Thursday, 10 July 2014

Mana Lagi Murah..??

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

Heww!!!..Lenguh lagi pinggang ni dukung Karl Ell semalam even silih ganti dengan hubby. Shopping barang sikit kat Keningau terus survay barang untuk raya nanti. Nak cari cerek dan dapur baru...wah caya kau jaaa!!..orang shopping baju untuk raya tapi AQ shopping barang elektrik..amboi kaya kau!!. Huhu..ini bukan kes kaya kah tidak, ini kes kerana terpaksa tau. Kan cerek kita rosak macam yang AQ citer kat entri sebelum ni. Dapur tu pula dah lama minta diganti sebab boleh guna sebelah saja. Nak masak memang kena tukar2. 2 bulan guna satu dapur saja. Oits..lamanya baru nak ganti. Belanja ikut budget so nak beli dapur pun terpaksa ikut budget juga lagipun boleh guna lagi kan. Kebetulan ada duit lebih sikit so kita belilah. Cepat sikit nak masak...tapi...sebenarnya kitaorang belum beli lagi pun dapur tu..huhu. Jumpa yang berkenan habis stok pula..tinggal display..yang tu pula rosak sikit..just display saja kat situ. Takpe..hari ni kita tengok apa yang hubby beli nanti.

Nak dijadikan cerita..disebabkan Karl Ell yang dah kepenatan sebab dah ronda lama so..ngamuklah dia nak cari buaian..ngatuk tahap gaban dah kot dia walaupun dah tidur sekejap time buka puasa. Dia pula jenis tak suka tidur dalam stroller. Dalam baby carrier pula dia rimas..panas  agaknya. Bila ia nangis even kakak2nya dulu..memang AQ jadik panik. Panik bukan sebab AQ malu kah apa tapi sebab siankan anak. Anak2 takkan menangis kalau bukan disebabkan sesuatu. Tambah pula Karl Ell jenis bangun tidur selang 2 jam (paling lama).. tapi kami dah ronda nak 4 jam..maunya baby tak mengamuk. Yang si kakak2 okey saja sebab yang dua ni since dari baby memang tak banyak hal..shoppinglah lama mana. Just nangis nak susu saja dulu. Dah kenyang tidurlah dorang. Dalam pelukan lagi lena. Baby Karl lain skit..pengalaman baru so terpaksa cepat dalam semua hal..malangnya susah nak belek2 mana yang kita berkenan..uwarrghhh!!!

Beli barang sikit kat Servay terus balik...then teringat biskut dan susu nak habis stok..dalam dok borak dengan hubby..nampak kedai 1Malaysia...ajak hubby singgah..so kitaorang singgahlah..kejap saja sebab Karl Ell duk merengek nak balik cepat..dah rindu giler dengan buaian busuk dia.

Tengok harga...huhu..promote kata murah...tapi...indah kabo dari ghupa. Mahal dari supermarket or hypermarket. Orang dah lama tahu..kau baru nak citer..!!! hihi..tanda tak pernah lagi masuk kedai 1M..pernahlah sekali tapi sebelum ni pun sama mahal juga. Ada sampai RM0.70 beza dari kedai lain. Bagi AQ mahal tu. Itu baru 1 barang...kalau beli sampai 20 barang dah berapa ringgit beza. Bukan nak berkira tapi beza seposen dua pun AQ kira..hahaha. Lari budget tau.

Sorry DSN..bukan tak nak sokong tapi memang tak berapa nak berbaloi shopping barang kat kedai 1M. Bukan juga nak 'kondem' bagai tapi sungguh tak berapa nak puas hati. Sudahlah susah nak cari barang yang kita nak sebab packagingnya semua semua...dari sebesar2 barang hingga sekecil2nya.. Tambah2 kalau cari barangan tin..mana susu?..mana sardin?..semua sama saja rupanya..susah nak pilih. Kalau nak cepat sahlah susah nak cari barang yang kita nak kecuali kalau kita dah hafal dimana letaknya barang tu. Sudah tu pilihan barang pula tak banyak..agak terhad.

Barangan dengan bungkusan asal seperti milo dan susu tepung jauh lebih mahal. Selalu beli milo RM4.50 or RM4.70 tapi kat K1M RM5. Dah lebih berapa sen tu. Konsep asal K1M adalah untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat tapi tak pun sebenarnya. Dah dua K1M yang AQ masuk..memang mahal dari biasa kecuali barang dengan label K1M. Itu pun murah RM0.20 or RM0.30 saja.

AQ tak tahu jika ditempat lain barangan K1M murah dari kedai lain tapi dua kedai yang AQ dah pergi.. ermm hubby kata..tak berbaloi shopping sini. Bukan nak demanding ke apa tapi sebagai pengguna..kualiti, packaging..harga..pelbagai pilihan adalah punca utama kenapa sesebuah kedai atau pusat membeli belah itu menjadi pilihan.

Tidak terlintas nak tolak barangan atau produk Tempatan tapi memang tak berapa nak berbaloi. Tengok saja harga kereta. Kualiti kurang tapi harga sama saja dengan imported. Baik beli yang imported. Harga mahal pun lama nak pakai..part pun murah. Jangan marah AQ sebab kelihatan agak nak "kondem' barangan Malaysia. Tapi itu hakikatnya. Bukan AQ saja..malah jika ditanya kat orang lain..pasti jawapannya sama.

Tidak dinafikan ada barangan tempatan yang baik kualitinya dan jangan kata AQ tak nak sokong Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Kalau ia berbaloi dengan ringgit yang AQ laburkan..AQ tak teragak2 nak beli. Kat rumah ni pun banyak barangan buatan Tempatan..contoh terbaik adalah kereta 'racing' AQ...buatan tempatan tu tapi seksa juga nak bayar dan jaga. Part mahal jooo!!! CCM pun tinggi walaupun deposit tinggi. Ermm..sabar sajalah..pasti ada kelebihannya yang mungkin tak nampak lagi...Sapa suruh pilih kereta mahal!!!.. time beli tu..Saga baru yang murah tu (Mahal juga pun..!) belum keluar lagi. tunggu saja lagi 3 tahun nak habis CCM. Then nak beli Alphard (betul ke ejaan tu) pula..kekekeke AQ berangan lebih.

Apa pun..AQ laungkan slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia..but tengok budget korang dan pilihan terbaik..okey. Berbelanjalah dengan bijak.



Yehhhhhhhhh....Argentina To FINAL!!!!

*PS/ Mohon KLIK Tabung KKnK ya!

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment