Thursday, 24 July 2014

Kegembiraan Berharga

Wah..at last menjadi juga 'Pic Kat Atas' tu setelah banyak kali try. First just buat kat setting tapi tak lepas then try buat dengan EDIT HTML TEMPLATE..then..wallaaaa..jadi juga youu..
Hari ini ingat nak post beberapa entri..jika diberikan kesempatan..kikiki..sure la tak berapa nak sempat sebab esok nak balik kampung dah. Hubby dah start cuti esok. Maknanya hari ini AQ dah pulun perabis packing barang for 10 days. 
Sementara tidurkan Karl Ell...ini yang dapat AQ post..hewwwss!!
Bukan entri hebat pun but its make me feel happy dan bertambah kehappyan itu bila tengok anak2 gembira...even budget dah kelaut.
Dah bawa masuk bilik pula..
Gembiranya kakakiki..baru siap pasang.
Kakakiki masuk siap dengan selimut lagi.

Cak!!..Peace ibu..
Kakakimi dah angkut bagai barang masuk dalam tu.
Inilah dia..melihat betapa gembiranya mereka atas pelaburan kecil..cukup buat AQ dan hubby puas hati.
Syukur..walaupun hanya permainan murah..mereka tetap gembira dan syukur mereka anak2 yang tidak kisah langsung tentang harga atau brand sesuatu barang. Malah permainan harga RM0.20 pun sudah mampu menggembirakan mereka.
Bukan nak kata pandai didik anak sebab kami pun still banyak kekurangan dalam mendidik mereka namun kami tetap bersyukur kerana mampu membuatkan dunia kanak2 mereka berwarna walau kadang2 terlambat memberikannya.
Tent ni dah janji dari tahun lepas lagi tapi budget selalu lari..Alhamdulillah..ramadhan ni ada rezeki lebih so beli saja la walaupun orang lain sibuk beli keperluan raya.
 AQ dan hubby tak beli baju pun raya ni. Pakai saja pakaian tahun sudah..cuma beli untuk anak2 saja. Tak apa sebab sekarang tengah usaha kumpulkan modal nak mula 1 biz untuk masa depan.
Inshaa Allah target untuk penggal kedua tahun 2014 ini akan melihat sejauh mana kemampuan AQ dan hubby.
Sebab....
End of this year..nak bawa anak2 pergi Bali...Inshaa Allah..kawan2 doakan ya. Walaupun belum lagi terbang kesana tapi sudah terbayang betapa gembiranya mereka..malah rasa gembira itu meresap dalam hati AQ..kadang2 bergenang air mata..bila tengok anak2 gembira..ketawa dan tersenyum lebar..melting!!!
Kakak dah 9 tahun tapi belum bekesempatan nak bawa dia pergi melancong jauh..hanya bercuti sekitar sini saja. Malah setiap kali cuti sekolah..dia hanya bercuti dirumah. Bila kawan2 dia story tentang percutian semasa cuti sekolah..dia diam saja. Paling tidak pun hanya cerita tentang pulang kampung dan hangout ketika hubby meeting kat HQ di KK.
Sian kakak.. Inshaa Allah kakak..tahun ni impian kakak nak ke Bali tercapai.
Tahun depan kita pergi Peninsular Malaysia pula..bawa kakakimi dan Kakakiki, sure gembira giler. Biar kita round satu tanah tu..heheh..berangan!!
But ibu ayah akan usahakan. Ayah nak ambil cuti panjang. Kalau tak dapat juga..ayah nak cuti tanpa gaji for 1 month hanya nak bawa anak2 pergi bercuti. Inshaa Allah.
Okey..nak sambung packing barang nak balik esok.
Selamat Hari Raya semua.
Walaupun dia bangun awal tadi dan tidur sebelum mandi..
Sure tidur pagi ni tak lama.
But harap cuaca sejuk ni sampai ketengahari..
so banyak kerja boleh selesai.

Love you All KKnK!!
*Mohon Klik Iklan untuk Tabung KKnK ya..terima kasih
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment