Wednesday, 13 August 2014

Wabak Ebola

Assalammualaikum
Hai
Selepas wabak selesema..kini wabak ebola pula menyerang. Memang menggerunkan kerana ia boleh membawa maut walau tidak seteruk selesema burung yang merebak melalui pernafasan namun ia boleh merebak melalui sentuhan dan pindahan cecair badan seperti peluh dan darah.
Apa binatang Ebola ni??..binatang??..wabak doo..penyakit!!
Ebola merupakan sejenis virus yang memusnahkan sistem imunisasi dan organ. Paling utama ia akan menyebabkan kerosakan sel darah hingga menyebabkan berlakunya pendarahan yang tidak terkawal sekaligus menyebabkan kerosakan organ.
Sebelum ini, virus Ebola hanya merebak di Amerika Syarikat dan menular ke Afrika Barat. Awal Mac 2014, Virus ini menular di Guinnea dan mengorbankan lebih seribu orang pesakit.
Bagaimana Ebola berjangkit??
Ebola tidak berjangkit seperti selesema atau campak sebaliknya ia berjangkit melalui sentuhan atau pindahan cecair badan juga dari jarum tercemar dan sentuhan permukaan.
Mereka yang terlibat secara langsung dengan pesakit seperti menjaga dan pengkebumian berisiko besar dijangkiti.
Namun...ia tidak berjangkit dari mereka yang mempunyai Ebola tetapi tiada simtom penyakit tersebut.
Apa pula simtom Ebola?
Seawal 2 hingga 21 hari..pesakit Ebola akan mengidap simtom2
1. Demam panas
2. Sakit Kepala
3. Sakit Sendi dan Otot
4. Sakit Tekak
5. Lemah anggota badan
6. Sakit perut
7. Kurang selera makan
Jika terdapat pendarahan pada mata, telinga dan mulut, batuk berdarah, cirit-birit hingga berdarah juga timbul ruam, ia menandakan bahawa virus Ebola semakin teruk menyerang pengidap.
Tiada cara mengesan lebih awal??
Diagnosis awal seringkali menyatakan bahawa pengidap hanya mengidap Kolera atau Malaria jika hanya salah satu simtom dikesan.
Caranya adalah dengan melakukan ujian darah.
Sebaik saja disahkan mengidap Ebola, pesakit Ebola akan dikuarantin untuk mengelak agar virus pembunuh ini tidak merebak dan menular menjadi wabak.
Menghalang dan mengurangkan penyebaran Ebola?
Elakkan sebarang hubungan langsung dengan pengidap.
Batalkan sebarang percutian atau urusan ke negara yang terlibat dengan wabak.
Inshaa Allah ia mampu diatasi jika bertindak cepat dan berkesan
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

2 comments:

  1. Ades, macam2 wabak melanda sekarang ni kan..semoga kita dijauhkan dari semua ni..Amin

    ReplyDelete