Friday, 18 July 2014

#PrayForMH17



Assalammualaikum
Hai



Malam tadi sekali lagi kita dikejutkan dengan tragedi yang melibatkan Penerbangan Malaysia. Tambah terkejut apabila mendengar bahawa ianya dibedil jatuh. Allahuakhbar...benarkah?. Ya Allah..Lindungilah mereka yang terlibat.

Tragedi MH370 masih menghantui namun kini berlaku lagi tragedi yang diluar jangka. Jika benar ia ditembak tapi kenapa?.. adakah ia kelihatan seperti pesawat merbahaya. Jika ia jatuh akibat kerosakan..sungguh MAS akan semakin parah walaupun ia bukan sesuatu yang diharapkan berlaku. Siapa yang mahukan tragedi terjadi?

Allah..pelbagai perkara buruk berlaku di bumi Malaysia tahun ini. Sungguh tahun 2014 banyak meninggalkan memori duka dan moment2 yang menggundahkan jiwa.  Dugaan apakah ini Ya Allah..apakah hikmah yang bakal diterima?

Semakin banyak kes dan tragedi yang menggerunkan tika ini. Kes anak2 hilang, bunuh sana sini, serangan bersenjata di Sabah, kemalangan ngeri libatkan kenderaan darat dan laut juga udara tidak terkecuali. Sungguh Allah sedang menguji kita dan mengingatkan kita bahawa dunia maya ini semakin tua. Perang yang tercetus di Gaza juga menyedarkan kita bahawa peringatan Allah itu semakin jelas.

Ya Allah..Lindungilah kami, luaskan rahmatMu kepada kami, jelaskan dan terangkan mata minda dan mata jiwa serta raga kami atas kebatilan dan kekhilafan kami kepadaMu. Sinarkan cahaya kasih sayangMu yang agung kepada kami, sirami jiwa kontang kami dengan hidayahMu Ya Allah...Allahuakhbar.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi ikhtibar dalam menjalani kehidupan..renungkan dengan mata hati dan jiwa..tajami dengan mata minda yang telus. Selidiki..fahami dan teliti sedalamnya apa yang sedang disampaikan Allah kepada kita.

ALLAHUAKHBAR..!!




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment