Wednesday, 3 September 2014

Resepi Nasi Lemak

Assalammualaikum
Hai

Hari ni AQ nak share nasi lemak yang jadi fevret anak2..sebab tak pedas..hehe
Pasti ramai yang dah expert masak nasi lemak kan..but saja nak kongsi..coz ini Resepi Nasi Lemak Versi AQneey

Ps : Gambar nanti Upload ya..hoho


Bahan2 Nasi Lemak :-
2 Cawan Beras (Suka hati nak beras)
200ml Santan
1 Inci Halia
2 Biji Bawang Putih 
Sedikit Garam

Bahan Sambal Lada :-
6 - 7 Keping Lada Besar (Yang Gemuk/Lebar)
Sebiji Bawang Besar (Bukan bawang besar merah tau..)
Minyak masak untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan2 Lain (Suka hati nak masak banyak mana) :-
Bilis
Telur
Timun
Kacang Goreng
Ayam Goreng


Cara2 Penyediaan :-

1. Nasi Lemak
Basuh beras dan masukkan dalam periuk ( AQ lebih suka tanak atas dapur )
Masukkan santan, halia, bawang putih dan garam.
Tanak sehingga masak.

2. Sambal Lada
Potong lada dan buang biji..bersihkan dan rebus.
Setelah masak..cuci bersih dan kisar bersama bawang besar yang dipotong dadu.
Tumis..tambahkan garam dan gula secukup rasa.

3. Bahan2 Lain
Goreng saja mana yang perlu digoreng.
Potong timun ikut suka.

Hidang dan Selamat Menjamu Selera


Sangat sesuai untuk kanak2 sebab tak pedas langsung. Nak tambah salad pun boleh.
Selamat Mencuba!!
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment