Saturday, 5 July 2014

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai


Hari ini kita kehilangan seorang Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia pada jam 1.26 pagi akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara. 

Perginya Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar terhadap dunia seni yang mana telah menyaksikan jatuh bangun yang bertitik tolak setelah Allahyarhamah memenangi Pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura.

Telah merakamkan 135 buah album dan berkerjasama dengan beberapa orang penyanyi terkenal seperti Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Broery Marantika. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah filem dan telah mengukir nama di Malaysian Book Of Record sebagai penyanyi paling lama bersama syarikat rakaman.

Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarhamah ditempatkan bersama dikalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.


*Ps/ Tolong KLIK iklan Belog Aqneey ya.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

1 comment: