Thursday, 3 July 2014

Erk..Apa Punya Pesanan Tu??

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

Alhamdulillah..Masih mampu berpuasa di hari ke5 dan BF baby Karl tetap seperti biasa...cukup sampai sungkai..then lepas sungkai baru 'topup' semula. Nak harap nasi memang tak banyak..tak tahu la kenapa. BF anak2 gadis time kecil dulu tiada masalah pula.ermm.!

Actually tak tau nak tulis apa tapi bila terbaca something at Namee's Blog terus teringat zaman dulu kala. Bila fikir balik..whoahoo..i'm just like her..hehe. AQ terperasan seketika..haha.. :p. Cerita tentang cinta mama papa dia. Rasa sama saja dengan AQ. Nak citer rasa segan pula hehe...buang tebiatkan!.

Hubby boleh dikatakan 1st love lah  konon dengan permulaan yang pelik. Kami dua pupu sebenarnya tapi dah besar baru  terjumpa. Sebelum ni just kenal nama sebab AQ kamcing dengan his only little sista. Selalu tidur rumah dorang tapi tu la..memang tak kenal pun. Tambah2 dia duduk hostel..lagi tak nampak muka. Nama memang kenal sebab boleh dikatakan satu kampung plus kampung2 jiran kenal dia. Femes dengan nakalnya...ringan tulangnya..hihi. Agaknya time tu dia ada GF kot..ekekek! Pernah dengar juga dua tiga girl dengan dia but tak ambil pusing pun..tiada kaitan so..ada AQ kisah!. Lantak dialah kan..^____^

"Balik Kedah nanti jangan bercinta"...Whoaaa!! Apa punya nasihat ke pesanan ke apa? AQ dah kerut seribu dua. Tak tau nak riak muka macamana..ya la dah jumpa pun baru berapa kali..lagipun time tu AQ baru nak naik remaja..hehe..zaman ramai orang nak ngorat..hekehek...adakah orang nak ngorat AQ?..perasan! Memang pelik giler bak hang. Peringatan tak boleh blah.. :p Time tu masuk telinga kiri kuar telinga kanan..tak ambil pusing sebab tiada rasa nak bercinta bagai even banyak juga dapat surat buh bedak..hahah..(lucu bila ingat).

Time sekolah menengah dulu sekolah kat SP, Kedah sebab dapat tawaran dari Yayasan Sabah. Dapat pergi disebabkan cemerlang dalam UPSR..kononlah. Dia cakap benda tu time cuti panjang habis tingkatan satu. Budak yang amat lagi. Dia pula nak masuk 20y..agak jauh jugakan jarak kitaorang. Sepanjang cuti tu, memang macam2 benda jadi. Dapat surat lagi plus nota pendek2. Bukan dari dialah..dari orang lain. Dia tak buat apa pun..hantar surat ke apa..memang tiada..but his bestfriend yang selalu hantar..ada juga balas tapi tiadalah hal cintan-cintun even boleh faham sikit pasal benda tu semua. AQ balas pun setakat sebagai kawan. Ya lah..time tu belum ada telefon bagai..nokia 3310 pun tak ada lagi..hehe. so olskol punya cara sajalah..hahah

Habis cuti balik SP semula..dapat surat lagi dari his bestfriend tapi AQ tak reply..biar macam tu saja tapi tetap simpan..haha. Kalau warden jumpa..memang kes naya punya..nasib sampai habis sekolah warden or pengawas tak jumpa..so dengan bestfriend dia stop macam tu saja..tak bersambung kat mana2 pun..ekeke

Korang rasa kenapa agaknya dia pesan kat AQ begitu ya??..ermmm...konfius..konfius jooo!!

Bubye..!! Nak kuar pergi bank pula.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment