Tuesday, 1 July 2014

Sofia The First


Assalammualaikum...
Hi...
Salam Ramadan...

Wah..AQ layan blog jam 5am..takut tak terjaga semula nak siapkan anak2 pergi sekolah jap lagi.

Blogger2 yang dah jadi ibu dan ayah...apa rancangan yang korang benarkan anak2 tengok? Ada  tak larangan terhadap rancangan tertentu?

Karton pertama nak sarankan untuk tontonan anak2 adalah "Sofia The First". Karton yang mengisahkan tentang seorang puteri dari orang kebanyakan. Bukan puteri dari darah seorang raja tetapi hanya puteri setelah si ibu berkahwin dengan raja. AQ suka tengok karton dan ia juga menjadi kegemaran anak2 gadis kecil AQ. Banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh.



Sofia menjadi seorang puteri setelah ibunya seorang tukang jahit berkahwin dengan Raja Roland II. Seorang puteri yang comel dan sentiasa positif. 


Amber dan James adalah kakak dan abang tiri Sofia. Gadis cantik dan jejaka tampan ini memiliki karektar tersendiri. Amber seorang puteri yang agak angkuh dan sombong. Tipikal seorang puteri jahat lagaknya namun ada pengajaran dalam wataknya.

James lebih fleksibel dalam banyak hal, menerima Sofia sebagai adik tanpa prejudis berbanding Amber. Dia bersikap terbuka terhadap kakak dan adiknya.


Kenapa AQ sarankan "Sofia The First"? ... kerana ia penuh pengajaran dan nilai2 yang perlu diterapkan dalam jiwa anak2 kita. Rancangan Disney Junior ini adalah salah satu medium yang sesuai untuk dijadikan contoh.

AQ suka dengan Ratu Miranda dan berharap agar AQ mampu menjadi seperti dia. Seorang ibu yang lebih memahami anak2nya. Berkomunikasi dengan toleransi, penyayang, bijak dan pintar..
    - Agaknya boleh tak AQ jadi sebegitu...huhu..kontras jooo..hew..hew..!! But i'm trying to be a good mother and friend kepada anak2. Wish me luck..!

Ho ho...macam skema saja ayat AQ dalam entri ni kan..entah apa2 joo.
But..AQ memang sangat menyarankan untuk anak2 tonton rancangan ni..No Objection langsung.

Cakap pasal TV..actually ibu ayah dan anak2 ada rule... siang hari adalah giliran anak2 untuk conquer tv dan remote..so that mean..ayah ibu tak boleh kacau, kena tengok apa yang anak2 tengok dan dalam pada masa yang sama pantau apa yang dorang tengok..hehe banyaknya 'tengok'...Buttttt...wahhai..panjangnya but...hehe. Malam is ibu ayah turn..anak2 sila tengok apa yang ibu ayah tengok ya..ho ho. Ini adalah salah satu cara untuk disiplinkan anak2 gadis ni..dan mereka ok dengannya.

Hagemaru..Shin Chan..harus dilarang keras dari tonton..Alaaa napa pulak??? Takde maknanya tengok karton Hagemaru yang entah apa2 tu..Shin Chan lagilah tak dibenarkan. Entah kenapalah dorang nak tayang karton yang hanya tunjuk perangai tak betul tu. Karton lain punyalah banyak. Kartun tu juga yang ditayangnya. Nak kena boikot kot baru nak stop tayang.

Jika didapati menonton dua karton tersebut, makanyaaa... status 'TV Conquerer' waktu siang akan ditarik balik selama seminggu. Kejamnya..!! kejamkah?? ermm..AQ rasa tak..bukan dorang tak boleh tengok tv langsung just tak boleh tentukan rancangan or channel apa nak tengok..tunggu sampai perintah tontonan habis ya anak2.

uwarghhh...oomak aii..nguap pun nak tulis ke? hehehe..tanda dah mengantuk kaw kaw..anak2 pun dah pergi sekolah. Rasanya boleh kot tidur sekejap sebelum si kecil bangun jam 8 nanti. Semalam dapat tidur 2 jam saja..huhu. ngantuk giler jooo!

Wokey..bubyeee...

Ps** Tolong Iklan Nuffnang AQneey ya..Terima Kasih.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment