Tuesday, 1 July 2014

Karl Ell's 3m Check Up


Assalammualaikum...
Hi..
Salam Ramadan...

Karl Ell dah berumur 3m2day.. dah besar dah baby debab AQ. Hari ni monthly checkup..Wah!!!..tak sangka AQ...

Result Checkup hari ini (30 Jun 2014)
Sejak dua minggu ni...Baby Karl kurang menyusu dan poo pun ada mucus..dah macam cerry berry..risau juga. Suhu pun on off tapi tak lah tinggi sampai 38 or 39. Mungkin nak ingankan badan yang debab tu..proses nak meniarap.

Bila timbang hari ni..sungguh AQ tak sangka..6.8kg at 3m2day...hohoo.. terus JM kata..berat anak kamu ni..takut obesiti..takpa kita check BMI dulu.
Check tinggi...saiz kepala...okey tak kisah walaupun garis berat mencecah kawasan kuning...hew..hew..tahu napa??..sebab full breast feeding so tak risau dengan kolesterol or yang sewaktu dengannya. But kalau baby Karl minum susu formula...dah terpaksa dipantau..takut obesiti.

Hai anak, mujur kamurang tak reti nak minum susu lembu. Kalau tidak...kecik2 dah terpaksa diet yooo!

3m dapat suntikan 3 serangkai kat paha. Suntikan DTaP/DT (Combined Tetanus, Diphtheria dan Pertussis), Hib (Haemophilus Influenza Type B) dan IPV (Inactived Polio Vaccine). Ketiga3nya bertujuan untuk mencegah difteria, tetanus, batuk kokol dan Hib. Suntikan bulan ketiga merupakan suntikan dos tambahan kedua.

Nangis juga Karl Ell tadi, mujur juga dia dah kenyang menyusu sebelum menerima suntikan so..nangis time kena cucuk dan masuk ubat saja. Bila dah sudah..nangis pun stop but sure la kena pujuk juga..kata dia baby yang hebat...tak takut jarum..baby boy tak boleh nangis banyak2..haha..macam dia faham sajakan. Baby yang comel..kekeke..oi Mem Neey..pujilah anak kau tu melambung..ada AQ kisah. Siapa lagi yang nak puji anak kita kalau bukan ibu bapa sendiri.

Lepas Minum ubat separuh dari sukatan
Sampai rumah terus bagi minum ubat yang dibekalkan..alololo..siannya anak ibu minum ubat sampai muntah2..walaupun baru minum 2ml saja. Itu pun bukan minum sekaligus..minum sikit2. Then tidurkan dia..seksi you!! sebab cuaca panas so AQ biar saja dia tidur seksi lagipun dia akan mengamuk kalau kepanasan.

Dah bangun...time mandi, biar dia swimming lama sikit...tambah2 dia memang cukup suka swimming dalam besen babynya..siap boleh senyum lebar dan ketawa besar lagi. Kalau kita dudukkan nak angkat..jangan harap dia nak..keras saja badan dia tanda protes tak mahu keluar lagi..aduhai la anak comel sayang..mandi lama2 kang kembung perut pula even mandi air suam sekalipun. Sian la kat ibu ayah tak senang hati dan tak senang duduk juga.

Badan si debab Karl Ell dah mula panas jam 7pm..menyusu berterusan tanda demam dia dah mula naik..disebabkan dia tak nak makan ubat serupa kakak2nya so tampal cool fever sajalah..Inshaa Allah demam dia akan kebah esok pagi seperti bulan lepas..yang penting kipas kena full, biar tidur bak dalam ribut malam ni yang penting panasnya turun.

Petua AQ nak kurangkan demam panas anak2 atau dewasa macam kita..mandi sebelum jam5..mandi biar lama sikit, nak berendam pun boleh tapi jangan lama sangat..nanti tak pasal2 pengsan pula. Jika mandi selepas jam5..pastikan jangan siram kepala..kalau tidak, malam nanti menggigil seluruh badan sebab suhu naik tinggi sangat..AQ tak pasti kenapa..tapi keadaan ni AQ fahami sejak sekolah menengah lagi. Setiap kali demam dan siram kepala selepas jam5..sah malam tu menggigil teruk. Ia juga berlaku bila hubby dan anak2 demam panas.

Kedua, kipas anak2 yang demam sekuat mungkin, lapkan badan dengan air...dan selimutkan dengan selimut nipis saja walaupun mereka merengek kesejukan. Tak sampai hati juga sebenarnya tengok mereka merengek kata sejuk tapi terpaksa tahan hati sebab tak nak suhu naik tinggi sangat. Alhamdulillah setakat ni berjaya walaupun kadang2 terpaksa juga bawa pergi jumpa doktor dan kena guna ubat sumbat kat punggung.

Sian anak ibu
Gunalah cara apa pun yang penting demam2 anak kebah sebab demam panas yang terlalu tinggi boleh menyebabkan banyak perkara yang kurang baik.

Mudah2an suhu demam Karl Ell tidak naik.. Inshaa Allah.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

2 comments:

  1. sian baby.
    cm na dh baik ke skrg...

    salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan..

      Dah ok dah..demam semalam saja..haha gempak je lebih..hoho
      Salam ramadan.

      Delete