Tuesday, 30 September 2014

Tutorial Letak Button Di Header

Assalammualaikum ^_^

Hehe..tengok tajuk macam sungguh la AQ buat tutorial..jangan marah ye..hehe!!!
Ini untuk sendiri juga sebab AQ ni memang suka buat mende2 gini..hoho. Nak uji kebolehan konon..kekeke..

Bab2 nak letak button ni AQ suka jenguk Blog Puan Tiqa..Senang dan easy saja.
Kalau korang nak buat pun..gerenti dapat buat punya.

Just adjust position saja..macam Puan Tiqa kata..'pandai-pandai la ejas'
So memang korang kena memandai la adjust ye..AQ pun try lima enam kali baru dapat posisi yang AQ nak.

OK.. Klik Link di bawah ya untuk ke Blog Puan Tiqa.



AQ nak buat tutorial sendiri..selalu tak menjadi pula..Letak blockqoute..keluar jadi mingung....gerammmm!!!

OK guys..Selamat Mencuba.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 29 September 2014

Tutorial Tab Accordian

Assalammualaikum...

Ada blogies comey tanya..macamana nak buat gadget  'Be With Me' macam AQ.

Huhu..dah banyak kali AQ try nak buat tutorial ni tapi asyik tak menjadi..ada masalah sikit dengan blockqoute daaa!! Geramm

Mau sakit jiwa AQ nak buat. Sebelum ni boleh pula nak buat nya.

So untuk tak kecewakan blogies comey tu..ni AQ bagi link tutorial tu ya.




Tapi atas Tajuk 3..admin lupa letak  /div  tu
So..tambah kod tu..sebab kalau tak letak..nanti gadget tu masuk dalam gadget yang lain pula.
Apa pun..SEMOGA BERJAYA







Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 28 September 2014

Karl Ell 6 Month

Assalammualaikum.. ^_^


Alhamdulillah..Karl Ell dah genap 6 bulan..Dah boleh makan dan minum selain susu badan..perangai pun dah macam. Sudah pandai buat muka..menyakat kakak KnKnya. Pandai jealous..marah..merajuk..sudah becok bercakap dalam bahasannya..too cute. KnK always melting bila Karl Ell buat muka. Seorang anak yang pintar dan bijak but sedikit pemarah..hahaha..kecik2 sudah pandai protes itu ini..sudah pandai membebel. ^_^ sudah mula belajar duduk juga..Can't to see him walk..tapi kena sabar..slow and steady..kekeke..


Sibuk nak makan time makan kat luar

Abaikan yang semak kat belakang tu..
time bz packing barang dia sibuk keluarkan semula barang dari dalam beg.

Pergi klinik 6 bulan..berat cuma 6.7kg..tidak berubah selama 3 bulan..tetap sama. Cuma tinggi dan saiz kepala yang bertambah. Risau juga namun bila fikir semula..xde yang perlu dirisaukan sebab setiap bulan..setiap baby yang mengalami sedikit perubahan mood dan sedikit demam. Begitu juga Karl Ell..tapi bulan ni agak kuat sedikit demamnya hingga mencecah 39c. Demam selama 3 hari..kebah! kemudian keluarga pula ruam panas satu badan...ambil masa 4 hari baru hilang. Hilang ruam dia selesema pula..berantai?..erm..berantai..bila okey..walaaa...macam2 benda dia dah tahu.

Setiap perubahan baby sebenarnya kita boleh tahu..boleh agak. Dari poo dia..sakit demam dia. dari situ kita boleh tahu anak2 sedang dalam proses pembesaran.

Orang tua kata..kalau baby kerap poo..itu sebenarnya dia sedang meringankan badan untuk satu fasa baru. Jika demam juga begitu..demam nak tumbuh gigi. Karl Ell poo sehari biasa 2 kali..pagi dan petang..pee tu biasa la..memang kerap. Tapi jika baby poo lebih dari kebiasaan..kita tunggu saja dalam seminggu..pasti boleh perasan apa perubahannya.

So tak perlu risau sangat just perhatikan jika keadaan itu lebih pelik dan demam terlalu tinggi..Segera bawa berjumpa doktor..Klinik swasta lebih baik..sebab kalau klinik kerajaan memang ambil masa dan ubat pun agak biasa bagi AQ berbanding pergi private. Bukan tak sokong hospital kerajaan just nak pastikan anak2 dapat yang terbaik.

Hanya ketika mereka kecil ni lah kita dapat melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan..apabila dewasa..rasanya kita hanya boleh melakukan sebahagian yang kita mahu lakukan untuk mereka. Lakukan segalanya ketika kita masih boleh..kerana sedikit demi sedikit ia semakin jauh dari kita.

Hihi..okey..chow dulu..citer pun dah menyimpang..kekeke..apa pun..we love you Baby Karl Ell...



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 25 September 2014

Friendly Volleyball

Assalammualaikum..


Kelmarin petang, dapat phone call kata petang ada friendly volleyball dengan PPD (Pejabat Pelajaran Daerah). Bola tampar?? Biar betik?? dah lebih setahun tak main..gerak gaya rasanya dah keras macam konkrit..Boleh kah main. ermm..boleh kan saja sebab saja nak gerakkan badan bagi keluar peluh yang dah lama bertakung ni. Badan pun dah macam anak badak dah.


Teka!! mana satu AQneey



Sungguh la..!!! memang main macam konkrit..tegak saja..hahaha!! Sudah lah tak cukup geng nak main. Ramai yang kerja dan ramai juga yang duduk kampung. Nak harapkan geng2 kat kuarters ni..hoho..ada 4 orang je lah, Yang lain, ada yang sedang dalam pantang, ada baby kecil dan hubby dorang on duty.

Sudahnya terpaksa 'cekup' seorang member PPD masuk team kitaorang..hehe. Tiga kali main..mean 9 set..tiada satu pun yang menang..huhu..but dont care coz we just nak have fun. Lagipun memang tak ready langsung. AQ tahu pun jam satu petang then jam 3 dah start main. 

Doa dalam hati supaya hujan turun..so tak payah main. Alhamdulillah..memang hujan turun..hihi.. tapi hanya sekejap saja..sudahnya..jam 3 kitaorang tetap turun main juga...hahaha..layankan saja..happy even kalah..who care???..just enjoy apa yang kita buat ia lebih bermakna walaupun kalah teruk, Malu??..nak malu apa pula...bukannya main tak pakai baju..lengkap jooo!! Think Positif!!..*reminder for myself.

Lepas ni..nak ajak dorang main netball or futsal pula. Hehe..gaya macam terror tapi maintain hampeh tak tahu main pun..keh keh keh!! just give a try..betul tak..have fun dan enjoyyy!!!

Bubaiiii




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 24 September 2014

Ruam Panas

Assalammualaikum Uolss


Dah tiga hari Karl Ell kena ruam panas, sian dia tak selesa sebab panas. Sebelum ni dia demam 3 hari, syukur dah ok. Demam kebah..ruam ni pula yang timbul. So AQ google cari info pasal ruam panas. Kredit to BabyCenter.com.my


Apa itu ruam panas?
Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas.

Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.

Adakah ruam panas serius?
Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Jika anda tidak mengambil langkah untuk menyejukkan dia, dia mungkin mendapat kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba.

Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya; suhu badan mungkin naik lebih tinggi dari normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.

Apakah yang menyebabkan ruam panas?
Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.

Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk.

Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.

Adakah ruam panas itu menyakitkan anak saya?
Tidak, ianya tidak sakit, tetapi kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan, dan sensasi yang mencucuk hebat atau perit itu mungkin akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh.

Bagaimana saya harus merawat ruam panas?
Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari kelak, tetapi, sambil menunggu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan anak anda.


Elakkan persekitaran panas dan lembap
Beralihlah ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh jika anak anda main berlari-lari, dan galakkan masa-masa dia berdiam untuk mengurangkan jumlah dia berpeluh. Cuba gunakan kipas mini apabila anda keluar berjalan-jalan atau semasa cuaca panas. Jika cuaca kekal panas walaupun di malam hari, letakkan kipas berdekatan katil anak anda.

Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang
Elakkan fabrik sintetik, seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas; pilihlah fabrik natural. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh.

Pastikan badannya sentiasa sejuk
Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi anda dalam air suam tab atau hujan. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala; memberi masa lebih untuk dia bertelanjang boleh membantu memulihkan ruam.

Gunakan losyen kalamin
Sapukan secara banyak (kecuali dekat kawasan mata) terutama sekali jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya.

Gunakan krim hidrokortison (1/2 peratus)
... atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.



Elakkan salap dan losyen lain sebab ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk sebab memerangkap kelembapan dalam kulit.

Rujuk kepada doktor jika anak anda mendapat suhu tinggi. Dia mungkin akan mengesyorkan supaya bayi diberi larutan parasetamol untuk meringankan ketidakselesaannya dan menurunkan suhu badan. (Jangan sekali-kali memberi anak kecil aspirin sebab, ada kalanya, walaupun amat jarang, ianya boleh menyebabkan kondisi yang mengancam nyawa dikenali sebagaisindrom Reye.)

Awasi anak anda pada masa ini: sebab apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu dipanaskan semula.

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?
Pastikan anak anda sejuk selesa dengan memakaikannya pakaian benang yang ringan, terutama sekali semasa cuaca panas.

Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Jika kulit dia panas dan lembap itu adalah petanda yang dia terlalu panas. Semasa cuaca panas, jangan biarkan anak anda keluar rumah atau carikan dia tempat yang sejuk, teduh atau berangin untuk dia duduk dan bermain ketika di luar. Pastikan anak anda minum banyak cecair supaya dia tidak menjadi nyahhidrat.

Patutkah saya bawa anak saya berjumpa doktor bagi ruam panas?
Pergi jumpa doktor jika:
anak anda mempunyai suhu tinggi (lebih dari 39 darjah C) yang tidak reda apabila diberi ubat;
ruam tidak hilang selepas tiga atau empat hari;
ruam menjadi lebih teruk.
Moga bermanfaat kepada korang ya. 







Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Multi Level Marketing

Assalammualaikum..Allo All...

Malam ni just google cari maklumat untuk tambah secubit pengetahuan. Then search pula picture2 yang boleh inspire diri sendiri. Last2..taip keyword MLM dan McOcean serta Steady Dynasti (SD)..whoahoaaa!!! Ramai sungguh yang terbakar jiwa ya..hehehe. Macam2 kata2 kesat yang kita boleh baca. Marah bebenor. Tapi tak jumpa pula sapa2 yang puji pasal McOcean dan SD ni..korang rasa kenapa??

Kenapa kita hanya boleh baca mereka yang kutuk syarikat ni ya..kenapa tiada yang kita jumpa nak puji atau backup??..There must be something but sebelum itu kita kena tahu sedikit apa itu MLM.

MLM..Multi Level Marketing...ermm nak tanya..kerja apa yang wujud single mingle ya?. Just buat saja..i think it just a hobby..Betul tak?. Kalau buat sesuatu itu menjadi hobi...tak kisah pun kalau tiada orang yang beli..biar berlambak kat rumah sesak semua ruang. But bila ia melibatkan urusniaga pasti melibat tingkat piramid banyak pihak. Setiap urusniaga tidak lari dari Multi Level kan..betul tak? Malah orang kerja kerajaan dan swasta merupakan member multilevel. Tak percaya?? jadi siapa bos siapa kuli??. Siapa pengarah siapa pula yang diarah??

Dalam perniagaan MLM..kenapa pandang negatif?? Macam AQ kata tadi..semua urusniaga adalah multilevel...so dont look at the top untuk melakukan sesuatu tapi lihatlah mereka yang diatas untuk inspire korang. Yang negatif jadikan peringatan tapi ceduk sehabisnya yang positif.

AQ bukan seorang yang hebat dalam MLM bukan juga siapa2 dalam MLM but AQ cuba bersikap positif dan berbaik sangka. Bukan kerana mudah ditipu tapi kerana mahu berjaya atau berubah menjadi lebih baik.  AQ dah join banyak MLM..dari just untuk kegunaan sendiri hinggalah terlibat secara serius dan keluar modal bagai.  Pernah juga gagal dan berjaya tapi siapa kita yang dapat menentukan rezeki kita dimana. Walau kita berusaha sehabisnya jika itu bukan rezeki kita..apa yang kita mampu buat. Kita dah cuba..kita dah usaha tapi kurang atau tidak berjaya. Kenapa kita nak salahlah sesebuah company?. Kalau sungguh pun syarikat itu menipu...kenapa ramai orang biasa2 yang berjaya sebelum kita. Bukan seorang dua malah ribuan orang juga.

Jika perniagaan MLM dikatakan menipu..bagaimana pula dengan Skim Cepat Kaya yang jelas hanya pelaburan wang ringgit tanpa sebarang produk. Hulur duit macam tu saja. Tak banyak pula yang meroyan..kekeke!! Pelik kan?



Pokok pangkalnya...kejayaan dalam perniagaan MLM bergantung dengan kesungguhan individu, AQ respek dengan kawan2 cina, biar untung 5 sen mereka tak merungut tapi terus berusaha sampai maju, Korang tahu tak..untung 1 sen juga satu kejayaan besar walau nilainya dipandang enteng. Bolehkah satu juta yang kurang 1 sen disebut satu juta?..Tidakkan!!

Bagi AQ..McOcean dan SD ada keunikan sendiri..kenapa? Ini kata AQ yang belum join dan Insya Allah akan join!!.(Doakan AQ berjaya) Kenapa kita pandang jalan lurusnya yang tersurat? Ada tak kita lihat suatu perniagaan yang hakikatnya bengkang bengkok dan penuh dengan muslihat? Yang kita nampak hanya apa kita mahu lihat..betulkan? Pastikah apa yang kita harap dan rancangkan akan terus lurus tanpa 'terpelecok' dari landasannya? Tiada siapa yang pasti dan pastinya tiada siapa yang merasainya. Setiap orang malahan mereka yang bergelar orang terkaya dunia juga sudah puas merasai pahit maung kegagalan dan kepayahan jatuh bangun dalam usaha mereka.

Ok..balik kenapa AQ kata McOcean ada keunikannya. Bagi AQ, mereka yang berjaya setelah join McOcean hanya mereka yang bersungguh untuk berubah. Mereka menipu sebab modal keluar banyak dan tak nak cerita plan marketing mereka??. Kelebihan untuk mengetahui plan dan kesanggupan keluar modal yang banyak hanya untuk mereka yang betul2 mahu berubah dan berjaya dan juga mereka yang mampu ikut procedurnya yang AQ rasa agak ketat sedikit. Tapi AQ suka kenapa sedikit sebanyak ia menguatkan lagi usaha mereka yang telah berjaya. Disiplin perlu ada.

Korang tahu tak...ada banyak cara nak berjaya dalam MLM..nak keluar modal sedikit or banyak...bergantung dengan korang...begitu juga dengan join or tak nak. Apa yang AQ boleh nampak dari apa mereka tulis...mereka agak kurang bernasib  baik kerana bertemu dengan mereka yang terlalu aggresif hingga mengabaikan hak orang lain sekaligus 'membunuh' peluang sendiri dan mereka yang mungkin mempunyai sedikit keinginan untuk mengetahui apa perniagaan yang mereka jalankan.

Mostly...semua orang nak tengok bukti kan..bukan sekadar cakap..betul tak?
Korang tahu tak..ramai yang nak terus tengok apa yang ada diatas sana hingga tidak memandang langsung apa yang ada dibawah yang menjadi tapak apa yang berada diatas.

Wah..panjang pula entri kali ni ya..hehe..Apa pun..MLM mempunyai konsep yang sama cuma cara mereka yang menjalankan saja yang berbeza...renung-renungkan lah..Jangan mudah melatah.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 23 September 2014

Free Bag For Karl Ell

Assalammualaikum....

Pulang dari kampung...hubby check surat..wah dapat a big sampul surat. oit..surat apakah yang besar sangat ni..siap ada bunga2 dan ladybug lagi..comellll!..so AQ buka la...whoaahoooaaa!

Dapat ni...Merah lagi...comel kan..best..best..best..!
Dan....yang paling best...its FREE!

Cute kan..


Dapat daripada Drypers.

Dryper Yooo!

Kenapa AQ boleh dapat FREE?
- Sebenarnya AQ ada mendaftar sebagai member Dryper Baby Club.
- Dryper Club ni memberikan khidmat nasihat secara percuma berkenaan penjagaan baby..so memang sangat2 digalakkan la untuk join. Anda juga akan menerima emel peribadi tentang penjagaan dan perkembangan bayi setiap dua hingga enam minggu.
- Terdapat juga aplikasi Unik Drypers Size Guide untuk memilih lampin bayi yang sempurna.
- Boleh shopping Online dan tebus hadiah di Drypers Online Point Shop.
- Hanya 50,000 ahli berdaftar pertama yang akan menerima hadiah berupa sebuah Beg Ladybug yang comel.
- So sapa yang berminat bolehlah mendaftar sekarang. Klik SINI untuk mendaftar.

Karl Ell dengan Beg Ladybug yang comel

Korang juga boleh buat sample request kalau nak try guna drypers Diper..so give a try. Klik SAMPLE REQUEST tapi korang kena jadi ahli kelab dulu ya.

Banyak kelebihan join Kelab Drypers ni tau! Jom join dan dapatkan Free Beg macam yang Karl Ell dapat ni.



bUbyee
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 19 September 2014

Kehilangan Tragis

Assalammualaikum...

Hari ini..seorang sepupu pergi dalam keadaan tragik. Arwah pergi setelah terlibat dalam kemalangan maut yang meragut nyawa mangsa. Kemalangan melibatkan motosikal arwah dan Avanza dalam perjalanan dari Labuan. Kemalangan tersebut mengulang kembali tragedi 2 tahun 3 bulan yang mengorbankan anak saudara arwah yang juga meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Membakut bersama tunang.

Tak nak cerita panjang2..cuma berharap mereka akan terus diingati dalam doa.

Al-Fatihah.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 18 September 2014

1st Liebster Award By Ana


Assalammualaikum Bloggies Tegar!!

Hari ini excited sikit bila check shout box.. 'Tagged'..oit tag apa pula.??? 
WhOAAAAAhOaaaaa!!


I got an Award from Ana yang cute.
Thanks Ana..Kamsahamnida!! (betul ke Korean Language tu??..hehe..bantai)

De Rules For My Liedsters

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer the 11 questions asked
  • Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential
  • Create 11 of your own questions for them to answer
  • Notify your Nominee

Then...This my answer!!

1. Nama panggilan apa. Umur berapa? Asal kat mana?
Orang panggil Aqneey isssssss....Enie! Aqneey tu URL blog mean 'Aku ni"
Tahun depan dah masuk 3 series..so this year i'm 29 years old..huhu old!!
Orang Sabah mariii...huk huk huk!

2. Kalau korang berkebolehan untuk melukis, apa perkara yang paling korang nak lukis.
Aqneey memang minat dengan art but tak reti nak melukis..huhu. Jika diberikan anugerah tu..apa yang paling Aqneey nak lukis adalah muka Ahli Keluarga Kecil dan Besar Aqneey coz they're my precious treasure.

3. Bila sakit hati, apa yang akan korang buat?
Bila sakit hati...wahahaha...Aqneey suka membebel sorang-sorang kat dapur sambil kemas barang dapur. Buat tak tahu saja kalau kerja kat dapur ada bunyi tong tong katang katang!

4. Bagaimana penampilan korang bila keluar dari rumah. Contoh hangout dengan family or friends.
I'm a very simple person..so tiada la dress up sangat..tak pernah melaram pun sepanjang hidup kecuali time kawen dulu..ekekek Cukup dengan tshirt, jeans or skirt, tudung, kasut dan sling bag..make up?..just 'The Base'..Krim Fair & Lovely, eyeliner dan balm..and of course Perfume.

5. Selalunya bila hujan, korang akan buat apa?
Time hujan..hohoho...syiokkkk oooo!!! Jom mandi hujan..onggg kkerikk kkerikk!! kekekeke
Selain itu..thats time for a cup of hot chocolate or a hot Latte.

6. Nombor kegemaran korang? Sebab kenapa suka nombor tu?
Nombor 7..kenapa? sebab since sekolah rendah..apa jenis sukan pun musti dapat no 7 sampai dah serasi dan jadik couple until nowaday.

7. Bayangkan. Apa tindakan korang bila nampak di depan mata, pasangan anda sedang curang.
Whoahoaa...soalan cepu serbuk timah kew?.. I think Aqneey tak serang macam dalam drama tu..but..jom cari boyfriend baru...biar dia rasa apa kita rasa..huahahahaha!

8. Sejak umur berapa korang ada telefon bimbit sendiri.
Since umur 20 rasanya..huhu...

9. Apabila korang sedang bosan, apa yang korang akan buat?
Bila bosan...Aqneey layan muka lappy..tak boring sebab dapat banyak maklumat...or reading novel..or layan korean drama..or make something with my sewing machine..ermm iye ker??..ini in case bila anak-anak dah tidur.

10. Apa benda yang paling korang ketagih dalam kehidupan seharian. Anything?
Cokolattttttt....itu pasal badan kalah anak badak..ekekek

11. Dalam hubungan persahabatan, apa yang paling penting?
Trust..that the first priority!!!!



Liebster Award By Aqneey
Questions To My Liebsters
1. Korang rasa korang comel, cantik, or apa-apa yang korang fikir?..hehe..jangan malu untuk puji diri sendiri.
2. Apa rancangan tv fevret korang?..tak kisah la apa pun..who care..that your fevret.
3. Sapa dah kawen?..angkat dua tangan dan kaki. Yang bertunang..angkat satu kaki. Yang tengah naik kapel tu..angkat tangan sampai ketiak..dan yang single mingle available tu..just sengih bagi nampak gigi geraham yooo!..kikikiki (P/s: Oit..jangan kerut dahi baca soalan ni)
4. Selepas makan sebiji gula-gula di kawasan yang tiada tong sampah..apa korang buat?
5. Jika seseorang beri satu botol kosong kat korang..apa perkara pertama yang korang terfikir?
6. Apa jenis barang perhiasan yang paling korang sayang..why?
7. Semasa menaip kat keyboard..korang tengok keyboard tak? (Soalan sesat?..hehe)
8. Dalam entry korang...huruf apa yang paling banyak? ( Lagi soalan tak boleh blah! )
9. Kenapa korang buka akaun facebook?
10. Bab masak memasak..apa yang korang paling expert? (p/s : Pakcik makcik yang nak cari bakal menantu..boleh fokus soalan ni ya!!)
11. Can i be your Liebster friend?..(Dub dap dup dap!!!)

Whose My Liebsters
ssurianihyanaAisyahAzmanSaifhaqiemSuzanokAraCik YayaAzwanie HishamSara LiyanaInsan KecilbudakFiona

p/s : Jangan kerut or angkat kening sebelah ya!!



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 16 September 2014

Liebsters Award

Asslammualaikum Dear Readers...

Wahhh....ramainya blogger dapat Liebsters Award...Fenomena Liebster ka ni?? Bila baca bloglist, ramainya update tentang benda ni..Ramai dah yang AQ jengah..seronok juga baca entry pasal Liebsters ni sebab dapat baca pelbagai jawapan kepada pelbagai soalan yang entah2. Lucu pun ada juga.

Apa yang AQ dapat tengok..Liebster ni dapat eratkan hubungan antara blogger..pasti ada yang dah jadi bestfriend on blog..betul tak..dan sudah pastinya ia akan berterusan di alam nyata bukan hanya di maya..hehe. macam cerita bunian pula kan..!

Apa pun happy answering the question yaa..!!

Ermmm...ada tak yang nak tag Aqneey...hehe..??
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Realiti Hari Ini

Got From Facebook
 
Assalammualaikum olllsss...> <

Inilah realitinya kehidupan zaman ini..dan AQ pasti AQ juga tak terlepas dari semua itu..Kalau tidak semua pasti ada dua atau tiga.

Kemajuan semakin bermaharajalela meninggalkan dan menghapuskan kebaikan pelbagai...

Ermm..salahkah kemajuan??? TIDAK tapi manusia yang salah kerana alfa menambah kekhilafan. Kehidupan yang terus menghimpit menyebabkan kekeluargaan kian terabai..

Atau...Manusia kian rakus mengejar kesenangan dan kemewahan yang telah pun dikecap. Apa salahnya jika hidup dengan kesederhanaan??

Kemahuan melebihi keperluan..AQ juga begitu rasanya..dan majoriti manusia adalah sebegitu. Berterusan mengejar sesuatu yang telah pun dimiliki walhal ia hanya luaran semata hingga kemewahan jiwa dan hati kian miskin menderita. 

Dulu..tinggal dalam rumah kecil tetapi penuh dengan kebahagiaan dan kemewahan kasih sayang yang menghidupkan jiwa dan hati penghuninya..sekarang..rumah besar dan mewah, lengkap dengan segala macam kemudahan namun pincang tanpa penghuni. Ibu bapa sibuk mengejar not berwarna menambah ketebalan kertas bercetak lantas hampir melupakan anak yang cuma seorang. Alasan, semua yang diusahakan adalah untuk masa depan si anak tetapi pastikah hanya wang itu yang menjamin kehidupan..mana pergi kasih sayang...mana pergi keharmonian...mana pergi ketenangan..??? entah!!!

Dulu...Hanya sekerat yang mampu memperolehi ijazah namun tetap rukun dan damai dengan budi pekerti mulia. Sekarang...berlambak ber'degree' tetapi common sense entah kemana. Pengajian hanya memenuhkan apa yang dimahukan tetapi tidak banyak menyalurkan apa yang diperlukan.

Dulu...Setakat ubat kampung pakai daun akar bagai tetapi tetap sihat walafiat umur menjangkau 90 tahun. Sekarang...ubat import harga berpuluh ribu malah ratusan ribu namun tetap tidak memberikan kesihatan yang diharapkan kerana pelbagai sumber utama kesihatan kian lalai.

Dulu...Berapa orang nama besar yang mampu dicatatkan dalam rekod..cuma sedikit..banyak tapi kian dilupa, namun kerukunan kejiranan begitu besar. Sekarang...ramai orang mampu dicatat namanya dalam sejarah tapi cuba tanyakan nama jirannya..emmm..tak pasti!

Dulu...pendapatan cukup-cukup saja tapi tetap tenang dan bahagia. Kini...Gaji..Omakaiiii...lima angka youuuu..tapi jiwa tak tenang tenteram. Kenapa??..nanti aku kena rompak, hutang banyak..anak bini kena culik..kesian!

Dulu...PEndidikan setakat sekolah menengah paling tinggi tapi ramai orang kenal kalah orang ternama kerana ilmu dan budi diguna sebaiknya. Sekarang...ilmu tinggi tapi banyak menyimpang entah kemana..tahu diri hidup senang dan mudah tanpa kisah bagaimana yang lain. Nampak orang susah buat tidak terlihat saja.

Dulu...yang didengar cinta sampai mati. Sekarang...scandal tercanang satu dunia, bangga dikelilingi yang jelita atau kacak menggoda tapi jiwa tetap kosong kontang tanpa cinta tulus.

Dulu...Ramainya kawan menangis dan ketawa. Sekarang...hanya ramai teman ketawa, tatkala menangis..huhu..manalah kawan-kawan aku ni?.

Dulu..jam cuma harga dua tiga puluh ringgit saja kerana mewahnya hiasan pergelangan tangan itu tiada makna tanpa kelapangan bersama tersayang. Sekarang...jam harga setengah juta tapi..anak nampak batang hidung cuma dua tiga kali setahun saja.

Realiti yang kian memusnahkan bukan saja manusia tetapi kemanusiaan..



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 15 September 2014

Jom Isi Tabung

Assalammualaikum Peeps..
>__<

Sapa suka simpan duit syiling? Maksudnya menabung dengan duit syiling..angkat tangan..nak kira ni.
AQ tergolong dalam mereka yang suka kumpul duit syiling tapi selalu saja kena 'korek' dek si Kak Long Kimi dan Kakak Kiki. Buat nak beli mainan masuk duit Rm0.50 tu..membazir tapi kadang-kadang kesian juga dengan dorang so biar saja lah.

Ni antara koleksi tabung kitaorang..dua dah penuh (Tabung Pooh dan Tabung Pili Bomba), tinggal nak buka lagi. Sekarang dalam misi nak memenuhkan Tabung Post Box tu pula.

Percaya  tak kalau AQ kata yang tabung paling kecik tu boleh isi RM80. Dah pecahkan satu tabung besar tu..Whoahoa..RM78.90 dude!!. Itu pun banyak yang Rm0.20. Kalau semua RM0.50 agaknya nak RM200 juga tu.


Misi nak penuhkan dalam masa 2 bulan lagi


Banyak kebaikan menabung sebenarnya walaupun dengan duit syiling saja. Kalau dapat menabung dengan not kertas..lagi lumayan la. Banyak yang dapat didepositkan ke dalam bank hujung tahun. $_$     $_$



Sekarang letak kat My SOHO. Kalau tidak kena 'Korek'

Mari kita tengok apa kebaikan dan kelebihan duk simpan duit dalam tabung.

- Boleh guna waktu kecemasan..kalau dah kering sangat.
- Dapat ajar anak2 berjimat. Beri RM2 pergi sekolah..bawa pulang RM0.50.
- Simpanan sisipan selain simpanan tetap terus ke bank.
- Boleh buat koleksi tabung..biar banyak tak apa.
- Jadi keseronokan menyimpan sebab tak tau berapa dah isinya..suspen dan excited nak bagi penuh.

Sapa yang belum ada tabung tu..bolehlah cari sebijik sebagai permulaan.


Tips nak penuhkan tabung dengan cepat.

-.Jangan guna syiling yang korang dapat ketika shopping.
- Minta anak2 jangan habiskan duit belanja sekolah..seposen pun tak apa.
- Gam atau buat pita pelekat kat penutup tabung supaya isinya tak kena cekau.
- Jangan guna tabung yang terlalu besar sebab lama sangat nak penuh-boring isi tabung yang sama saja.
- Sebaiknya guna tabung yang diperbuat daripada tin sebab tiada penutup. Dah penuh baru boleh buka.
- Letak tabung di tempat yang senang nampak. Di ruang tamu pun boleh.
- Target nak penuhkan dalam tempoh tertentu.
- Untuk lebih tarik perhatian anak2 nak menabung, belilah tabung seperti mesin jurujual atau radio..sebab setiap kali isi mesti berbunyi.
- Bila tabung dah penuh, bawa anak2 ke bank dan biar dia sendiri berurusan di kaunter kerana kemampuan dan keupayaan mereka akan menaikkan semangat untuk memulakan misi mengisi tabung baru.


Menabung adalah keseronokan..Jom mula menabung dari sekarang!!
Nanti end of the year..boleh hantar ke bank..Yeahh!!! banyak duit!!

Selamat Menabung.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Support AQ's Blogshop

Assalammualaikum Gojes!!
Hai..

AQ ada buka satu Blogshop..Harap kengkawan dapat beri sokongan ya..!!

Klik Untuk Berkunjung Ya!!

Buat permulaan Enierz hanya menjual beberapa produk kesihatan sahaja seperti Bio Seleza, Marine Essence, Kopi Mineral dan beberapa produk terpilih keluaran McOcean.

Blogshop ini dibuka untuk berkongsi kebaikan dalam menjaga kesihatan terutama kepada wanita seperti AQ yang telah pun melalui beberapa fasa.

Perubahan hormon dan peningkatan umur menyebabkan kita harus lebih peka dengan keadaan kesihatan kita. Tidak  mudah untuk mengembalikan apa yang pernah kita miliki dan mungkin sedikit mustahil tetapi Inshaa Allah kita mampu melakukannya untuk diri sendiri, suami dan anak-anak.
Sebarang pesanan boleh terus dilakukan di Blogshop atau pun terus menghubungi kami di nombor atau emel yang tertera. Terdapat dua borang yang perlu diisi untuk memastikan pesanan anda diproses dengan betul.

Jika terdapat sebarang ketidakpuas hati anda..boleh isikan borang aduan. Sebarang feedback juga harap dapat diberikan kerana ia bukan saja membolehkan kami mengetahui kekurangan dan ketirisan dalam urusniaga bersama anda tetapi ia juga dapat lebih memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kami.

HARAP DAPAT SOKONG DAN SHOPPING DI KIOSK KAMI




TQ


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 14 September 2014

Sweet September Giveaway By Mellya

Assalammualaikum
Hello Yoooo!!


Klik Untuk JOIN

Cepat Join You-olll
Hadiah Syiok oooo...!!

Bagi AQNEEY menang ya Mellya..Hew hew hew.. >_<




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 10 September 2014

Coretan Kakak Kiki

Assalammualaikum Peepsss..

Kelmarin petang...AQ dapat hasil kerja tangan Kakak Kiki..Ia buat AQ terharu.. Korang baca apa yang dia tulis..




Terharunya bila baca baca ayat dia.. "Ibu..saya sayang"..."Ibu kawan saya Hari-hari"

Bicara seorang kanak2 yang hampir menjangkau 7 tahun.. Ia adalah tulus dari hati kecil mereka. 
Terima Kasih sayang Kakak Kiki. Ia juga adalah inspirasi AQ walaupun AQ boleh dikategorikan sebagai seorang ibu yang garang kaw-kaw namun AQ bukan seorang ibu yang garang sampai naik tangan.

Kakak Kiki memang rajin buat semua ni..setiap hari yang istimewa, dia tidak pernah lupa walau dengan hanya coteran atas kertas putih dengan contengan..haha..but who care?? yang penting apa yang sedang dan telah diluahkannya.

Kakak Kiki dengan personalitinya seorang kanak2 yang agak sempoi..ermmm..memang sempoi giler..berani..tak kisah apa orang kata but mudah tersentuh bila orang yang dia sayang buat kat dia..(huhu...just like her ibu). Suka buat dakkkk saja, straight to the point..selalu tanya soalan sentap..dan jadi pelawak Kak Long Kimi-nya.

Jangan sesekali berjanji dengan dia kalau ada hati nak berjanji kosong..biar dua tiga tahun..dia tetap akan tanya semula..haha..AQ dan hubby yang kadang2 lupa.

Seorang anak yang sangat2 manja, comel dan pintar.

ERmmm...TERIMA KASIH Kakak Kiki..

I LOVE YOU soo Much Till Jannah.

Semoga kekal menjadi seorang anak yang baik hingga ke akhir nyawa.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 8 September 2014

SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Assalammualaikun pals..
*_* 


Time Ronda2 tadi..singgah Blog Hikayat Seorang Budak

Dia sedang buat Segmen Cute..JOM JOIN!!

Klik Untuk Join!! Cepat tau

Kategori AQneey : Kakak


Mari Join ramai2..


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 7 September 2014

Fasa Baru Karl Ell

Assalammualaikum....

Syioknya bila baby Karl sedang membesar dan sudah memulakan satu lagi fasa baby..hooyeaahhh!!!
Baby Karl dah boleh bergerak kedepan semasa meniarap..nak panggil apa ntah..(Abaikan!!..)

Best sangat even AQ dah melihat dan merasai memont itu ketika Kak Long dan Kakak Kiki membesar dulu. But..setiap perubahan tetap menjadi satu keterujaan. Lebih2 lagi KnK yang sangat2 happy dengan perkembangan adik dorang.

Lepas ni tak sabar pula nak tunggu dia duduk, berjalan dan bercakap. Merangkak?..agaknya baby Karl tak merangkak macam KnK..

HUooHuOOO...can't wait!
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Saturday, 6 September 2014

Cara AQ Nak Blogwalking

Assalammualaikum..
Hello All Blogger
>___<

Setiap hari sebelum masuk dashboard..AQ mesti buka page blog dulu..sebab nak tengok kot ada yang sudi singgah kat blog AQ ni..Kalau ada..sooo..Blogwalking sekejap..Klik apa yang boleh..sedekah klik tak susah mana pun kan..dapat juga kawan kita kumpul duit sikit.
 
Citer pasal klik iklan.. Terima kasih sepadang bola sebab sudi klik iklan di page greepink ni..TQVM

Then..memandangkan AQ malas nak belek dashboard..so everything AQ tengok page sendiri..layaknya seperti sedang blogwalking blog kengkawan...Sooooo

                         AQ dah mula letaksemua yang AQ followed dalam bloglist..mudah dan senang nak merisik apa yang kengkawan tulis...berminat nak baca..AQ klik saja..Done!!

KBai..
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Attacked By Malware Solved

Assalammualaikum Readers


Resah hati bila tak boleh buka my own blog page..huhu...sedih bila just mengadap screen putih merah..
Begini rupa muka blog sejak semalam

Nak go through tak berani pula.. 

Benda ni berpunca dari pinkbusuk.org.. Sapa yang ada letak ping kat blog sure kena macam ni kan.

Ok..jom kita elakkan benda ni berulang lagi... 

Go to your Dashboard > Layout > Gadget Ping > Then Delete HTML Ping Busuk yang korang letak dalam tu.

SAVE dan try buka semula blog page korang. Insha Allah selesai..macam blog AQ.

Selamat BerBLOG semua.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Scammer From Coca-Cola

Assalammualakaikum Uolss


Pagi ni tiba2 hubby dapat message from Coca Cola 
Inspira tuuuu!!

Then AQ check website yang dia beri tu sebab awal2 dah ragu.. Tengok yang AQ 'BOX'kan dengan color pink dan kelabu tu...apa yang pelik???


1. Produck??.... Itik Pro ke apa? 

2. Webs?..Coca cola guna free website..whoaaa..takkan coca cola dah nak bankrup sampai guna domain free.



3. www.peraduancocacola.webs.com ....sah la menipu..

4. Lupa nak printscreen..hadiah wang tunai RM.27000...berapa nilainya tu..27 ribu or 27 sen..fikir2 kan la.

Then AQ google lagi..yuhuuuu..banyaknya keluar pasal scammer coca cola ni..ada yang guna email. Macam2 cara mereka nak cari duit kan... Hati-hati!! Be carefull!!

Jangan ada yang terkena tau!! 

Jangan ada yang blink2 mata tengok hadiah yang tak berapa nak mewah tu..

Fikir Logik!!!!

OK BAI...

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 5 September 2014

Cerita Blogwalking

Assalammualaikum Uoalss


Blogwalking.....Satu cara nak tambahkan traffic ke blog kita..sambil2 tu dapat kenal ramai blogger yang jadi typer tegar di Blogger. AQ pun kadang2 blogwalking juga..baca blog kawan2 yang sudi singgah ke muka blog buruk ni.. Kadang2 AQ klik rambang mana2 nama kat CBOX or SHOUTMIX kengkawan. So dapat la juga kawan2 yang sudi berkawan dengan AQ..
                                                              Whoaaahooo....banyaknya 'kawan'


Kenapa AQ jarang BLOGWALKING??

1- Line Tenet Slow
     Memandangkan AQ just tumpang Wifi..so memang tak laju la kan..Bukan kedekut tapi dah ada kemudahan tu..AQ guna saja la walaunpun slow kadang laju. Bukan keperluan memaksa..just untuk masa senggang dan buat kerja sikit.

2- Lappy AntiVirus Tegar
    Lappy ni punya la antivirus sangat..sampai ada page blog yang dia tak nak masuk pun..grrrrr!!!
Tengok tajuk entri kengkawan yang cun-melecun..xcited nak baca yooo...bila klik..g.r.r.r.r.r tak boleh baca pula...sebab nampak muka putih saja..geram dooo..nak buka antivirusnya...sayang lappy weiii..ni pun pernah dah sekali..kena attacked virus sampai padam gara2 anak2 gadis layan game cooking. Melayang beratus juga nak letak antivirus dan format serta reinstalled semula. Sayang duit tau..membazir!!!

3- Page Blog Lambat Loading
  Ada blog yang lambat sangat nak loading page..ditambah lagi dengan tenet yang slow..bertambah2 'lidut'nya..last2..AQ blah. Selalunya masalah loading disebabkan terlalu banyak gadget dan entri di muka depan.
    Ada banyak cara nak ringankan blog...guna tabbler dan accordian tab nak gabungkan gadget ataupun guna scroll mana2 gadget yang panjang gila seperti archive or bloglist..buat jadi pendek. Too much picture pun buat blog berat juga..tapi that your blog.so terpulang la kan.

4- Terlalu Banyak Iklan
    Syok2 da semangat nak baca...keluar pula iklan yang menyemak dan mengganggu pembacaan. 'Pok' orang klik la tu kan..geram dooo. malas da nak baca...baik blah!!
 
5- If You Not A Robot
    Bila nak tinggalkan komen atau jejak..keluar pula menatang ni..huhu..of coz la i bukan robot tau..Malas la nak isi2 bendahalah tu..kan elok just enter saja..Senang dan cepat serta pantas..awww!!

6- When I Too Busy
    Whooaaa!!! of coz la AQ tak dapat nak blogwalking..busy dengan baby Karl yang super manja ni dengan anak2 gadis yang banyak akal tu..then kerja rumah dan biz lagi...mujur menangguh study..kalau tidak..sure super duper busy with assignment pula.

Sooo..AQ nak mintak maaf manyak2 kepada blogger2 yang tak sempat nak blogwalking tu ya..but..kita akan sampai juga...

Baiii


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 4 September 2014

Kenapa AQ Menaip???

Assalammualaikum...Peepss

Sebenarnya agak lama juga AQ menulis tapi URL dan title selalu saja bertukar. AQ jenis yang cepat saja boring. Dulu layan wordpress..wokey juga..seronok yang buat banyak page..tapi entah la  kenapa...minat kat situ lenyap begitu saja. 

Dengan blogger ni pun entah URL yang keberapa...banyak giler youuu...!!
Paling AQ suka dengan blogger ni sebab boleh tukar template dengan layout.. Suka saja mau godek2 nak bagi cantik muka blog ni..tu pasal sekejap2 muka dia lain2. Sekejap  hitam..pink..then kelabu pula. Sah kengkawan yang datang sini sure naik pelik sebab asyik tukar rupa saja.

Kenapa AQ menaip??
Sebenar dengan menaip..ia boleh hilangkan stress. Dulu tulis diari offline..hehe..buku arrr
Sekarang layan blog pula..tapi tak ada la nak mengadu domba macam tulis buka diari tu...kalau tulis tu...sure tangkap leleh saja..Lagipun hubby kata..bagaimana kalau ada orang baca???
Ermmm..betul juga..walaupun benda tu secreto orang kata tapi sebenarnya lagi orang nak baca..secreto tuuuu..!!.betul tak.?

So sekarang AQ melalut dalam blog ni..tak kisah kalau tiada orang datang baca sebab this is my Personal Blog. BUT..everything kena 'atas landasan' tak boleh terbabas..kalau ada terbabas sikit..minta maaf banyak2 ya.

Menulis perlu fikirkan banyak pihak even this is Mine yang berstatus PUBLIC..payahkan?? nevermine..kenapa AQ kata begitu..sebab walaupun ada mereka2 yang tidak atau kurang bersetuju dengan kita tapi ada mereka yang lain memerlukan atau merasai apa yang kita luahkan. Mungkin bagi kita..apa yang kita tulis hanya luahan perasaan atau suka2 tapi sapa tahu ia dapat membantu...betul tak?

The truth is..AQ sangat sukakan komputer..buku dan art creative. Dengan komputer..macam2 kita boleh dapat..cuma betul auta saja bezanya..so kena cari buku juga. Buku pun entah betul tak betul..malah Al Quran pun kena berhati2 kalau nak beli sekarang ni sebab dah ada yang tambah dan ubah. Menakutkan!!
AQ suka buat art creative dari bahan terbuang..kotak..tin..bekas makanan..macam2 boleh buat...tabung..bekas pensil..hiasan. Kita dapat rasa satu kepuasan bila dapat buat sesuatu.

Di masa lapang atau dikala idea datang mencurah fight waterfall..AQ suka tulis novel or cerpen. Dah banyak berlambak dalam lappy ni..ada yang dah siap..separuh siap...ada yang cuma tajuk saja. Novel..AQ ada tulis satu saja. Tak reti nak siap2..bila baca semula..ada lagi idea yang datang...sudahnya...entah bila nak siap???

Banyak benda AQ nak tulis but kena tulis on the spot sebab idea just datang sekali..dan tak mahu ada orang kacau...kalau terganggu..alamatnya..stop macam tu saja la...payahkan..

Okey la..panjang dah ni..nanti boring pula.

ok baiiii..
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Nak Rumah Cantik

Assalammualaikum..Hai.. >___<

Semua orang nak rumah sentiasa cantik..kan..kan..kan..!!! termasuk AQ.
Bila tengok rumah yang tampak kosong..rasa nak hias bermacam2..nak letak itu ..nak letak ini..tapi bila fikir tak duduk lama rumah ni..buat sikit saja sebab nak cat pun tak boleh..ada saja halangannya..

Huhu..kan kitaorang duduk kuarters..so tahan hati saja lah nak buat apa pun..Terpaksa tunggu rumah sendiri ada barulah kita curahkan bakat yang terpendam ni..cheeeeewa..bakat terpendam konon..
Nak hias rumah duduk sekarang ni..nak paku dinding pun tak boleh..dinding asbestos..ketuk saja dah pecah..just main lekat2 saja yang boleh..tapi ada juga hiasannya..

Jom kita tengok2 beberapa idea yang saya dapat dari internet..Kredit To Woohome

Guna tape saja..dah ada idea ni tapi tak buat lagi..
Printer pula buat hal nak print gambar

Butterflies dah gunting tapi tak lekat lagi huhu

Sapa ada roater tu ble try..

Nsak buat yang ni..botol dah banyak dah.. >__<
Ada buat tapi AQ letak kasut sebab rak dah tak muat..haha

Semua mudah saja kan..jom kita buat ramai..jimat duit..boleh buat dengan anak2..kan..kan..kan..!!!

Nak lebih idea..boleh google saja..heheh tak pun boleh klik Woohome kat atas tu. 
Sapa ada idea nak buat DIY tu..tag AQ tau..boleh try tapi jangan lah DIY mahal2..refer yang recycle sebab AQ ni hantu nak kumpul bagai barang terbuang.

Tin susu dan sardin berlambak kat dapur..
Kotak bertingkat tepi dinding.
Botol banyak giler..lebih separuh dah buang.
Bekas makanan dah jadi tabung bagai...heww..heww..

Nanti AQ snap ya..kita share..

Ok..baii..

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 3 September 2014

Resepi Nasi Lemak

Assalammualaikum
Hai

Hari ni AQ nak share nasi lemak yang jadi fevret anak2..sebab tak pedas..hehe
Pasti ramai yang dah expert masak nasi lemak kan..but saja nak kongsi..coz ini Resepi Nasi Lemak Versi AQneey

Ps : Gambar nanti Upload ya..hoho


Bahan2 Nasi Lemak :-
2 Cawan Beras (Suka hati nak beras)
200ml Santan
1 Inci Halia
2 Biji Bawang Putih 
Sedikit Garam

Bahan Sambal Lada :-
6 - 7 Keping Lada Besar (Yang Gemuk/Lebar)
Sebiji Bawang Besar (Bukan bawang besar merah tau..)
Minyak masak untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan2 Lain (Suka hati nak masak banyak mana) :-
Bilis
Telur
Timun
Kacang Goreng
Ayam Goreng


Cara2 Penyediaan :-

1. Nasi Lemak
Basuh beras dan masukkan dalam periuk ( AQ lebih suka tanak atas dapur )
Masukkan santan, halia, bawang putih dan garam.
Tanak sehingga masak.

2. Sambal Lada
Potong lada dan buang biji..bersihkan dan rebus.
Setelah masak..cuci bersih dan kisar bersama bawang besar yang dipotong dadu.
Tumis..tambahkan garam dan gula secukup rasa.

3. Bahan2 Lain
Goreng saja mana yang perlu digoreng.
Potong timun ikut suka.

Hidang dan Selamat Menjamu Selera


Sangat sesuai untuk kanak2 sebab tak pedas langsung. Nak tambah salad pun boleh.
Selamat Mencuba!!
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 2 September 2014

Quote Of The Day

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 1 September 2014

Cara Lipat Pakaian

Assalammualaikum
Hai

Pernah tak terjadi...susah nak cari pasangan pakaian anak2 dalam almari..seluar ada tapi baju entah taruh kat mana. Baju ada...seluar pula tak jumpa. AQ pun alami masalah yang sama sebelum ni..tambah2 bila anak2 dah pandai cari dan pakai pakaian sendiri. Dorang main tarik saja..sudahnya..baju dah berselerak dalam almari.

Cer try cara ni..

Lipat Baju Dulu


Lipat Seluar & Letak Atas Baju

Lipat Sekali Jadi Macam Ni..

Jadi kalau anak2 tarik pun..dorang dah dapat sepasang..tiada lagi lah dengar suara dorang tanya mana baju mana seluar.

Selamat Mencuba!!!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Quote Of The Day

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>