Sunday, 6 July 2014

Ibu Sayang Kamu KKnK

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

AQ sayang mereka ketat2..!! chewah...tapi itulah hakikatnya. My KKnK..Kimi..Kiki n Karl Ell.
Merekalah kekuatan dan nyawa AQ dan hubby. Mereka buat kami sangat2 bahagia, gembira, seronok..semua perasaan yang rasanya tidak mampu digambarkan..walaupun adakalanya mereka buat kami naik darah but takdalah sampai naik minyak..

AQ pasti semua ibubapa merasai perasaan itu even banyak kes bunuh anak. Yang tu bukan manusia..itu bin..a..tang sebab tiada perasaan belas dan kasih sayang. Simpati betul dengan orang 'terpilih' ni. Bukan nak kata or menghina tapi memang sungguh kasihan kepada mereka yang tidak memiliki sifat kasihkan anak. AQ ni garang juga...malah selalu juga berleter tapi tak sampai nak naik tangan. Kalau ternaik pun..sah2lah lepas buat tu AQ yang nangis..huhu.

Bagi perempuan seperti AQ dan ibu2 lain..sungguh mereka adalah nyawa. Betapa payah dan susahnya nak 'keluar'kan mereka..sungguh tak berbaloi bertarung nyawa kemudian buang..bunuh macam buat kat ayam. Sembelih ayam boleh tahan tengok lagi..kalau sembelih kambing ke kerbau..agaknya AQ yang tumbang..hew..hew..hew. Manalah hilangnya kewarasan seorang ibu yang sanggup tetak..lempar..buang..lemaskan bayi yang langsung tidak tahu apa2. Baru beberapa saat...minit..atau jam menghirup udara yang tak berapa nak bersih ni..sudah dilempar bagai lempar kain buruk saja. Allah..sungguh tak terjangkau dek akal AQ bila tengok bayi yang dibunuh. Gugur air mata..kalau sorang2 biar ja air mata tu kuar tapi kalau ada orang lain..tahan saja lah..malu weii!!.

Kalau rasa tak terdaya nak jaga..janganlah sampai bunuh baby..bagi kat orang lain..kalau dah malu sangat..hah..balut cantik2 letak depan rumah orang or hantar kat rumah kebajikan. Kalau ada orang yang buat macam tu..letak baby depan rumah AQ..syukur Alhamdulillah..ada orang hantar rezeki free. Kita tak tahu apa akan berlaku dimasa akan datang. Mana tahu dia jadi seorang yang sangat berjaya..bawa rezeki berlipat-ganda untuk kita. Putih matalah kau ibu. Kau susah2 lahirkan dia..AQ dapat rasa kejayaannya..
Macamlah jaga anak tak susah..susah tentulah susah..siapa yang pernah kata senang. Banyak benda yang kena fikir dan pantau..tapi AQ pasti ia berbaloi. Allah tidak pernah mengabaikan hambanya..AQ yakin itu. Jika apa yang berlaku melencong dari yang apa yang kita inginkan..jangan terlalu kecewa (Peringatan untuk diri sendiri juga) kerana pasti Allah telah merencanakan sesuatu. Allah tidak pernah menganiaya hambanya. Korang hanya perlu yakin itu!!.

Dan...AQ sebagai ibu kepada KKnK..sungguh AQ tidak pernah terfikir untuk dipinjamkan sesuatu yang terlalu berharga. Syukran Ya Allah kerana meminjamkan mereka. AQ akui..AQ bukanlah seorang ibu yang sempurna tetapi AQ sedang berusaha kearah itu. Mahu buang tabiat berleter..marah KnK..lebih bersabar..sungguh sedang berusaha kearah yang lebih baik..doakan berjaya ya.

Lepas kahwin..tak sempat honeymoon pun..Allah sudah berikan kami rezeki..kakak Kimi membesar sihat in my tummy..express joo..bunting pelamin..**shhh..** memang seronok sangat.. kemudian kakak Kiki dilahirkan 2y6m kemudian..lagi tambah happy sebab kakak Kimi dah ada kawan bermain. Bangganya hati bila tengok mereka bermain. Bangganya sebab Allah berikan AQ peluang untuk mengecapi kebahagiaan mengandung..melahirkan dan membesarkan mereka. 6y3m..baby Karl Ell pula menyusul..a baby boy..hubby triple gembira sebab anak lelaki. Walaupun dia tak cakap tapi boleh tahu dari caranya..memang dia sangat2 gembira namun tidak bermakna dia tidak gembira dengan dua anak gadisnya sebaliknya kelahiran Karl Ell melengkapkan kegembiraan yang terpendam. Layanan anak perempuan dan lelaki tidak sama. Apabila meningkat remaja dan dewasa..ada batas2 yang perlu dijaga terhadap anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. Begitu juga AQ..waktu kecilnya adalah waktu emas yang tidak mungkin akan AQ lepaskan kerana apabila dia dewasa sudah ada batasnya.

Memandang mereka tika lena sering buatkan 'aing mata' gugur..sebak bukan kerana sedih tapi kerana betapa bersyukurnya dikurniakan mereka. Jika rasa kasih dan sayang itu dapat diukur AQ fikir tiada penyukat..penimbang dan yang sewaktu dengannya yang dapat mengukur kasih didada. Ya Allah..Alhamdulillah.

Kakak Kimi suka sangat dukung adik kecilnya

Kakak Kiki berusaha nak dukung walaupun tak larat

Sempat lagi "peace" ditengah malam

Merekalah 'kembar'ku yang dilahirkan pada
tarikh, bulan dan tahun yang berbeza.

Semoga menjadi Khalifah yang baik nanti


Ya Allah..berikan perlindungan..kasih sayang dan rahmatMu kepada anak2 ini. Hanya kepadaMu aku memohon kerana Kau Maha Pelindung, Pengasih dan Penyayang serta Pemberi Rahmat. Semoga anak2 yang dipinjamkan ini menjadi hamba yang beriman dan berguna dimasa akan datang..Amin.

AQ dan Hubby sayang mereka Ketat2..Selamanya.


*Ps/ Minta jasa baik untuk klik iklan yang ada ya..terima kasih!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment