Sunday, 31 August 2014

Telekung Own Made Untuk KnK

Assalammualaikum
Hai..selamat malam

KnK dah lama nak beli telekung.. AQ pun dah lama cari juga..Nak beli yang online rasanya tak mampu la pula..mahal sangat la yang AQ jumpa. Sepasang paling murah RM70..kain..kita tak tahu kualitinya bagaimana. Cari kat sini pun 2x5 juga..ada yang harga RM50..whoaaa!! kain..kualiti baru RM1.90. Jarang giler jooo..just menang kat kerawang saja. 

So ajak dorang cari kain..huhu..kedai kain pula takde kat Tenom ni..ajak pegi Keningau..susahnya cari kedai kain yang jual murah. Cari kedai yang selalu AQ pergi dulu..Huargghh!! Sudah tiada di lotnya..mungkin sudah pindah tapi tak tahu kemana sebab dah dua tahun tak beli kain ela.

Then...cari lah kat mana2 kedai yang dekat..nak survey jauh2..tak larat nak dukung Karl Ell dan dia pun dah mula tak selesa..nak mneyusu dan mengantuk. Sudahnya..everything kena buat dengan pantas. Jumpa kain Rm8 semeter..okey la kan..seorang 4 meter. Untuk dua orang 8 meter la jawabnya so..RM64. Murah dah tu. Beli renda RM2.50 semeter. 7.5 meter..so jumlah semua baru RM80 cincai. Kira murah dah tu..hihi.
Done!! dan Jahit...Siap!!

Inilah hasilnya..OK tak?? 









Senang hati tengok mereka..!

Bai..
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Bomba Jadi Bidan Terjun

Assalammualaikum
Hai..Selamat Malam

Hehe..tajuk kali ni tak boleh belah..agaknya dah basi pun..but just nak tulis dalam blog ni untuk kenang2an..
Baca tajuk..whoaahooo!!! Bomba jadi bidan terjun...!!..hehehe..

Kenapa pula AQ sibuk nak tulis mendehalah ni..Sebenarnya..hubby salah seorang yang terlibat dalam kejadian tersebut..pelik juga bila hubby suruh tengok dalam FB..ada tak citer bomba jadi bidan terjun??.. AQ cari ler...whoaahooo!!!.. Terus kenal belakang yang tengah bercekak tu.


Tuan Dunsten dan Hubby


27 Ogos 2014..Rabu..hubby pergi HQ di KK..setengah hari saja..siap saja hal kat sana..dorang balik..dorang?? Dorang tu..hubby..Tuan Janil, Tuan Dunsten dan Rahman.
On the way balik..dorang nampak sebuah Myvi berhenti tepi jalan dengan lampu kecemasan..Dorang berhenti nak tolong...rupanya sepasang suami isteri.. Baby dah tak sabar nak jumpa ibu ayah dia..so dia kuar sebelum sempat sampai kat hospital. Ayah dah panik sebab baby keluar kat dalam kereta..Si baby catat kisahnya sendiri..hehe

AQ tak nak cerita panjang sebab takut tersalah cerita pula kan..so korang tengok sajalah gambar ni ya. ada kat FB bomba juga.


Tuan Dunsten, OC Papar sedang buat panggilan untuk bantuan pihak hospital



Syukur..kebetulan sebuah ambulan lalu dan dengan bantuan mereka..wifey dibawa ke Hospital Likas untuk tindakan lanjut. 


Keesokan harinya keluar kat akhbar...Bangga dengan mereka yang sedia membantu sesiapa saja yang memerlukan pertolongan. Bukan hanya kerana tugas tapi kerana nilai kemanusiaan.

Syukur alhamdulillah..ibu dan baby selamat dan dalam keadaan sihat walafiat..semoga baby menjadi seorang anak yang menjadi kebanggaan ibu ayah dan masyarakat serta negara..amin.

Berita Dalam Akhbar...ada terbaca tak??..AQ pun tak terbaca..huhu!
Alaaa..kenapa citer tak panjang???..heheh..AQ tak nak citer banyak2 sebab kalau salah citer takut jadi konspirasi pula nanti..macam ada sebuah akhbar tu..mentang2 kejadian berlaku di KK..so bomba dari JBPM KK la konon yang terlibat...padahal pengawai dari balai lain..Wartawan sepatutnya peka dan selidik cerita dengan betul...kan..kan..kan.. 

OK Bai..


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 28 August 2014

Segmen Mrs. Mustache Bloglist

Assalammualaikum
Hai..Selamat Malam

Mrs Mustache ada buat segmen...Jom JOIN..!!


KLIK BANNER UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Dear Blogger Comey...Anda diTag


Selamat Bersegmen

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 22 August 2014

Pergi Tak Kembali

Assalammualaikum
Hai

Al Fatihah


Hari ini seluruh negara merasai kehibaan dan kepiluan dalam ketidaksabaran menanti ketibaan MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014. Siapa sangka mereka yang dijadualkan mendarat dan tiba di Malaysia pada 18 Julai hanya selamat tiba pada hari ini. Sungguh setiap rakyat Malaysia terkesan dengan tragedi itu. Tragedi yang telah mengorbankan 298 orang penumpang serta anak kapal. 

Kejadian itu mengundang pelbagai spekulasi dan kontrovasi yang menjadi tajuk utama media dunia dan media tempatan khasnya. Tidak terduga jadual rutin berubah sekelip mata, bukan hanya mereka yang telah pergi tetapi juga mereka yang menyayangi dan mengasihi mereka.

Semoga mereka yang pergi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga keluarga mangsa dapat bersabar serta mampu meneruskan kehidupan. Kami hanya mampu memandang dan merasai tempias kepedihan namun bahu yang memikulnya pasti payah untuk menanggung keperitan dan kesedihan itu. 

Sabarlah wahai ayah...ibu...abang...kakak...adik...isteri...anak serta saudara. 
Kami sentiasa bersama kalian menghulurkan tangan untuk berkongsi kesedihan 
dan...
AL Fatihah...kasih sayang Allah pasti bersama mereka yang kamu sayang..Amin!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 21 August 2014

Jom Timbang Berat Blog

Assalammualaikum
Hai
Jom timbang berapa berat blog yang dah kita customize..!!

KLIK SINI

Ni result timbang berat Belog Aqneey
Agak berat sebenarnya...Huhu
Kena fikir apa yang perlu dibuang.
Masa Loading

Kepantasan

Agak lambatkan...

Korang dah timbang??
Cuba lah ya.

Lepas ni kita buat cara nak ringankan blog pula.









Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 20 August 2014

Tips Elak Anak Conquer TV

Assalammualaikum
Hai

Pernah tak terjadi kita tak nampak rancangan TV yang kita nak..berita semasa khususnya??
Ada tak??..sure ada malah AQ rasa..90% mereka yang mempunyai anak akan mengalami situasi ini.
AQ juga pernah mengalami situasi yang sama dulu2.

Tapi sejak kakak Kiki berumur 2 tahun dan kak long 5 tahun...kami buat peraturan a.k.a perjanjian.

Rule 1 : 'Siang anak2 punya...malam turn ayah ibu pula'
So...siang..memang kami tak akan kacau. 
Malam pula memang dorang tak kacau.
Tapi..dorang pandai...Kalau nampak ibu ayah ada benda yang nak dibincangkan atau ada kerja yang nak dibuat..dorg potong line juga.
But its ok!!
Lagipun..kami tak tengok juga kan..so..biar sajalah.

Rule 2 : Tak boleh tengok Shin Chan, Oggy and The Cockroach dan Hagemaru.
Tahu dorg tengok 3 karton ni..akan kena penalti
Denda..!!!!
3 hari tak boleh tengok rancangan yang mereka suka.

Rule 3 : Kerja sekolah mesti siap
Anak2 jenis buat kerja depan TV..sama macam ibu dorg..yang lebih selesa buat kerja dengan bunyi2an.
Kalau ikut ibu dorg..AQ lebih suka buat kerja dengan muzik sambil nyanyi2
boleh buat idea mengalir kalah air terjun..sampai tak sempat nak ligan..hahah!

Rule 4 : Esok mesti pergi sekolah
Ngantuk tahap gaban sekalipun, mesti pergi sekolah kecuali tak sihat.
Kalau tak sekolah..waktu pagi tak boleh tengok kartun..!
Tengok rancangan pendidikan or buat latih tubi.
(Alhamdulillah..anak2 antara pelajar terbaik di sekolah)
Bukan apa...dorg ni selera lain sikit..budak2 zaman sekarang lebih suka tengok KPop or cerita jiwang2
Tapi dua beradik ni minat giler2 dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Sanggup tengok sampai tengah malam nak tengok citer even dorg dah hafal pun citernya.
Sekarang dah minat pula dengan SRK.
Datuk Shah Rukh Khan!!
Citer Hindustan...tengok tapi sekerat jalan selalunya.
Layan saja..but mesti sekolah!

Jika ada peraturan yang dilanggar...denda semestinya akan menyusul.

1. No belanja shopping barang mereka nak untuk sebulan.
2. Belanja sekolah dikurangkan 1/3 dari biasa
3. Tak boleh keluar main selama seminggu
4. Tak boleh tengok rancangan kegemaran selama 3 hari

So far...teknik ni berjaya.!!

Macamana pula cara korang??
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 18 August 2014

Rezeki Ketentuan

Assalammualaikum
Hai

Setiap makhluk ciptaan Allah telah ditentukan rezekinya..usaha sesungghnya!



Jangan Putus ASA!!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sabar Dan Tabahlah Hati

Assalammuaulaikum
Hai

Wah..tengok tajuk macam feeling sedih kociwo saja kan..
Hihi..takda la kecewanya..just penat..lengguh dan a bit stress.
But its ok..everything gonna be an awesome!!! Yeahhh!!

Minggu lepas sungguh menguji kesabaran dan ketabahan sebagai seorang ibu..sungguh!!

Hari ahad dua minggu sudah..Kakak Kiki demam..Dia ni kalau demam memang jenis tak makan ubat.
Makan muntah...makan muntah..so last2 AQ tak bagi makan ubat langsung but mesti makan makanan even takda selera.
Sudahnya 'batapus' pagi petang siang malam. Memang ngantuk giler jooo.
Bila demam..sah la tak pergi sekolah..AQ just SMS saja cikgu dia beritahu dia tak dapat pergi dan surat AQ buat bila Kakak Kiki hadir so sekolah...

Lepas tu..Kak Long Kimi  pula sambung demam. Aduhai!!!
Berjangkit pula..Sabar Enie..you can do it!!!
Kak Long ok skit..nak juga makan ubat..so demam on off but tetap tak bagi dia pergi sekolah.
So..called sekolah bagitahu tak dapat datang dan surat beri bila dia hadir..tak dapat SMS cikgu dia coz dah tak mana perginya no HP cikgu..huhu
..Done!!
But..jumaat dapat surat amaran sebab tak hadir 3 hari..kak long start demam hari selesa petang..called sekolah hari rabu..dan ketidakhadiran dikira start hari rabu..oo my..!!
Macam2lah...!! layankan saja.
Buat surat tunjuk sebab..Done!!

Sabar wahai hati.

Kakak2nya dah ok...Allah!! adik kecik pula yang sambung legaci demam..huhu!!
Demam yang ni datang sekali dengan selesema.
Lagi parah..sebab Karl Ell nangis bila hidung tersumbat.
So..memang sungguh tak cukup tidur. Mana letak kepala..sure terlelap.
Cool for myself!!

Yang paling haru dalam seminggu tu..
Hubby Kursus Elektrik untuk Penyiasatan Kebakaran..Waarrgghhh!!!
Everything kena buat sendiri..alone!
Istighfar saja teman bibir dikala stress tahap gaban!!
even kadang2 meletus bila anak2 buat sepah yang buat kepala serabut semakin berkulut.
T__T
Allah....sungguh menguji kesabaran si ibu.

Alhamdulillah..hari ini demam adik Kar Ell dah surut sikit.
Dan sekali lagi,,hubby pergi selama seminggu untuk Audit Aset beberapa buah balai di Tawau, Sandakan hingga Semporna.
Sendiri lagi dengan anak2.

Inilah salah satu sebab kenapa AQ selalu bersyukur tidak diberikan rezeki bekerja diluar.
Sakit pening anak2 AQ yang handle sendiri. Everything AQ dapat lihat depan mata.
Alhamdulillah


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 15 August 2014

Tergamaknya!!!

Assalammualaikum
Hai

Ni cerita kelmarin...sentap dan sayu hati tengok mayat bayi yang tidak berdosa ni.

Klik Gambar untuk info

Spesis apa agaknya orang yang sanggup buang anak ni ya.
Sedangkan binatang lagi sayangkan anak malah sanggup bergadai nyawa..tapi manusia??
Mereka semakin 'seronok' melemparkan anak yang dikandung 9 bulan seperti sampah.
Allahurabbi.

Melihat tubuh bayi yang berisi gebu sudah buat hati jatuh sayang, inikan pula kalau menatap wajah dan sepasang matanya yang polos.
Apa salah mereka dibunuh sekejam ini?
Apa dosa mereka dilemparkan tanpa belas?
T___T
Entahlah...tak tau kata apa dah.
Apa yang mampu..cuma berdoa agar sanak-saudara, adik-beradik dan anak-anak tidak menjadi seperti mereka yang tidak tahu dosa dan perikemanusia.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 14 August 2014

Si Murai Kiki

Assalammualaikum
Hai
Wah...AQ ada murai...hihi.
Bukanlah..ini Kakak Kiki..sebelum ada Baby Karl..kitaorang panggil dia 'Adik'..tapi sejak dah ada adik ni dia nak kami panggil dia 'kakak'.
Korang nak try panggil dia 'adik'..sure buat tak dengar.
Napa pula si Murai Kiki??
Sebenarnya..kakak ni suka sangat bercakap..agaknya dah tertumpah banyak sangat kuah kot.
Ibu ayah dua2 becok...kekekek
Sapa2 yang berpeluang berborak dengan dia...sediakan ubat lemah jantung..bagi yang ada lah.
Bukan apa..dia kalau bercakap selalu buat  kita sentap.
Soalan maut tak sudah..but..memang sure best borak dengan dia even kadang2 buat kepala berasap.
Jangan pelik kalau keluar ayat2 power yang mungkin korang fikir..
Betullah budak 6 tahun yang cakap ni??..
Hehe..kami pun selalu sentap dengan dia ni..Sabar sajalah..huhu.
Pintar sangat kalau bercakap..ayat standart saja.
Hehe..Agaknya besar nanti boleh jadi pemidato tak?
Inshaa Allah.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

SuperBaby & MP3

Assalammualaikum
Hai
Sapa pula SuperBaby ni??
Tak tau..meh nak bagi tahu...Tahu tak Karl Ell tu nama sapa?
Nama dia ni...!!
Apa kaitan pula dengan MP3??
Hihi..!!

Sebenarnya Baby Karl tak boleh nak tidur kalau tak ada bunyi MP3. HP AQ yang jadi mangsa buat peneman sampai dia lena. HP AQ penuh dengan lagu KPop dan ayat Al Quran saja..so...itu sajalah yang selalu dia dengar..dan lena akhirnya.

Korang nak tahu apa genre fevret Karl Ell??
Ayat2 Al Quran..Alhamdulillah.
At least halwa pendengarannya dipenuhi dengan ayat2 suci even kadang2 lagu KPop kumpulan BToB yang AQ pasang...hihi

Mana tahu suatu hari nanti nak ini menjadi seorang Hafiz...amin.
Inshaa Allah.
Mata Sudah Ngantuk Tapi Dilawan lagi..Tidurlah sayang!!

Selamat Malam..!!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Hantu Nasi Goreng

Assalammualaikum
Hai

Sapa pula jadi hantu ni???..hehe..tajuk tak boleh blah kan..
Actually..Kakak Kimi dan kini jadi Kak Long yang jadi Hantu Nasi Goreng.
Jahatnya kau jaaa...!!!

hihi...memang Kak Long sangat2 sukakan nasi goreng. Tak kira nasi goreng apa asalkan tidak pedas.
Soal pedas memang dia tak tahan langsung..pedas lada hitam pun dia dah bising..haha
Pula tu tak mau ada sayur.

Kalau makan kat luar..siap buat pesanan extra..
Jangan taruh apa2 jenis lada.
Jangan taruh sayur.

Kalau kat rumah ni..selalu dia request...

Nasi goreng putih.
Nasi yang digoreng dengan bawang putih saja.

Nasi goreng kuning,
Nasi digoreng dengan telur.

Nasi Goreng kicap,
Nasi goreng + telur + kicap

Yang pasti...semua makanan dia mesti panas.
Kalau dah sejuk..mulalah dia bising.
"Ibu..boleh panaskan nasi goreng"...itu dulu.
Sekarang...dia dah pandai panaskan sendiri. Dah pandai masak sikit2..goreng telur..sosej..nugget.

Alhamdulillah dah tu..
Nanti ajar dia masak nasi goreng pula..sebab dia dah request nak belajar.
Itu lebih baik daripada pada paksa dia belajar...kan.

Lepas tu baru ajar dia masak yang berat sikit.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

I Am Melting

Assalammualaikum
Hai
Nak share 1 mende ni...tapi..shhh..citer senyap2 ja ni...huhu..kalau hubby tau..mampus AQ joooo.
Sebenarnya...AQ...AQ...fall in love with someone...ermmm..another guy..macamana ni???..huhu
Dah setahun perasaan ni ada..dah terlalu sayangkan dia..
Tengok muka dia..dah jatuh sayang yang amat sangat..
Tengok dia senyum...ooo Tuhan...jatuh cinta entah untuk yang ke berapa kali.
Huhu..seksanya hidup..
*
*
*
*
*
Inilah kekasih hati baru AQ
Macamana tak cair tengok muka dan senyuman tu..huhu


Sapa tak jatuh hati????
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 13 August 2014

Wabak Ebola

Assalammualaikum
Hai
Selepas wabak selesema..kini wabak ebola pula menyerang. Memang menggerunkan kerana ia boleh membawa maut walau tidak seteruk selesema burung yang merebak melalui pernafasan namun ia boleh merebak melalui sentuhan dan pindahan cecair badan seperti peluh dan darah.
Apa binatang Ebola ni??..binatang??..wabak doo..penyakit!!
Ebola merupakan sejenis virus yang memusnahkan sistem imunisasi dan organ. Paling utama ia akan menyebabkan kerosakan sel darah hingga menyebabkan berlakunya pendarahan yang tidak terkawal sekaligus menyebabkan kerosakan organ.
Sebelum ini, virus Ebola hanya merebak di Amerika Syarikat dan menular ke Afrika Barat. Awal Mac 2014, Virus ini menular di Guinnea dan mengorbankan lebih seribu orang pesakit.
Bagaimana Ebola berjangkit??
Ebola tidak berjangkit seperti selesema atau campak sebaliknya ia berjangkit melalui sentuhan atau pindahan cecair badan juga dari jarum tercemar dan sentuhan permukaan.
Mereka yang terlibat secara langsung dengan pesakit seperti menjaga dan pengkebumian berisiko besar dijangkiti.
Namun...ia tidak berjangkit dari mereka yang mempunyai Ebola tetapi tiada simtom penyakit tersebut.
Apa pula simtom Ebola?
Seawal 2 hingga 21 hari..pesakit Ebola akan mengidap simtom2
1. Demam panas
2. Sakit Kepala
3. Sakit Sendi dan Otot
4. Sakit Tekak
5. Lemah anggota badan
6. Sakit perut
7. Kurang selera makan
Jika terdapat pendarahan pada mata, telinga dan mulut, batuk berdarah, cirit-birit hingga berdarah juga timbul ruam, ia menandakan bahawa virus Ebola semakin teruk menyerang pengidap.
Tiada cara mengesan lebih awal??
Diagnosis awal seringkali menyatakan bahawa pengidap hanya mengidap Kolera atau Malaria jika hanya salah satu simtom dikesan.
Caranya adalah dengan melakukan ujian darah.
Sebaik saja disahkan mengidap Ebola, pesakit Ebola akan dikuarantin untuk mengelak agar virus pembunuh ini tidak merebak dan menular menjadi wabak.
Menghalang dan mengurangkan penyebaran Ebola?
Elakkan sebarang hubungan langsung dengan pengidap.
Batalkan sebarang percutian atau urusan ke negara yang terlibat dengan wabak.
Inshaa Allah ia mampu diatasi jika bertindak cepat dan berkesan
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 12 August 2014

Bestfriend???

Assalammualaikum
Hai

Cer tengok gambar ni...beginikah sahabat??



Tak jumpa lagi bestfriend sebegini. 
Sandi.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Kasih Sayang Berbalas

Assalammualaikum
Hai

AQ terbaca ni dalam FB...terharu tengok meow duk situ..
Apa korang rasa bila nampak seekor kucing dipengkebumian seseorang?
Apa yang korang terfikir??

Meh kita tengok kenapa..

Nampak sedih ja meow tu kan..
Al Fatihah

Semoga Arwah ayah Sunazrah Saleh tenang bersama mereka2 yang beriman...Amin.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Resepi Kek Coklat Moist Mudah

Assalammualaikum
Hai

Pasti ramai yang suka makan kek soft dan yummy kan 
tapi malas dan tak reti sangat nak buat.
Jom kita try resepi Kek Coklat Moist
yang lembut gebu gitu.

Bahan2 A :-
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
(nak kurangkan separuh pun boleh tapi kena lebihkan telur)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak

Bahan2 B :-

3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan2 Topping

2 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat manis
5 sudu besar susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar margerin
1 susu kecil garam
1 1/2 cawan air panas
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air

Cara2 Masak Kek

1. Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan panaskan dengan api sederhana hingga cair. Biarkan sejuk.
2. Pukul telur, masukkan bahan2 A yang telah sejuk tapi (suam pun boleh). Kacau sebati.
3. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat dan masukkan dalam campuran telur dan bahan A.
4. Griskan loyang dan masukkan adunan.
5. Kukus dengan api sederhana selama 1 1/2 jam.
*Note: Jangan buka sehingga tempoh tamat ya.

Cara buat topping

1. Masukkan semua bahan (kecuali 1/2 cawan bancuhan tepung jagung) dalam periuk dan didihkan.
2. Apabila mendidih baru masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga likat..angkat dan tuang atas kek yang telah masak. Hias ikut suka hati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 2 atau 3 jam untuk rasa yang lebih kaw.

*Gambar Tak Sempat Snap Lagi..nanti Upload ya*

Selamat Mencuba..!!
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Resepi Ais Krim Oreo Mudah

Assalammualaikum
Hai

Suka makan ais krim tak???
Pasti sukakan.

Jom kita try buat ais krim sendiri.

 
Bahan-bahan
i. 1/2 cawan Susu Pekat
ii. 1 ½ Cawan Susu Cair
iii. ½ Sudu makan Ovallate
iv. 1 Sudu kecil Esen Vanilla
v. 1 bungkus Biskut Oreo

Caranya
1. Blend semua bahan sehingga gebu dan berbuih.
2. Hancurkan biskut oreo dan masukkandalam bekas.
3. Tuang adunan kedalam bekas.
4. Masukkan ke dalam peti ais..biar beku...
5. Makannnnn...!!!!



Tak berapa nak beku..anak2 dah ngap2..
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 11 August 2014

Tutorial Code Warna

Assalammualaikum
Hai
Untuk Nak Mudahkan Korang
Credit To VisiBone
Happy Editing
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tutorial Cara Buat Blockqoute Cantik

Assalammualaikum
Hai

Jom kita buat Blockqoute yang comei.
1. Klik Template >  Edit HTML > Ctrl + F
dan Paste

.post-body {
2. Copy code dibawah dan Paste diatas code petama tadi
.post blockquote {
pading:9px;
background-image: url('http://media.tumblr.com/015e24fc4c96881986b5680640788b71/tumblr_inline_mh5jzkgcfX1roozkr.gif'); 
border:2px dashed  #FEBFBF
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
colour:#FFFFFF}
blockquote:hover {
background-color: #CCCCCC;
-webkit-transition-duration: 2.0s;
background-image:url(http://dl10.glitter-graphics.net/pub/79/79730l4d8pj2fyu.gif);
background-position:left right;
background-repeat:no-repeat;
}
Note: 
Color Biru - URL background Blockqoute
Color Oren - Border
Color Pink - Warna border ( Tukar Code bertanda # ikut suka korang) Pilih Warna
Color Biru cerah - URL image apabila klik
3. Preview

4. Jika keluar muka blog korang..maknanya..everything ok. then Save.

Selamat Mencuba


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>