Tuesday, 8 July 2014

Searching All Day

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

Dari pagi tadi AQ try searching at google hotel2 kat Labuan..ermm..konon2 nak pergi sana jumaat ni tapi macam tak jadi juga sebab plan nak beli kain saja. So sepertinya tak berbaloi pergi sampai nak duk hotel bagai..kan!. Nak pergi terus bercuti macam tak ngam pula time puasa ni. Tak larat AQ nak bawa baby Karl Ell nak jalan jauh..sudahlah belum reti sangat guna botol susu.

Ada plan lain nak pergi Kundasang lepas raya nanti with all my Family. With My mama dan bapa..sista blogger ssurianah yana dan tiga lagi adik yang lain.,hope jadik la..huhu..dah lama plan dari sebelum bersalin lagi. Memandangkan morning sickness yang teruk..nak simpan budget time bersalin lagi..so terpaksa cancel. So plannya nak pergi lepas raya pula.

Raya tahun ni nak baju kaler apa ya? Kakak Kimi nak pink..ermm..takkan ayah pakai pink. Sudah lah selalu pergi event besar..takkan nak pakai pink..tak kena dengan jiwa jooo..mau kerut sejuta dia. AQ cadang biru merah..aikk..bukan warna baju wanita UMNO ker kata hubby..eekekek. Sejak bila wanita UMNO baju kaler tu. Kaler baju punya pasal, AQ searching juga kaler apa yang match...nak match kaler pun nak google ker???..hehe..google dengan design baju BF sekali..karang jahit tak tahu rupa mana jadinya. Nak beli..seram tengok harga. Kalau beli..AQ boleh dapat 2 pasang kalau jahit sendiri.ermm 3 pasang kot agaknya sebab AQ bukan jenis nak beli kain mahal2..berkira nak mampus.. Haipp!!..bukan berkira joo..bukan senang nak cekau duit sekarang ni. Dulu RM50 boleh dapat sampai 5 pasang sebab..4 meter RM10..sekarang mahal giler joo. RM50 dapat sepasang..paling2 dapat 2 or yang murah tu dapat la 3 kot.

Yalah..mana nak beli pakaian anak2..tahun lepas beli untuk 2 orang..naaa tahun ni kena beli untuk 3 orang pula. Paling kurang 5 pasang seorang. Mana nak beli kuih bagai untuk 3 buah rumah. Amboi!! banyak rumah sampai 3 buah. Ya lah..rumah ni..rumah mak dan rumah mertua. Kan tiga tu. Walaupun time raya tu mostly kat kampung tapi kat Tenom ni kena buat juga..jemput pegawai2 hubby. Ermm..memang kena budget gegiler yooo. Nak kena fikir belanja lepas raya juga...takkan nak berabis pula.

Rasanya nak cari kain kat Keningau saja..cuma tak banyak pilihan..ermm tahun2 sudah shopping kain kat Kota Kinabalu tapi tahun rasa tak larat nak pergi dengan bawa Karl Ell ni..Sure la sesak port2 textile stores dengan parking yang susah nak cari...

Okey la..Karl Ell sudah bangun..

terang ja mata tunggu kita angkat

okey..nanti kita citer kaler apa yang 'bertuah'.

Bubye..

*ps/ Tolong klik iklan ya.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment