Monday, 15 September 2014

Jom Isi Tabung

Assalammualaikum Peeps..
>__<

Sapa suka simpan duit syiling? Maksudnya menabung dengan duit syiling..angkat tangan..nak kira ni.
AQ tergolong dalam mereka yang suka kumpul duit syiling tapi selalu saja kena 'korek' dek si Kak Long Kimi dan Kakak Kiki. Buat nak beli mainan masuk duit Rm0.50 tu..membazir tapi kadang-kadang kesian juga dengan dorang so biar saja lah.

Ni antara koleksi tabung kitaorang..dua dah penuh (Tabung Pooh dan Tabung Pili Bomba), tinggal nak buka lagi. Sekarang dalam misi nak memenuhkan Tabung Post Box tu pula.

Percaya  tak kalau AQ kata yang tabung paling kecik tu boleh isi RM80. Dah pecahkan satu tabung besar tu..Whoahoa..RM78.90 dude!!. Itu pun banyak yang Rm0.20. Kalau semua RM0.50 agaknya nak RM200 juga tu.


Misi nak penuhkan dalam masa 2 bulan lagi


Banyak kebaikan menabung sebenarnya walaupun dengan duit syiling saja. Kalau dapat menabung dengan not kertas..lagi lumayan la. Banyak yang dapat didepositkan ke dalam bank hujung tahun. $_$     $_$



Sekarang letak kat My SOHO. Kalau tidak kena 'Korek'

Mari kita tengok apa kebaikan dan kelebihan duk simpan duit dalam tabung.

- Boleh guna waktu kecemasan..kalau dah kering sangat.
- Dapat ajar anak2 berjimat. Beri RM2 pergi sekolah..bawa pulang RM0.50.
- Simpanan sisipan selain simpanan tetap terus ke bank.
- Boleh buat koleksi tabung..biar banyak tak apa.
- Jadi keseronokan menyimpan sebab tak tau berapa dah isinya..suspen dan excited nak bagi penuh.

Sapa yang belum ada tabung tu..bolehlah cari sebijik sebagai permulaan.


Tips nak penuhkan tabung dengan cepat.

-.Jangan guna syiling yang korang dapat ketika shopping.
- Minta anak2 jangan habiskan duit belanja sekolah..seposen pun tak apa.
- Gam atau buat pita pelekat kat penutup tabung supaya isinya tak kena cekau.
- Jangan guna tabung yang terlalu besar sebab lama sangat nak penuh-boring isi tabung yang sama saja.
- Sebaiknya guna tabung yang diperbuat daripada tin sebab tiada penutup. Dah penuh baru boleh buka.
- Letak tabung di tempat yang senang nampak. Di ruang tamu pun boleh.
- Target nak penuhkan dalam tempoh tertentu.
- Untuk lebih tarik perhatian anak2 nak menabung, belilah tabung seperti mesin jurujual atau radio..sebab setiap kali isi mesti berbunyi.
- Bila tabung dah penuh, bawa anak2 ke bank dan biar dia sendiri berurusan di kaunter kerana kemampuan dan keupayaan mereka akan menaikkan semangat untuk memulakan misi mengisi tabung baru.


Menabung adalah keseronokan..Jom mula menabung dari sekarang!!
Nanti end of the year..boleh hantar ke bank..Yeahh!!! banyak duit!!

Selamat Menabung.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

2 comments:

  1. jom menabung..saya menabung dgn 8share and nuffnang..huhu .. btw, sy isi tabung nuff awk k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 ya..jap lagi kita pergi menabung blog miss yana pula

      Delete