Sunday, 6 July 2014

Bila AQ Driving

Salam Ramadan
Assalamualaikum
Hai

Bila AQ driving..rasa nak racing saja...(Nyanyi ikut lagu Bila Aku Kaya ya)..haha..memang suka sangat pandu laju sebelum ni sampai 135km/j. Gila kau jaa..!! Hihi..malah pernah try sampai 150km/j..giler tak giler tu..Sebenarnya bukan suka sangat driving pun tapi kes kena pergi kelas 3 jam perjalanan..so kadang2 kena racing bagai nak giler..celok sana sini perasan nak lawan pemandu F1. Bila dah racing dan mencelok..perjalanan 3 jam setengah jadi 2 jam setengah so..sempatlah sampai..terutama time exam..memang selalu racing. Bukan nak bangga diri tapi just nak share dan nak bagi tahu..lain kali bangun awal kalau nak jalan jauh..(Peringatan untuk diri sendiri)..huhu..okey..! Lain kali AQ bangun awal.

Kalau start jalan dari rumah bapa di kampung kat area Menumbok..mesti kena dengar pesanan sepanjang 1km sebelum driving..jangan pandu laju..bawa 80km/j saja...biar lambat asal selamat sampai. AQ jawab ya saja manjang tapi bila dah dok atas jalan rasa..huahuaahaha (ketawa bertanduk)....AQ dah rasa nak macam nak terbang. Nak kejar masa..time tu lah selalu cakap dengan diri sendiri..AQ ni ada nyawa lain simpan dalam peti sejukkah?..angkat sikit kaki dari pedal minyak...tengok jarum kat meter dah turun pergi 100km/j..okey relaks sambil dengar lagu KPop dengan half volume. Kalau berhenti kat traffic light dan cermin tak tutup dan cermin kereta sebelah tak tutup juga..sah mereka toleh dan tengok pelik. Pemandunya pakai tudung tapi pasang lagu..Allah..pecah telinga. Bukan nak buat samseng tapi nak bagi celik mata yang asyik nak tertutup saja. Mocha Nescaffe dah dua tin licin..still ngantuk the very kaw..Sapa suruh buat assignment last minute!!

Pernah sekali AQ terlanggar ayam jantan tough giler..dah horn panjang dari jauh..bukan dia nak pergi tepi..dia lari pula pergi jalan AQ..ermm..asalnya ayam tu kat sebelah kanan...but dia lari terus ke sebelah kiri..paling2 AQ cuma dapat bulatkan mata..pasrah!! isk isk isk..Stop tepi jalan..oit..elok lagi ayam tu jalan.hebat kau ayam...so..AQ sambung perjalanan. Habis kelas..sampai rumah petang..bapa tegur..kenapa bumper pecah...lols..pecah..kuat sungguh kau encik ayam..bumber AQ pecah kau boleh jalan relaks saja even AQ langgar kau pada kelajuan 110km/j..ermmm!!!..kalau boleh rakam..!!

Abaikan pasal ayam..sambung pasal assignment. Bukan saja nak buat last minute tapi kalau buat awal..idea datang merangkak kalah kura2..Biar dok fikir sampai terlelap still tak boleh fikirkan idea yang boleh digunapakai tapi bila esok due hantar..walaaaa..idea datang sampai tak sempat jari nak taip..Bernas2 belaka pula..hhoho..betul2 susahkan diri.

Ermm..nak buat macamana pokcik mokcik..dah memang itu AQ..everything buat last minute but hasilnya awesome..AQ tahu itu..bukan bangga atau nak masuk bakul tapi itu kebenaran. Kalau buat awal..selalunya markah tak memuaskan..paling2 dapat C or B tapi kalau buat last minit boleh pula dapat A..pelik dengan diri. Ermm.abaikan..kita sambung pasal citer pandu laju.

Bukan apa sebenarnya AQ teringin nak join Fast & Furios..krik..krik..berangan kau jaa!! haha..sah lah berangan yang banyak.,keke. Kalau driving dari kampung boleh laju macam nak join F&F but kalau dari Tenom lalu Keningau Kimanis..fikir juga nak laju..Nak rentas Banjaran Crocker tu..korang agak berapa tinggi..ermm racing juga sebenarnya time nak naik bukit tu..mementom kelajuan kena tinggi dari bawah..kalau tidak memang separuh jalan dah semput. Kereta AQ pun bukan kereta baru..dah tua dah so kena jaga engin..sudahlah selalu drive sorang. Pecah engin tu karang sapa nak tolong..siap kena bom dek encik hubby lagi. Kes samun..'gorol'..bunuh pula banyak..sabar sajalah. So memang ambil masa lebih lama.

KM16..port berhenti sejukkan engin kereta (Pic Lama)
Dengan bukit yang sedikit curam terpaksalah lebih berhati2. Kena guna gear manual walaupun kereta auto. Apabila hujan atau dah gelap..kena extra berhati2 sebab keadaan lebih berkabus dan lebih bahaya. Kadang2 jarak pandangan dibawah 10 meter walaupun berlampu

Enjin pernah berasap kat sini sebab radiator bocor
Ada kawasan yang sedikit sukar nak naik sebab tarikan gravitinya lebih kuat walaupun kecuraman tidak terlalu tinggi. Bagi mereka yang tidak biasa dengan highway Kimanis Keningau ni..sure berasap walaupun sudah berpuluh tahun memandu. Contoh terdekat..bapa AQ lah. Dia dah memandu sejak AQ belum lahir lagi..so that mean dah lebih 3 dekad but time driving melalui highway Kimanis..sure tayar berasap sebab kurang arif dengan selok belok selekoh yang bakal dilalui. Syukur AQ sudah menggunakan jalan ini hampir sedekad jadi hafallah juga jalannya bagaimana. Cuma takut waktu malam dan jika hujan...seram joo kalau sorang2..errr!!

Semasa mengandungkan Baby Karl Ell..aktiviti pemanduan semakin berkurang terutama diawal dan akhir kehamilan. Morning sickness yang teruk buat AQ cuti memandu sekejap. Bila dah ok..drive semula namun di bulan ke6..terpaksa stop pula sebab perut over besar..disebabkan kaki yang pendek comel..makanya perut akan kena kat stereng dan surelah susah nak driving dan pasti ia menyebabkan ketidakselesaan AQ dan baby. Tambah pula paha sakit yang amat kalau duduk lama..terasa kepala baby dok sondol hingga kaki jadi kebas..huhu..sabar sajalah..bermula dari detik itulah..AQ stop driving jauh2..banyak event terpaksa ponteng sebab jadual bercanggah dengan jadual hubby yang jadi driver kepada mem kehormat ini. Cuma mampu hantar dan pick up my gergurls from school saja sebab dekat. Lepas bersalin..sehingga kini..Karl Ell dah 3m1w..still tak drive jauh2..macam nak pencen saja rasanya tapi start september nanti..semester dah mula setelah bercuti 1 semester...huhu.. Sekarang struggle nak cari botol yang sesuai dengan Karl Ell supaya senang nak tinggalkan dia nanti.

Wah panjang pula entri kali ni..sure yang baca boring kaw kaw..!! Nak sambung masak 'sungkaian' lagi..ni pun sedang reneh sup daging sebenarnya..tinggal nak goreng ayam dan mi saja lepas ni..yang lain semua dah 'ledeh'.

Kepada pemandu2 dan bloggers yang memandu..berhati2lah di jalanraya..tiada nyawa kedua dalam peti sejuk ya..Ingatlah orang tersayang seperti mana AQ selalu duk usha muka meter supaya kaki tak lajak pijak pedal minyak lebih dari 90km/j..Seram dan gerun bila terfikirkan insiden2 maut libatkan kenderaan..lagi gerun bila hubby citer tentang mangsa ada yang bercepai otak..putus anggota badan semasa dia jalankan operasi..huhu..Ya Allah..lindungilah aku..

Oittsss lupa..walaupun bertahun pandu laju sebelum ni..AQ tak pernah dapat surat cinta bunga2 dari JPJ or Traffic tau..clean record jooo!!

Ok..bubyee..!!!

*Ps/ Mohon jasa baik untuk klik iklan ya
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment