Tuesday, 12 August 2014

Resepi Kek Coklat Moist Mudah

Assalammualaikum
Hai

Pasti ramai yang suka makan kek soft dan yummy kan 
tapi malas dan tak reti sangat nak buat.
Jom kita try resepi Kek Coklat Moist
yang lembut gebu gitu.

Bahan2 A :-
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
(nak kurangkan separuh pun boleh tapi kena lebihkan telur)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak

Bahan2 B :-

3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan2 Topping

2 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat manis
5 sudu besar susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar margerin
1 susu kecil garam
1 1/2 cawan air panas
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air

Cara2 Masak Kek

1. Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan panaskan dengan api sederhana hingga cair. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur, masukkan bahan2 A yang telah sejuk tapi (suam pun boleh). Kacau sebati.
3. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat dan masukkan dalam campuran telur dan bahan A.
4. Griskan loyang dan masukkan adunan.
5. Kukus dengan api sederhana selama 1 1/2 jam.
*Note: Jangan buka sehingga tempoh tamat ya.

Cara buat topping

1. Masukkan semua bahan (kecuali 1/2 cawan bancuhan tepung jagung) dalam periuk dan didihkan.
2. Apabila mendidih baru masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga likat..angkat dan tuang atas kek yang telah masak. Hias ikut suka hati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 2 atau 3 jam untuk rasa yang lebih kaw.

*Gambar Tak Sempat Snap Lagi..nanti Upload ya*

Selamat Mencuba..!!
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment