Tuesday, 1 July 2014

Fully BF di Bulan Ramadan

   
Assalammualaikum...
Hi..
Salam Ramadan...

Syukur alhamdulillah, hari kedua berpuasa Karl Ell tak merajuk akibat kekurangan susu. Malah setiap kali menyusu..susu akan 'topup' semula. Tak risau seperti ketika susukan kakak2nya. Time susukan kakak Kimi dan Kakak Kimi..terpaksa tak puasa sebab air susu tak cukup..sudahlah dorang tak nak susu tepung..rugi joo!

Tahun ni..sangat2 bersyukur, AQ berpuasa seperti biasa. Perut rasa lapar dan haus itu perkara biasa..dah puasa kan..walaupun gastrik terasa nak naik juga but syukur masih mampu bertahan. Hanya Baby Karl yang AQ risaukan takut susu tak mencukupi..but macam yang AQ tulis kat atas itu..Alhamdulillah..tiada masalah BF setakat ini.

Tiada petua or makan apa2 milk boaster yang dijual sekarang. Hanya makan seperti biasa cuma ditambah dengan biskut Multigrain, kurma dan susu full cream. Sementara tunggu imsak dan subuh, kunyah biskut empat lima keping, 3 biji kurma dan segelas susu. Kalau makan sebagai supper lagi kaw kaw dia 'topup' susu time tidur. Bangun sahur, stok dah overload sampai bengkak. Sakit akibat bengkak kena tahan saja lah sebab waktu siang baby Karl kuat nyusu so tak risau bengkak akan berterusan.

AQ tak pasti kalau biskut ni sesuai dengan orang lain but cukup serasi dengan AQ. Nak tahu serasikah tak..sesuaikah tidak..korang try cari kat mana2 pasar raya. Ada dua jenis, original dan multigrain. AQ lebih suka multigrain sebab ada pelbagai seeds dalamnya. Itulah milk boaster AQ..tak perlu kuar duit beli yang mahal..bukan nak kata milk boaster di pasaran mahal tapi memang tak mampu la AQ nak beli tiap bulan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni. Teringin juga nak cuba but kena fikir hal lain dulu. Syukur AQ ditemukan dengan biskut ni.

Stok tak boleh tak ada..kalau tak puasa..sambil2 blogging ni pun AQ boleh kunyah 'teman baik' AQ tu..sedap walau dimakan begitu saja.

Hehe..wokey..nak sediakan menu sungkai. Memandangkan hari ni sungkai sendiri..hubby pergi Kota Kinabalu..ada meeting dua hari..so buat yang simple dimple saja..tak habis makan kalau masak banyak pun. Anak2 bukan kuat makan..

Ermm...Tak tau nak masak apa..sekarang  ni pun tengah mikir menu apa yang nak makan. Pergi bazar pula malas..rambang mata dibuatnya..beli banyak tapi tak habis makan..membazir saja.

Wokey untuk kedua kalinya..Selamat berbuka @ bersungkai orang semua..
Bubyeee...!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment