayang'...terbakar jiwa jooo!!. Apa pula jadinya jika kita panggil lelaki lain 'Sayang'...wahahaha sah ada yang kena jelingan maut. Silap-silap ada pula yang dapat penampar killer.

Tapi bagaimana pula situasi panggilan 'Sayang' sama jenis/jantina?..Perempuan dengan perempuan?..AQneey tak tau nak kata apa...blur terus!!. Lelaki dengan lelaki..? &%*$#^^%$#...AQ dah pening lalat..macam nak muntah pun ada...Nak plastikkkkkkk...!!!

Hehehe...Jangan marah..ini adalah apa yang AQ rasa dan fikir. Pasti setiap orang mempunyai pendapat sendiri. 

Sama-sama kita fahaminya ya..semoga apa yang AQ katakan tidak menyinggung mana-mana hati kerana 'Sayang' itu terlalu luas fahamannya.




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Nak Buat Giveaway...Ada Nak Join Tak?

Assalammualaikum uolsss... ^_^


Seminggu juga rasanya AQ tak hupdate blog ni..ada yang rindu tak??.. (Perasan kau Enie...kekekeke)

Banyak benda nak kena settle sampai tak sempat nak buka lappy pun even sebenarnya lappy online sepanjang hari. (KnK..layan game manjang)

Rainbow Loom Or Loom Bands jadi fenomena kan sekarang???...anak2 AQ pun dah terjangkit sama..tak habis2 dengan Loom Bands..sampai ada yang order dari Si Kak Long.. dia tak buat gelang macam kat bawah ni.. dia lebih suka buat keychain...topi pencil..patung. Kakak Kiki pula dah berjaya jual beberapa bands hasil tangannya sendiri..RM0.50 saja satu..hahah..takpelah,,,ajar biz dari kecik..besar nanti tak perlu berharap nak kerja kat Gov or Swas.. 0_^ 
Elok juga sebenarnya bendahalah ni...boleh menambah 'Kekreatifan' dorang.
Sudahnya..kat mana2 nampak getah saja. 

Kalau AQneey nak bagi seorang satu Loom Bands ni ada yang mahu tak? Ini antara Band pertama yang AQ buat..buruk bebenor...ada buat yang lebar tak sempat snap..hubby dah sapu bawa pergi kerja. 


Bands ni semua hubby punya..dari AQ dan KnK..kena pakai satu hari satu.
Nanti kami merajuk..kah kah kah

Sapa nak???..Mari komen bagitahu ya..hehehe..kalau ada yang sudi terima dan pakai Bands dari AQneey.. AQneey mahu beri percuma saja.

Heheh...Nak ke?? Komen saja.

Bubyeee...

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 5 October 2014

1st Love

Assalammualaikum.. ^_^

Hari ni..konon2 nak ubahsuai sikit perabot kat rumah ni. Ada tikus mengganas...bahaya kalau ada tikuskan. Kat rumah ni dah puas ikhtiar macamana nak halau tikus2 tu semua tapi tak berhasil..dah banyak barang yang terpaksa dibuang sebab dorang gigit. Sofa yang baru beli pun dah berlubang..geram betul.

Tapi..sesi ubahsuai tu bertukar jadi sesi borak sembang 'skodeng' kisah cinta hubby dulu2..hihi. Jahat kitaorang..sampai malu dia..kah kah. Yang cunnya..AQ kenal pula 'SiCinta Hati' dia tu. Siap boleh kutuk lagi..kekeke..Cikgu kat sekolah time form 5 dulu. Memang kelas kitaorang tak berapa nak minat dengan dia sebab muka selalu masam..jarang nak senyum dengan  kitaorang..satu kelas tu. So..adalah geng2 lain tu buat 'nama timangan' untuk dia...Jangan marah ya cikgu!!

Tapi memang betul2 tak sangka..dorang boleh tangkap cintan..sungguh..seorang muka garang seorang perangai ganas tapi dalam hati ada taman..ekekek.

But at the same time..AQ feel sorry for them. Kalau tahun 90-an dulu boleh berhubung seperti sekarang sure dorang dah bahagia sebab dua2 jenis setia. Dah beranak pinak baru terjumpa semula. Everything was too late kan. Namun siapa kita nak memperkatakannya coz everything sudah ditentukan..so just move on..be a friend and have a good time..AQ tak kisah pun.

Engko tak cemburu ke?? For the 1st time dulu..9 years ago..ada juga perasaan cemburu tu sebab time AQ budak2 lagi..baru saja masuk 20 tahun, ada juga hubby cerita sikit sebab AQ terbertembung dengan cikgu tu but hubby tak berani pula nak datang dekat..maybe nak jaga hati AQ. Mula2 hubby tak nak cerita juga masa tu but AQ terusan tanya dia..dia just bagi tahu kawan satu kelas. Kawan satu kelas? tapi macam takut2 nak bersua muka....ermm..i know something fishy. Naluri seorang isteri seperti magic. AQ tahu pasti ada kisah antara duanya dan i am totally right. Kasih pernah berputik dan AQ pasti ia kekal ada. siapa pernah melalui kisah cinta pertama yang ikhlas namun tidak kesampaian pasti tahukan. Walau sejauh mana cuba didalih..walau sekuat mana cuba menafikan.. kasih itu tetap masih ada walau sedikit.

AQ bukan seorang wanita yang sempurna namun AQ sedang berusaha untuk melengkapkan dan menguatkan ikatan 'tulang rusuk' hubby. AQ adalah sahabatnya yang paling dekat dan dipercayai walau ada ketikanya ia menyakitkan. AQ juga adalah isteri yang terlebih dahulu akan memahaminya lebih dari orang lain, menyokong sekuat mungkin tika dia goyah, tempat dia bersandar tatkala dia memerlukan. Jika bukan seorang isteri yang melakukan..jadi siapa lagi??

Cemburu?..siapa yang tiada perasaan cemburu namun apa perlunya?. Cemburu biar kena pada tempatnya. Percaya juga harus kena pada ketikanya. Jika AQ cemburu, bagaimana pula jika berada ditempatnya? Biarlah perasaan cemburu itu menguatkan apa yang ada bukan merungkai apa yang terikat.

Dalam hubungan suami isteri (AQ bukan pakar tapi ini apa AQ percaya) syak dan cemburu..memang wajib ada. Sekadar yang diperlukan, begitu juga dengan percaya. Jika percaya dan yakin membuta tuli...lebih banyak parah dari indahnya. Kepercayaan juga mampu memusnah. Jadi semuanya kena berpada. Betulkan..?






Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Salam AidilAdha


Assalammualaikum...^_^

Alhamdulillah..Hari ni kita masih diberikan kesempatan untuk meraihkan Aidiladha.
Sama2 meraihkan kegembiraan insan terpilih untuk bertandang ke Baitullah.
Semoga suatu hari nanti kita pula akan menerima seruan untuk mengunjungi..Amin.

Dikesempatan ini..AQ dan keluarga mengucapkan
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Mohon diampunkan segala silap dan khilaf,
Kekasaran tutur bicara mulut dan jemari
Semoga ukhwah antara kita semua tidak kira umat islam atau tidak, akan dipanjangkan
menjadi sebuah ikatan yang tulus.

 

Salam Aidiladha Semua... ^_^



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Saturday, 4 October 2014

Quote Of The Day

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 3 October 2014

Giveaway Pertama SitiSab

Assalammualaikum Uolllss..

Sapa nak menang RM100..Nak join tak?? mudah saja..mari kita join Giveaway pertama SitiSab..jom!!


Nak tahu lagi bagaimana nak menang dan syarat2nya..korang kena klik banner ya..
Klik cepat!!...yehh..Thanks sebab klik..hehe

Sapa ditag??

http://ssurianahyana.blogspot.com/
http://www.ceritabarusaya.blogspot.com/
http://mellyareenza.blogspot.com/

Cik SitiSab..bagi Aqneey menang ya..hehe

Good Luck Readers!



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS

Assalammualaikum bloggers....

Ni giveaway best mau beritahu...Acik kata semua dapat hadiah...best tak best tu..hohoho..bah..klik banner kalau nak join ya..


Detail AQneey emel ya Acik...hehehe

AQneey lahir on Februari 8..tahun lahir..ermm dah tua dah.kekeke
But proud sikit coz AQ's birthday same with Almarhum Tunku Abdul Rahman.

AQneey dah follow Acik juga..hope dapat follow AQneey's Blog..
(Orang dah nak bagi hadiah..manyak songeh lagi)

Apa pun thanks an Advance

To you reader..i am tagging you..so jom meriahkan Giveaway By Acik ni.

Selamat BerGiveaway


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Quote Of The Day

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Kerana 20 Sen

Assalammualaikum..morning All...

Sedang scroll down FB tadi..terbaca nukilan status Khairul Azhar Ghazali. Setuju sangat apa yang diperkatakan. Demi mengejar negara maju...rakyat kian terhimpit menjadikan impian negara maju itu pasti kian jauh...kenapa??..majukah sebuah negara jika rakyat dalam kemiskinan dan kepayahan. Kenapa dijauhkan lagi jurang yang sedia jauh. Yang kaya terus bertambah kaya dan yang miskin kian terpatah kakinya.

Hanya kerana 20 sen..

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang Facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan...

Kredit To FB Khairul Azhar Ghazali

Kita renungkan bersama.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Prelove Giveaway By Annur

Assalammualaikum Semua...

Klik To Join


Wow!!.Wow!! Wow!!
Annur Buat prelove Giveaway!!
Hadiah Lumayan yooo..Handphone...powerbank...!!!

Mari Join Ramai-ramai..Klik Banner untuk Join ye

AQ tagging semua yang baca entri ni.
Jangan lupa Follow blog dan Like Fanpage Annur ya.

Selamat Berjaya


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 2 October 2014

#throwback KnK

Assalammualaikum Peeps!!

Tengah dok clean lappy..terbuka folder kanak2 comel ribena. Comelnya dorang..Sayang dorang ketat2..mereka la dunia AQ. Tinggal dorang semalam sudah nangis teresak2.. T_T
Meh kita tengok ya..








Besar tu je picture..sebab nak besar lagi gambar jadi blur. Iya..time tu camera handphone pixel rendah lagi..nak beli yang pixel tinggi mahal giler.. Belum ada bluetooth lagi pun..guna infrared..sapa ada guna???..ramai pernah guna..kan,.kan..

Time ni Kak Long baru umur 5 tahun...kakak Kiki pula baru umur 2 tahun lebih.,comelkan..buat geram rasa nak cubit picit saja. Pipi bulat lagi..sekarang dah ada shape. Kak Long pun dah pandai diet kecik2..ibu dia yang macam anak badak  ni ntah bila la reti nak diet..wakakaka!

Macam kembarkan dorang..hehe..hingga sekarang ramai yang ingat dorang kembar sebab beli pakaian mesti sama. Entah napa dorang ingat kembar padahal muka langsung tak sama..tinggi beza sangat...betul tak?

Ermm..rindu mereka hari even duduk depan mata..Sayang kamu sangat2 until Jannah. Mereka la nyawa dan dunia AQ.

#sayangkamu
#knk
#kakakimi
#kakakiki



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru

Assalammualaikum All... ^_^

Klik Untuk Join

Meh Join GIVEAWAY By GOBOKITA : Aksara Biru
 Nak tahu Syarat dan Hadiah...Korang kena klik banner ya.
Jom menang hadiah comel..

Follower ke 72
Liker ke 2752
IG Follower ke 944

Ps* Bagi menang ya...hehehe


^_^   GOOD LUCK EVERYONE   ^_^


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tragedi Oktober

Assalammualaikum uols  ^_^

Huhu...tajuk tak boleh blah kan..tapi sungguh la kociwa sebenarnya. Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa nak ok..ada ada saja yang 'menambah'. Baju saja last year harga minyak naik..tahun ni naik lagi..parah!!!

Malas nak cakap pasal politik tapi bila melibatkan gov sure lah terlibatkan politik juga kan.
Jika diberi pilihan antara BRIM dan subsidi barang asas. AQ lebih suka tak dapat BRIM..rela sangat2 tak dapat pun. Dibandingkan dengan BRIM yang dibayar secara one off sebanyak RM450 dengan subsidi sebanyak 20 sen..terlalu besar jurangnya.

Kenaikan minyak sekaligus akan menyebabkan kenaikan pelbagai barang keperluan..huhu. T_T
Parah sungguh jadinya. Kita tengok saja la dua tiga hari ni..pasti harga barang akan naik. Berbelanja secara berhemah??? Agak kurang relevan kot jika keperluan lebih mahal dari pendapatan. Wujud pelbagai kemudahan konon untuk ringankan beban seperti Kedai 1Malaysia tapi harga lebih kurang sama saja.

Duk tunggu dorang kotakan janji nak seragamkan harga barang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak tapi sampai sekarang harga barang masih takak tu juga. Siapa yang pernah duduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak pasti tahu perbezaan harga barang dan pasti tahu juga perbezaan gaji antara mereka yang duduk Semenanjung dan Sabah Sarawak. Elaun memang jauh berbeza. Tak nak cakap banyak..nanti terpaksa pula korang buat perhimpunan untuk AQ..hehe..adakah yang nak join??..ermmm..kekek berangan!.


20 Sen..!!!! Huh..kecil tapi besar!!
... T_T



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>