Friday, 4 July 2014

Cerpen *1 : PELABUHAN CINTA

By EnieRze


  Dari jauh Irwan hanya memerhatikan gadis bertubuh langsing itu masuk kedalam kereta yang amat dikenalinya. Pelbagai soalan menerpa benak. Masih terbayang senyuman manis yang menguntum dibibir Elyria sebentar tadi.

  Apa hubungan mereka? Soalan itu masih berlegar tatkala dia meninggalkan tapak letak kereta. Pemanduannya diperlahankan, hatinya masih bertanyakan soalan yang sama namun kemudian dia tersedar sendiri. Mengapa dia harus mencurigai Elyria? Seharusnya dia mempercayai gadis itu

  Irwan seperti terlupa dengan prinsipnya sendiri. Harus saling mempercayai dalam percintaan. Itu yang sering ditegaskan dalam kamus cintanya.

  “Abang!” Irwan terkejut apabila lengannya dicuit perlahan. Dia segera menoleh lantas berbalas senyum dengan Elyrisa, adik Elyria. Sebuah beg kertas tersangkut dilengan gadis itu.

  “Risa beli buku ke?” soal Irwan walaupun dia tahu tujuan Elyrisa berkunjung ke toko terkenal itu.

  “Beli novel, abang tahu ajelah. Keluar saja buku baru kat sinilah destinasi pertama Risa. Takut kehabisan stok nanti.” Ujar Elyrisa lantas membuahkan tawa kecilnya. Irwan hanya tersenyum.

  “Abang nak beli buku juga ke?”

  “Ye, abang nak cari buku ekonomi. Nak buat soalan untuk peperiksaan akhir tahun.” Elyrisa mengangguk mengerti.

  “Kalau macam tu Risa pergi dululah. Risa tak nak ganggu abang.” Irwan memerhatikan Elyrisa pergi sebelum masuk melunaskan hajat sebenarnya. Setelah berjaya menemui buku yang dicari, Irwan segera ke kaunter pembayaran dan bergegas pergi setelah bayaran dibuat. Langkahnya laju bila menyedari hari sudah pun menjelang maghrib. Dia tidak mahu melewat-lewatkan perintah Allah itu.

*          *          *          *          *

  Sedang Irwan leka mengolah soalan ekonomi bagi pelajar tingkatang enam atas, dia dikejutkan oleh deruan kereta yang berhenti didepan rumah. Dia memanjangkan leher menjenguk melalui tingkap yang terbuka. Setelah yakin itu Jerry, teman serumahnya Irwan menyambung kerja yang tertangguh.

  “Lambat kau balik hari ni, Jer?” Irwan bertanya sambil memerhatikan Jerry menghenyakkan punggungnya disofa didepan Irwan. Satu helaan nafas dilepaskan, kedengarannya agak berat. Irwan memandang Jerry hairan.

  “Berat keluhan tu, ada masalah ke?” Jerry diam. Rambut paras bahunya dilurut dengan jari. Irwan menegrti reaksi pemuda itu. Soalannya segera dimatikan, tidak mahu mengganggu temannya itu. Dia tahu Jerry tidak akan menceritakan apa juga masalah yang dihadapinya jika ditanya hingga dia meluahkannya sendiri. Jerry terus masuk kebilik setelah mengucapkan selamat malam.

  Ketika jam dinding berdenting sebelas kali, Irwan mengemas buku-buku yang agak berselerak diatas meja. Buku-buku yang diperlukan esok diasingkan manakala buku yang lain disusun kemas diatas rak kemudian dia masuk kedalam bilik.

  Kamar Jerry sudah pun gelap. Mungkin terlalu penat, fikir Irwan. Bekerja sebagai pengurus besar di salah sebuah syarikat pembuatan komponen merupakan tanggujawab yang berat dan memerlukan komitmen serta tenaga yang banyak.

  Dalam gelap, fikiran Irwan menerawang teringatkan kembali peristiwa tengahari tadi. Elyria kelihatan begitu mesra berbicara sebelum masuk kedalam kereta. Ingin dia bertanya kepada Jerry tapi dia tidak mahu mengganggu sahabatnya itu. Sekali lagi Irwan mengingatkan diri agar tidak terlalu prasangka. Mungkin ada perkara yang sedang mereka bincangkan.

*          *          *          *         *

  Irwan merenung Elyria yang sedang menikmati hidangan tengaharinya. Sejak tadi gadis itu diam tidak seperti selalu. Setiap kali bertemu pasti ada saja yang topik yang akan dibualkan tapi pertemuan kali ini agak janggal bagi Irwan. Elyria hanya menyapa ketika sampai kemudian duduk dan langsung senyap tidak bersuara. Hanya menjawab sepatah jika Irwan bertanya.

  “Ria marahkan Wan ke?” soal Irwan ingin tahu. Hatinya tidak keruan melihat Elyria yang membisu. Mungkin ada perkara yang melukakan hatinya.

  “Sampai bila kita nak macam ni Wan?”

  “Maksud Ria?”

  “Kita tidak seperti pasangan lain.” Suara Elyria perlahan. Irwan tidak mengerti, dia tertanya maksud gadis yang dicintainya sepenuh hati itu.

  “Wan tak faham!” Irwan keliru.

  “Wan tidak faham dan tidak akan cuba memahaminya.” Irwan semakin keliru.

  “Cuba Ria terangkan satu persatu agar wan boleh memahami maksud Ria.”

  “Wan terlalu baik umtuk Ria.” Dahi Irwan berkerut tidak mengerti. Tiba-tiba Elyria mencapai jari-jemari Irwan membuatkan pemuda itu kaget. Pantas Irwan menarik tangannya. Elyria tunduk, hatinya pilu melihat reaksi Irwan.

  Adakalanya dia hairan. Kenapa Irwan tidak mahu menyentuhnya walaupun hubungan mereka sudah terjalin selama tujuh tahun.

  “Itulah maksud Ria. Wan terlalu baik untuk Ria. Sejak dulu berapa kali kulit kita bersentuh? Tidak pernahkan.” Irwan bungkam. Inikah yang membuatkan hubungan mereka dingin.

  “Bukankan kita dah bincangkan hal ini dulu” Irwan bersuara lembut memujuk sekeping hati kekasih. Dia tidak mahu melukakan perasaan gadis itu walaupun jelas terpamer kekecewaan diwajah pan asia Elyria.

  Bukan Irwan tidak mahu melakukannya tapi batas-batas hakiki yang tidak boleh diubah mengekang segala-galanya. Dan dia tidak mahu merobohkan sempadan yang cuba dipertahankan itu. Kenapa Ria tidak mahu mengerti?. Elyria merengus kecewa lalu bingkas bangun meninggalkan irwan yang termangu-mangu.

*          *          *          *          *

  Seminggu berlalu bagaikan satu penyeksaan buat Irwan. Hari-hari yang dilaluinya terasa hambar tanpa suara dan tawa Elyria. Panggilan telefon tidak pernah berjawab, kunjungannya tidak lagi bersambut. Irwan buntu, adakah kesalahannya terlalu besar hingga Elyria tega membencinya.

  Selesai aktiviti sekolah, Irwan terus memandu ke Taman Baiduri. Kerinduannya tidak mampu dibendung. Melihat dua buah kereta yang terparkir digaraj, dia pasti Elyria ada dirumah. Yakin Elyrisa ada sama, Irwan memberhentikan kereta diluar pagar dan menolak pintu pagar yang tidak berkunci. Ketika Irwan bersedia untuk menekan loceng, dia terkesima mendengar suara yang saling bertingkah. Hatinya remuk berkecai hingga tanpa sedar air mata lelakinya gugur. Dia tersandar dipintu tidak percaya apa yang sedang menerpa pendengarannya.

  “Sampai hati kakak buat abang begitu.” Elyrisa merenung kakaknya yang sedang duduk disofa sambil berpeluk tubuh. Elyria tersenyum sinis membalas renungan adiknya.

  “Suka hati kakaklah nak buat apa. Kakak yang bercinta dengan dia bukannya adik. Yang adik sibuk-sibuk ni kenapa? Adik ada hati dengan dia ke?” Elyrisa merengus geram mendengar kata-kata Elyria.

  Dia tidak percaya kakaknya sanggup menduakan cinta suci itu. Bukan dia tidak mengenali Irwan, budi pekertinya begitu cantik dan pegangan agamanya kukuh. Dia juga memiliki pakej lain yang membuatkan dia cukup istimewa. Punya rupa dan kewangan yang kukuh. Memang dia seorang lelaki yang sesuai untuk dijadikan sebagai ketua keluarga. Tapi kenapa kakaknya buta menilai itu semua. Apakah keseronokan dunia yang hanya sementara itu akan membahagiakannya. Namun apa yang lebih mngecewakan, Elyria menjadikan Jerry sebagai tempat untuk dia mendapatkan apa yang tidak diperolehinya dari Irwan.

  “Kakak bahagiakah buat macam tu?” Soal Elyrisa lagi.

  “Kakak tidak pernah merasa sebahagia ini sepanjang hidup kakak. Apalagi ketika bersama Irwan.”

  “Tapi kak, kan berdosa buat begitu.”

  “Adik, tak bolehlah kakak merasai kebahagiaan ini. Kakak dah tak mampu bertahan dengan Irwan lagi, kakak dah cuba.” Elyria kelihatan bersungguh-sungguh agar Elyrisa mengerti perasaannya. Elyrisa menggeleng kecewa. Terbayang wajah suram Irwan jika dia mengetahui perkara itu. Dia jadi takut sendiri.

  “Adik dah tak kenal kakak lagi. adik kecewa kak.”

  “Adik cintakan Irwan?” Elyrisa kembali merenung kakaknya. Niatnya untuk meninggalkan Elyria terbantut.

  “Kenapa kakak cakap macam tu?”

  “Kalau adik sukakan dia, adik ambillah. Kakak dah tak perlukn dia lagi.” Elyrisa beristighfar mendengar apa yang baru meluncur dari dua ulas bibir nipis kakaknya.

  “Kakak ingat Abang Irwan tu barang ke boleh tolak macam tu saja?” Tempelak Elyrisa geram. Kalau tidak mengingatkan perempuan yang berada didepannya itu adalah kakaknya sudah tentu tangannya akan naik sekali. Elyria tersenyum cuma.

  “Dahlah kak, adik nak balik. Bercakap dengan kakak macam bercakap dengan orang yang tak berpedoman.” Elyrisa bingkas bangun, ingin segera meninggalkan rumah teres dua tingkat itu. Penghawa dingin yang terpasang terasa menggigit kulitnya.

  “Kakak fikir apa yang adik cakap tadi. Jangan kecewakan orang yang sebaik dia nanti kakak akan kecewa berlipat kali ganda dari apa yang dia alami.”

  “Adik tak pernah fikirkan tentang perasaan kakak. Kenapa perasaan  Irwan saja yang adik pedulikan?” Gerutu Elyria geram, hatinya betul-betul sakit. Kenapa adiknya yang seorang ini tidak mahu menpersetujui apa yang sedang dilakukannya sedangkan dia sungguh-sungguh bahagia.

  “Adik bukan risaukan perasaan abang saja. Adik juga bimbangkan kakak. Adik tak mahu kakak kecewa suatu hari nanti.” Tukas Elyrisa menyangkal maksud Elyria.

  “Kakak akan menyesal suatu hari nanti.” Ujar Elyrisa lagi mengingatkan kakaknya sambil membuka pintu. Namun langkahnya mati apabila terpandang susuk tubuh yang terduduk dianak tangga. Dia berpandangan dengan Elyria yang kaget.

  Menyedari pintu terbuka, Irwan berdiri memandang sayu kewajah Elyria yang kaku. Air mata yang mengalir diseka. Dia menarik nafas mengumpul kekuatan cuba mengukir senyuman sebelum perlahan-lahan meninggalkan dua beradik yang  termangu itu.

  “Wan.” Laung Elyria cuba mengejar Irwan. Elyrisa hanya menjadi pemerhati. Dia turut bingung, pelbagai soalan menerpa benaknya. Bila abang sampai? Dia dengarkah apa yang kami cakapkan tadi?

  Elyria hanya memerhatikan kereta Irwan melintasinya. Dia menoleh memandang Elyrisa yang tidak berganjak, Elyrisa mengangkat bahu.

  “Kakak fikirlah elok-elok dan buat keputusan yang tepat. Adik tak nak kakak menyesal nanti.” Elyrisa meninggalkan kakaknya yang diam. Elyria memandang kosong kearah adiknya sehingga kereta Elyrisa hilang dari pandangan.

*         *         *          *          *

  Walaupun jam sudah berdetik sebanyak tiga kali setengah jam yang lalu, mata Elyria masih liat untuk lelap. Figure Irwan siang tadi masih berlegar diruang mata. Dia tidak menyangka Irwn akan datang kerumahnya dan mungkin mendengar semua perbualan antara dia dan Elyrisa. Elyria buntu. Sesekali figure Jerry datang menjengah lantas membuahkan senyuman disudut bibir.

  Kemesraan Jerry begitu membahagiakan. Pelukan dan cumbuannya menceriakan hari-hari yang hambar. Sering membuatkan dia tidak sabar untuk menanti hari esok yang pasti menjanjikan kehangatan. Setiap kali bersama pemuda melayu-Jermany itu, bayangan Irwan lenyap sama sekali. Keseronokan yang dicari ketika bersama Irwan sentiasa ada tatkala bersama Jerry hingga kasih yang utuh untuk Irwan beralih arah tanpa sedar.

  Elyria terlena apabila cahaya matahari mula mencuri masuk dicelah-celah langsir. Namun tidurnya dikejutkan oleh deringan telefon yang menjerit nyaring. Dalam kantuk Elyria mencapai gagang. Mata yang kelat serta-merta segar mendengar berita yang disampaikan Elyrisa dihujung talian. Setelah gagang diletakkan dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Membersihkan diri kemudian bersiap apa kadar. Kereta BMW dipandu laju menuju ke hospital yang dinyatakan adiknya tadi.

  Gadis itu menarik nafas sebelum menolak daun pintu. Hatinya pilu melihat tubuh berbalut yang terbaring kaku diatas katil. Rasa bersalah menyesak tangkai hati.

  “Kenapa Wan jadi macam ni?” tiup oksigen dipandang sayu. Jari yang terkulai tidak bermaya disentuh perlahan. Dipenuhi luka-luka kecil, mata galak pemuda itu tertutup rapat.

  “Maafkan Ria. Ria pulang dulu.” Elyria ingin segera pergi, hatinya mula berbelah bahagi. Dia tidak mahu keputusan yang diambil semalam berubah.

  “Dah lama kakak sampai?” ketika Elyria menutup pintu, dia dikejutkan oleh suara Elyrisa. Elyria serba salah melihat Elyrisa yang memegang balang yang berisi air. Sepatutnya dia yang melalukan semuanya bukan adiknya.

  “Kakak balik dulu.”

  “Cepatnya kakak nak balik. Kakak dah tengok abang?” Elyria diam, mendebarkan Elyrisa. Mungkin kakak sudah mengambil keputusan  untuk tinggalkan abang. Bisik hati Elyrisa.

  “Jangan kata kakak nak tinggalkan abang.” Elyria tunduk. Melihat reaksi kakaknya, Elyrisa menarik nafas dalam.

  “Sampai hati kakak buat abang macam ni. Abang perlukan kakak.” Pujuk Elyrisa

  “Kakak dah buat keputusan dan kakak tidaak akan menarik balik keputusan kakak.” Elyrisa hanya mampu memandang kakaknya dengan sayu. Setiap langkah Elyria disoroti dengan kesal yang menggunung. Kenapa kakak buat begini? Kakak akan menyesal nanti.

*         *         *         *         *

  Irwan yang masih tidak sedarkan diri direnung hiba. Elyrisa menggenggam jari-jemari yang dipenuhi luka itu. Takungan yang kian melimpah mencurah-curah melepasi tembok matanya. Rasa bersalah yang amat sangat terus mencengkam walaupun sudah sebulan Elyria meninggalkan Irwan. Dia pergi tanpa menoleh lagi. Tanpa kunjungan walaupun sudah jenuh Elyrisa memujuk agar dia datang untuk memberikan sedikit semangat untuk Irwan.

  Sejak Irwan tidak sedarkan diri, Elyrisa setia menemaninya. Setiap hari dia datang dengan jambangan ros putih yang menjadi kegemaran Irwan juga kegemarannya dan Elyria. Kata-kata dorongan tidak pernah dilupakan. Segala berita terbaru tidak pernah lupa untuk dibacakan. Adakalanya dia hanya berborak kosong dengan Irwan yang terus kaku.

  Kesungguhan dan usaha Elyrisa agar Irwan cepat sedar membuatkan staf hospital kagum malah hampir kesemua staf hospital sudah mengenali gadis tinggi lampai itu. Bukan sahaja kerana gadis itu peramah tapi dia juga banyak meringankan beban mereka. Hampir kesemua tugas mereka dilakukannya kecuali yang berkaitan dengan ubat-ubatan dan suntikan. Tidak pernah mereka mendengar sungutan atau rungutan dari bibir comel gadis itu. Senyuman manis tidak lekang dari bibir walaupun adakala matanya sembab akibat kurang tidur.

  Hari ini genap empat bulan Irwan terbujur diatas katil bercadar putih itu. Kemalangan yang menimpa ketika dalam perjalanan pulang dari rumah Elyria hampir meragut nyawa pemuda itu. Seperti biasa Elyrisa datang dengan jambangan ros putih yang sentiasa menghiasi kamar Irwan. Dia tidak pernah lupa untuk singgah di Florist Garden untuk mendapatkan bunga segar itu setiap kali pulang dari firma guamannya.

  Namun ada perubahan pada hari ini bila jururawat Zaimah menerpa dengan senyuman. Tergesa-gesa Elyrisa menuju kebilik Irwan. Gembiranya bukan kepalang apabila melihat Irwan yang sedang bersandar dikepala katil hingga tanpa sedar tubuh yang masih berbalut itu didakap erat. Irwan yang kaget hanya tersenyum cuba menyembunyikan perasaan terkejut dan malunya bila melihat senyuman jururawat Zaimah dan jururawat Aisyah yang memandang babak sejenak itu.

  Lima bulan sebelas hari, akhirnya dengan jaminan doktor muda yang merawat Irwan, dia dibenarkan pulang. Elyrisa merupakan orang yang paling gembira melihat Irwan yang terhenjut-henjut keluar dari hospital. Tadi ingin ditolaknya pemuda itu dengan kerusi roda tapi Irwan membantah, katanya sudah lama kakinya tidak bergerak. Elyrisa memanjatkan syukur kerana Irwan sudah beransur pulih dan dia juga tidak perlu lagi melayan kerenah Doktor Safwan.
 
  Kehadiran doktor muda itu sedikit mengganggu ketenangannya. Luahan kata cinta dua bulan lalu membuatkan Elyrisa tidak selesa. Namun sebagai doktor yang bertanggungjawab keatas Irwan, Elyrisa terpaksa melayan doktor itu walaupun ala kadar. Hari ini dia akan bebas darinya.

  Gadis itu terharu melihat Puan Hasnah yang mengesat air mata dengan hujung lengan baju sambil memeluk anak tunggalnya erat. Elyrisa tahu bagaimana gundahnya hati tua mereka apabila satu-satunya anak yang ada hampir dijemput Tuhan.

*         *        *        *        *

  “Bagaimana dengan kakak?” Tangan Elyrisa yang sedang menuang kopi panas terhenti mendengar soalan itu. Dia mengangkat muka memandang wajah suram Irwan kemudian tunduk meneruskan kerjanya. Dia serba-salah.

  “Kakak dah kahwin dengan Jerry.” Beritahu Elyrisa perlahan. Irwan tunduk menyembunyikan kepedihan yang bertandang dilubuk hati.

  “Abang, Risa minta maaf bagi pihak kakak.”

  “Kenapa Risa nak minta maaf pula. Risa tak bersalah begitu juga dengan kakak. Apa yang berlaku adalah takdir Allah. Antara abang dengan kakak memang dah tak ada jodoh.” Irwan pasrah menerima keadaan yang berlaku.

  Melihat parut berbirat yang masih agak kemerahan,  Irwan teringat hari malang yang akan kekal terpahat dikotak ingatan. Kemudian pandangannya jatuh kewajah gadis yang banyak berkorban untuknya terutama saat dia amat memerlukan seseorang.

  Disebalik pintu, Hasnah memerhatikan mereka. Dia teringatkan Elyria setiap kali terpandang Elyrisa. Hati tuanya pernah berbunga untuk menerima menantu tapi harapan hanya tinggal impian. Namun melihat kemesraan dan layanan Elyrisa pada Irwan hatinya berbunga kembali.

  “Apa yang kamu tengok tu Nah?” Hasnah terkejut dek sergahan suaminya. Wanita lewat 50-an itu mengurut dada lantas menampar lembut dada bidang Yusuf.

  “Abang ni, terkejut Nah.”

  “Apa yang kamu tengok tu?” Yusuf bertanya lagi. kepalanya turut menjenguk kearah laman. Terpandang Irwan dan Elyrisa yang sedang berbual, dia mengerti maksud isterinya.

  “Abang rasa Risa tu sesuai tak dengan anak kita?”

  “Kenapa tanya abang pula? Kamu tanyalah orang punya badan. Abang tak kisah siapa yang menjadi menantu kita yang penting Irwan berkenan dengan dia. Yang nak kahwin tu dia bukan abang.” Hasnah tersenyum meleret. Hatinya berbunga.

*          *         *         *         *

   Laman rumah Datuk Muhjad dan Datin Elyrine riuh rendah. Anak-anak kecil berlarian, tawa saling bersambutan. Hidangan sudah pun disantap hanya menanti rombongan dari pihak lelaki. Senyuman pasangan bahagia itu tidak lekang dari bibir mereka. Dua tahun lalu laman rumah mereka meriah untuk menerima kehadiran menantu pertama mereka. Kini sekali lagi laman luas ini sesak dengan tetamu untuk menyaksikan persandingan anak bongsu mereka pula. 

  Dibilik pengantin, Elyrisa menunggu dengan debaran. Usikan nakal dari kaum keluarga dan kawan-kawan membuatkan wajah yang disolek cantik itu merona merah. Kebaya yang dijahit dari kain satin dan lace Itali menyerlahkan keanggunan pemaisuri sehari itu.

  Elyrisa teringat peristiwa setahun lalu. Dia tergamam, hanya mata bulat bersinarnya merenung tepat wajah Irwan. Mencari sinar yang sentiasa dinantikan sejak dulu. melihat wajah penuh pengharapan itu, dia tersenyum. Buat kali pertama Elyrisa malu untuk membalas renungan mata redup Irwan. Merenung Elyrisa yang tertunduk malu membuatkan Irwan kian terpesona.

  “Terima kasih sebab sudi terima abang.” Hanya itu yang mampu diluahkan pemuda itu. Ingin menyentuh jari Elyrisa dia masih berpegang teguh dengan janjinya.

  Lebih setahun mengenali gadis itu dengan lebih rapat hatinya terpaut. Sopan-santunnya memang jauh berbeza dengan Elyria yang lebih terbuka. Tutur bicara lembut mengusik hati lelakinya. Lama mengenal pasti hati sendiri akhirnya dia terpaksa akur bahawa dia amat memerlukan Elyrisa. Dalam diam dia mula menyintai gadis itu.

  Jika tidak kerana lamaran Doktor Safwan pasti sehingga sekarang Irwan masih tidak menyedari kata hatinya sendiri. Jauh dilubuk hatinya dia berterima kasih kepada doktor yang pernah merawatnya itu.

  Lamunan Elyrisa tercantas saat mendengar paluan kompang yang kian mendekat. Keringat dingin merenik didahi. Debaran dihatinya kian terasa .menggoncang kekuatan bersama kegembiraan dan kesyukuran.

  Dengan sekali lafaz, Elyrisa sah menjadi ratu hati Irwan. Air mata Elyrisa menitis saat kucupan syahdu hinggap didahinya dan sekali lagi dia memanjatkan syukur ketika dia mencium tangan Irwan buat pertama kali. Cincin emas putih bertaktha berlian merah jambu berbentuk hati yang tersarung dijari manisnya dipandang. Itulah tanda cinta mereka. Terima kasih abang.

  Disudut bilik, sepasang mata memandang sayu pasangan bahagia itu. Dia menyeka takungan dikelopak mata tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

  Elyria teringat kembali kata-kata adiknya dulu dan dia mengakui kebenaran yang pernah diluahkan Elyrisa. Hari ini dia hidup dengan kekesalan yang bertimbun. Anak kecil yang setia menggenggam jari kelengkengnya dipeluk penuh kasih sayang. Hanya itu yang tinggal untuknya setelah Jerry pergi seperti mana dia pergi dari hidup Irwan dulu. Walau berulang kali dia memohon maaf, penyesalan itu tidak pernah berkurang.

*         *        *        *       *

  Elyisa merenung bulan mengembang penuh yang agak terlindung disebalik pohon kemboja yang tumbuh tinggi didepan rumah mereka. Fikirannya menerawang mengingati setiap cebisan memori yang akan terus kekal dalam lipatan ingatan.

  Dari bilik air, kedengaran Irwan sedang menyanyi kecil. Kekadang Elyrisa tergelak bila mendengar suara sumbang suaminya. Sejak enam bulan lalu, kegembiraan Irwan kian ketara. Asyik menyanyi dan tersenyum.
Elyrisa tersenyum lagi bila mengenangkan kemanjaan suaminya yang menjadi-jadi.

  Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. Dia ketawa kegelian bila satu kucupan hangat hinggap ditengkuknya yang terdedah. Perut yang menonjol kedepan diusap perlahan.

  “Sayang tak mandi?” Irwan bertanya mesra. Cinta dan kasih sayang pada gadis itu kian melimpah-ruah. Diusap lagi tanda cinta mereka yang akan lahir tiga bulan lagi. Elyrisa tersenyum, faham maksud suaminya. Tubuh sasa Irwan dipeluk erat walaupun agak sukar untuk menyatukan tubuh mereka sepenuhnya. Senyuman mereka bersimpul sesama sendiri. Kedinginan malam itu menyemarakkan lagi cinta yang semakin mekar. Pengemudian kasih mereka akan berlabuh dipelabuhan cinta untuk selamanya.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment