Tuesday, 16 September 2014

Realiti Hari Ini

Got From Facebook
 
Assalammualaikum olllsss...> <

Inilah realitinya kehidupan zaman ini..dan AQ pasti AQ juga tak terlepas dari semua itu..Kalau tidak semua pasti ada dua atau tiga.

Kemajuan semakin bermaharajalela meninggalkan dan menghapuskan kebaikan pelbagai...

Ermm..salahkah kemajuan??? TIDAK tapi manusia yang salah kerana alfa menambah kekhilafan. Kehidupan yang terus menghimpit menyebabkan kekeluargaan kian terabai..

Atau...Manusia kian rakus mengejar kesenangan dan kemewahan yang telah pun dikecap. Apa salahnya jika hidup dengan kesederhanaan??

Kemahuan melebihi keperluan..AQ juga begitu rasanya..dan majoriti manusia adalah sebegitu. Berterusan mengejar sesuatu yang telah pun dimiliki walhal ia hanya luaran semata hingga kemewahan jiwa dan hati kian miskin menderita. 

Dulu..tinggal dalam rumah kecil tetapi penuh dengan kebahagiaan dan kemewahan kasih sayang yang menghidupkan jiwa dan hati penghuninya..sekarang..rumah besar dan mewah, lengkap dengan segala macam kemudahan namun pincang tanpa penghuni. Ibu bapa sibuk mengejar not berwarna menambah ketebalan kertas bercetak lantas hampir melupakan anak yang cuma seorang. Alasan, semua yang diusahakan adalah untuk masa depan si anak tetapi pastikah hanya wang itu yang menjamin kehidupan..mana pergi kasih sayang...mana pergi keharmonian...mana pergi ketenangan..??? entah!!!

Dulu...Hanya sekerat yang mampu memperolehi ijazah namun tetap rukun dan damai dengan budi pekerti mulia. Sekarang...berlambak ber'degree' tetapi common sense entah kemana. Pengajian hanya memenuhkan apa yang dimahukan tetapi tidak banyak menyalurkan apa yang diperlukan.

Dulu...Setakat ubat kampung pakai daun akar bagai tetapi tetap sihat walafiat umur menjangkau 90 tahun. Sekarang...ubat import harga berpuluh ribu malah ratusan ribu namun tetap tidak memberikan kesihatan yang diharapkan kerana pelbagai sumber utama kesihatan kian lalai.

Dulu...Berapa orang nama besar yang mampu dicatatkan dalam rekod..cuma sedikit..banyak tapi kian dilupa, namun kerukunan kejiranan begitu besar. Sekarang...ramai orang mampu dicatat namanya dalam sejarah tapi cuba tanyakan nama jirannya..emmm..tak pasti!

Dulu...pendapatan cukup-cukup saja tapi tetap tenang dan bahagia. Kini...Gaji..Omakaiiii...lima angka youuuu..tapi jiwa tak tenang tenteram. Kenapa??..nanti aku kena rompak, hutang banyak..anak bini kena culik..kesian!

Dulu...PEndidikan setakat sekolah menengah paling tinggi tapi ramai orang kenal kalah orang ternama kerana ilmu dan budi diguna sebaiknya. Sekarang...ilmu tinggi tapi banyak menyimpang entah kemana..tahu diri hidup senang dan mudah tanpa kisah bagaimana yang lain. Nampak orang susah buat tidak terlihat saja.

Dulu...yang didengar cinta sampai mati. Sekarang...scandal tercanang satu dunia, bangga dikelilingi yang jelita atau kacak menggoda tapi jiwa tetap kosong kontang tanpa cinta tulus.

Dulu...Ramainya kawan menangis dan ketawa. Sekarang...hanya ramai teman ketawa, tatkala menangis..huhu..manalah kawan-kawan aku ni?.

Dulu..jam cuma harga dua tiga puluh ringgit saja kerana mewahnya hiasan pergelangan tangan itu tiada makna tanpa kelapangan bersama tersayang. Sekarang...jam harga setengah juta tapi..anak nampak batang hidung cuma dua tiga kali setahun saja.

Realiti yang kian memusnahkan bukan saja manusia tetapi kemanusiaan..



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment