Monday, 28 July 2014

Raya 2014

Assalammualaikum
Hai..Selamat Malam
Dan..
Salam Aidilfitri
Raya tahun ni tak macam tahun2 sudah sebab ada baby Karl.
Seronok dapat beraya dengan dia tapi... T___T
Tak puas nak beraya sebab baby Karl asyik meragam saja.
Penat dan masih belum biasa dengan keadaan..
Berjalan kesana-sini..sure dia penat..tambah2 semua nak dukung si budak debab tu..
Macam biasa..awal pagi selepas mandi dia dah tidur.
Terbantut plan nak take picture ramai2.
Memang kelam kabut sikit raya tahun ni.
Tak apalah..next year jika masih dipanjangkan usia, pasti dapat beraya sakan..
sebab...
baby Karl dah setahun..mesti dia dah pandai excited nak sambut raya.
Shopping pakaian baru  bagai..
Huhu..tak sabarnya...
Ok..ni saja gambar yang sempat snap..tiada gambar hubby pun...kociwa sungguh..!
Okiesss..layan..
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 25 July 2014

Balik Raya

Assalammualaikum
Hai
Hari ni balik kampung...ooyyeeee...cuti raya!!
Tak sabar nak raya daooo
Ini kali pertama raya dengan our baby boy..hopefully dia tak meragam..kalau meragam..huhu..tak berayalah kita..
Sebelum sampai kampung..singgah kat Beaufort..Sian hubby tak shopping lagi.
AQ pun tak beli apa pun untuk raya kali ni..tak apalah..beli untuk anak2 dah cukup.
Penat sungguh shopping kali ni..
Puasa dan Breastfeeding..sungguh menguji kesabaran AQ..hoho..sabar sajalah!
Udah ler Karl Ell berat giler..lenguh sengal pinggang dukung dia.
Dia pula tak suka duduk carrier..
Asal berpeluh..mengamuk sakanlah dia..oh, anak....ibu sakit pinggang!
ok...yang lain..biar potret berbicara..hihi
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 24 July 2014

Karl Ell Meniarap

Assalammualaikum
Hai

Rasa syok sangat hari ini...tau napa?? sebab Karl Ell dah meniarap..hoyeeeeeehh!!!
Nak 4m baru dapat setelah seminggu duk mengiring. 
Good Job dear boy!!




Tak sabar nak tunggu dia merangkak pula..!!
Love you Karl Ell.




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Kegembiraan Berharga

Wah..at last menjadi juga 'Pic Kat Atas' tu setelah banyak kali try. First just buat kat setting tapi tak lepas then try buat dengan EDIT HTML TEMPLATE..then..wallaaaa..jadi juga youu..
Hari ini ingat nak post beberapa entri..jika diberikan kesempatan..kikiki..sure la tak berapa nak sempat sebab esok nak balik kampung dah. Hubby dah start cuti esok. Maknanya hari ini AQ dah pulun perabis packing barang for 10 days. 
Sementara tidurkan Karl Ell...ini yang dapat AQ post..hewwwss!!
Bukan entri hebat pun but its make me feel happy dan bertambah kehappyan itu bila tengok anak2 gembira...even budget dah kelaut.
Dah bawa masuk bilik pula..
Gembiranya kakakiki..baru siap pasang.
Kakakiki masuk siap dengan selimut lagi.

Cak!!..Peace ibu..
Kakakimi dah angkut bagai barang masuk dalam tu.
Inilah dia..melihat betapa gembiranya mereka atas pelaburan kecil..cukup buat AQ dan hubby puas hati.
Syukur..walaupun hanya permainan murah..mereka tetap gembira dan syukur mereka anak2 yang tidak kisah langsung tentang harga atau brand sesuatu barang. Malah permainan harga RM0.20 pun sudah mampu menggembirakan mereka.
Bukan nak kata pandai didik anak sebab kami pun still banyak kekurangan dalam mendidik mereka namun kami tetap bersyukur kerana mampu membuatkan dunia kanak2 mereka berwarna walau kadang2 terlambat memberikannya.
Tent ni dah janji dari tahun lepas lagi tapi budget selalu lari..Alhamdulillah..ramadhan ni ada rezeki lebih so beli saja la walaupun orang lain sibuk beli keperluan raya.
 AQ dan hubby tak beli baju pun raya ni. Pakai saja pakaian tahun sudah..cuma beli untuk anak2 saja. Tak apa sebab sekarang tengah usaha kumpulkan modal nak mula 1 biz untuk masa depan.
Inshaa Allah target untuk penggal kedua tahun 2014 ini akan melihat sejauh mana kemampuan AQ dan hubby.
Sebab....
End of this year..nak bawa anak2 pergi Bali...Inshaa Allah..kawan2 doakan ya. Walaupun belum lagi terbang kesana tapi sudah terbayang betapa gembiranya mereka..malah rasa gembira itu meresap dalam hati AQ..kadang2 bergenang air mata..bila tengok anak2 gembira..ketawa dan tersenyum lebar..melting!!!
Kakak dah 9 tahun tapi belum bekesempatan nak bawa dia pergi melancong jauh..hanya bercuti sekitar sini saja. Malah setiap kali cuti sekolah..dia hanya bercuti dirumah. Bila kawan2 dia story tentang percutian semasa cuti sekolah..dia diam saja. Paling tidak pun hanya cerita tentang pulang kampung dan hangout ketika hubby meeting kat HQ di KK.
Sian kakak.. Inshaa Allah kakak..tahun ni impian kakak nak ke Bali tercapai.
Tahun depan kita pergi Peninsular Malaysia pula..bawa kakakimi dan Kakakiki, sure gembira giler. Biar kita round satu tanah tu..heheh..berangan!!
But ibu ayah akan usahakan. Ayah nak ambil cuti panjang. Kalau tak dapat juga..ayah nak cuti tanpa gaji for 1 month hanya nak bawa anak2 pergi bercuti. Inshaa Allah.
Okey..nak sambung packing barang nak balik esok.
Selamat Hari Raya semua.
Walaupun dia bangun awal tadi dan tidur sebelum mandi..
Sure tidur pagi ni tak lama.
But harap cuaca sejuk ni sampai ketengahari..
so banyak kerja boleh selesai.

Love you All KKnK!!
*Mohon Klik Iklan untuk Tabung KKnK ya..terima kasih
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 22 July 2014

Benarkah??


Assalammualaikum
Hai..

Cer Korang perati betul2 gunung comel tu??
Apa korang nampak???
Something fishy kan???.. huhuhu
Cer komen apa Yang korang boleh nampak Kat situ..


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Asyik Nak Menggodek Saja

Assalammualaikum
Hai..

Dua tiga hari ni AQ asyik nak menggodek blog ni saja..sungguh semangat giler yooo..tapi tak juga lawa2...lawa?? ermm..apa maknanya tu ya kalau asyik nak tukar dan tak puas hati tak sudah..huhu. Cerewet sungguh AQ..sampai blog tak terhupdate..padan muka..nanti Mr. Nuff majuk tak bagi iklan kat AQ.

Macam2 tutorial AQ skodeng..dapat buat sikit2..ok la dari takde langsung..at least dapat pengetahuan sikit even blog AQ stil tak lawa juga..huwarrgggghhh.

Huhu..Sabar Enie..nanti esok lusa tahun depan lawa juga blog ekaw ni...!! eyooo la..!

Banyak entri AQ nak buat ni sebenarnya tapi dok kalut nak renovate muka blog dan bersilat packing nak balik kampung...Kan nak raya dah ni..oohooo ooo balik kampung..hati girang..!

Ermm...tahun ni bagaikan tak begitu meriah saja rasanya. Mood nak raya pun bolak balik saja. Baju pun tak beli..huhu. Entah napa...beli untuk anak2 saja..hubby pun sama. Tak apa lah..baju2 tahun sudah penuh almari nooo..setahun jahit baju dua tiga pasang..lepas raya terus bermastautin dalam tu. Kita pakai yang itu sajalah..  Budget raya tahun ni..kita kumpul nak start buat bisnes..kalau menjadi..tahun depan kita raya sakan..wahahaha.

Itupun jika Allah masih berikan kesempatan..Inshaa Allah.

Apa pun..Kepada mereka yang nak balik kampung (Pesan kat diri juga)..hati2 dijalanraya..Selamat Berposa..dan Selamat Hari Raya.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 20 July 2014

Center'kan Tajuk Sidebar

Assalammualaikum
Hai

Kali ni kita center'kan tajuk sidebar pula. Sebelum ni kita dan center'kan TITLE POST

--->> Copy code dibawah dan paste kan
            Layout --> Template Designer --> Advanced --> CSS

 .sidebar h2 {text-align:center !important;}
.Image img{
display: block;
margin-left: auto;
margin-right: auto;

--->> Nak ubah kedudukan lagi..just tukar center tu dengan right atau left.

Korang boleh tengok perubahannya serta-merta.

Selamat mencuba!

*Mohon Klik Iklan untuk Tabung KKnK ya..Trimas.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

'Center'Kan Tajuk Entri

Assalammualaikum
Hai

Setiap kali post entri..pasti tajuknya di tepi sebelah kirikan..
Kalau nak buat tajuk duduk ditengah..

--->> Copy code dibawah dan paste kan
            Layout --> Template Designer --> Advanced --> CSS

.post-title {
text-align: center;
}

--->> Nak ubah kedudukan lagi..just tukar center tu dengan right atau left.

Korang boleh tengok perubahannya serta-merta.

Selamat mencuba!

*Mohon Klik Iklan untuk Tabung KKnK ya..Trimas.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Saturday, 19 July 2014

Letak Facebook Like Button Di Semua Post

Assalammualaikum
Hai

Setiap kali tulis post..mesti mahu orang klik butang "Like" atau "Share" kan..supaya kita tahu ada tak orang yang suka dengan post kita. Bila nampak pembaca Like..wah..makin bersemangat nak tulis entri..kan..kan..kan!!

AQ pun sama..huhu

Begini caranya..

1. Pergi ke Blogger Dashboard
2. Klik Template dan klik Edit HTML
3. Klik Jump To Widget..pilih Blog1 (dimana post korang berada)
atau korang Klik CTRL + F dan Paste kan..

<data:post.body/>

Tapi kadang2 tak jumpa HTML Code kat atas tu so guna Jump To Widget tu ya dan tuliskan kat CTRL + F tu post saja.
4. Letak code mana2 button yang korang suka kat mana2 yang korang nak..but pastikan dekatkan dengan area post ya.
5. Jika korang jumpa <data:post.body/>  korang boleh letak code di BAWAH atau di ATASnya.


Horizontal Count Style
<br/><br/><iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.canonicalUrl + &quot;&amp;layout=button_count&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:100px; height:21px;'/>

Vertical Style
<br/><br/><iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.canonicalUrl + &quot;&amp;layout=box_count&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:55px; height:62px;'/>

Standard Style
<br/><br/><iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.canonicalUrl + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:35px;'/>

Kalau nak tambah Button Share

share=true&amp;height=80&amp;

--->> Jadik Macam Kat Bawah ni ya <<---



<br/><br/><iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.canonicalUrl + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;share=true&amp;height=80&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:35px;'/>

6. Pastikan korang PREVIEW dulu ya..kalau muka blog korang yang keluar..soo that mean ia menjadi tapi kalau keluar pemberitahuan warna merah tu..sah la tak menjadi.

AQ pasti korang boleh buat punya sebab AQ dah berjaya.
Lepas ni terpaksa buat Extra kerja nak buang FB button yang lama kat bawah post tu sebab semua tu manual punya kerja coz belum terjumpa lagi how to add FB Button secara automatik dalam semua post. Ada jumpa pun semua tak menjadi..huhu.

Wokey..Gud Luck Guys!!

*Mohon Klik Tabung Untuk KKnK ya..Trimas


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Misteri Nombor 7

Assalammualaikum
Hai

Mari kita cuba tengok Misteri Nombor 7...Bukan nak ajak korang percaya benda khurafat buat saja untuk suka2 dan pasti ia buat kita berfikir sejenak apa perkaitannya..kan?...ermmm misteri la sangat..hoho

Lets Check It Out..!!!

MH17, boieng 777, berusia genap 17 tahun pd hari kejadian 17-7-1997 to 17-7-2014 (2+0+1+4=7)...cantik je perancangan ni..777,7,7,7,7
: Kejadian berlaku jam 1:06 waktu ukraine..(1+0+6=7)..
: Di jadual tiba di KLIA pd jam 12:04 tghari waktu Malaysia..(1+2+0+4=7)..
: Lagi satu..tgok ni..
Terbang dari armsterdam pada jam 6:10 waktu malaysia..(6+1+0=7)..
Tapi yg pasti..kejadian pd waktu yg agak sama..mh370 hilang dari radar jam 1:06am..mh17 meletup 1:06pm..


#PrayForMH17
#PrayForMH370
#AlFatihah


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 18 July 2014

#PrayForMH17



Assalammualaikum
Hai



Malam tadi sekali lagi kita dikejutkan dengan tragedi yang melibatkan Penerbangan Malaysia. Tambah terkejut apabila mendengar bahawa ianya dibedil jatuh. Allahuakhbar...benarkah?. Ya Allah..Lindungilah mereka yang terlibat.

Tragedi MH370 masih menghantui namun kini berlaku lagi tragedi yang diluar jangka. Jika benar ia ditembak tapi kenapa?.. adakah ia kelihatan seperti pesawat merbahaya. Jika ia jatuh akibat kerosakan..sungguh MAS akan semakin parah walaupun ia bukan sesuatu yang diharapkan berlaku. Siapa yang mahukan tragedi terjadi?

Allah..pelbagai perkara buruk berlaku di bumi Malaysia tahun ini. Sungguh tahun 2014 banyak meninggalkan memori duka dan moment2 yang menggundahkan jiwa.  Dugaan apakah ini Ya Allah..apakah hikmah yang bakal diterima?

Semakin banyak kes dan tragedi yang menggerunkan tika ini. Kes anak2 hilang, bunuh sana sini, serangan bersenjata di Sabah, kemalangan ngeri libatkan kenderaan darat dan laut juga udara tidak terkecuali. Sungguh Allah sedang menguji kita dan mengingatkan kita bahawa dunia maya ini semakin tua. Perang yang tercetus di Gaza juga menyedarkan kita bahawa peringatan Allah itu semakin jelas.

Ya Allah..Lindungilah kami, luaskan rahmatMu kepada kami, jelaskan dan terangkan mata minda dan mata jiwa serta raga kami atas kebatilan dan kekhilafan kami kepadaMu. Sinarkan cahaya kasih sayangMu yang agung kepada kami, sirami jiwa kontang kami dengan hidayahMu Ya Allah...Allahuakhbar.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi ikhtibar dalam menjalani kehidupan..renungkan dengan mata hati dan jiwa..tajami dengan mata minda yang telus. Selidiki..fahami dan teliti sedalamnya apa yang sedang disampaikan Allah kepada kita.

ALLAHUAKHBAR..!!




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 10 July 2014

Mana Lagi Murah..??

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

Heww!!!..Lenguh lagi pinggang ni dukung Karl Ell semalam even silih ganti dengan hubby. Shopping barang sikit kat Keningau terus survay barang untuk raya nanti. Nak cari cerek dan dapur baru...wah caya kau jaaa!!..orang shopping baju untuk raya tapi AQ shopping barang elektrik..amboi kaya kau!!. Huhu..ini bukan kes kaya kah tidak, ini kes kerana terpaksa tau. Kan cerek kita rosak macam yang AQ citer kat entri sebelum ni. Dapur tu pula dah lama minta diganti sebab boleh guna sebelah saja. Nak masak memang kena tukar2. 2 bulan guna satu dapur saja. Oits..lamanya baru nak ganti. Belanja ikut budget so nak beli dapur pun terpaksa ikut budget juga lagipun boleh guna lagi kan. Kebetulan ada duit lebih sikit so kita belilah. Cepat sikit nak masak...tapi...sebenarnya kitaorang belum beli lagi pun dapur tu..huhu. Jumpa yang berkenan habis stok pula..tinggal display..yang tu pula rosak sikit..just display saja kat situ. Takpe..hari ni kita tengok apa yang hubby beli nanti.

Nak dijadikan cerita..disebabkan Karl Ell yang dah kepenatan sebab dah ronda lama so..ngamuklah dia nak cari buaian..ngatuk tahap gaban dah kot dia walaupun dah tidur sekejap time buka puasa. Dia pula jenis tak suka tidur dalam stroller. Dalam baby carrier pula dia rimas..panas  agaknya. Bila ia nangis even kakak2nya dulu..memang AQ jadik panik. Panik bukan sebab AQ malu kah apa tapi sebab siankan anak. Anak2 takkan menangis kalau bukan disebabkan sesuatu. Tambah pula Karl Ell jenis bangun tidur selang 2 jam (paling lama).. tapi kami dah ronda nak 4 jam..maunya baby tak mengamuk. Yang si kakak2 okey saja sebab yang dua ni since dari baby memang tak banyak hal..shoppinglah lama mana. Just nangis nak susu saja dulu. Dah kenyang tidurlah dorang. Dalam pelukan lagi lena. Baby Karl lain skit..pengalaman baru so terpaksa cepat dalam semua hal..malangnya susah nak belek2 mana yang kita berkenan..uwarrghhh!!!

Beli barang sikit kat Servay terus balik...then teringat biskut dan susu nak habis stok..dalam dok borak dengan hubby..nampak kedai 1Malaysia...ajak hubby singgah..so kitaorang singgahlah..kejap saja sebab Karl Ell duk merengek nak balik cepat..dah rindu giler dengan buaian busuk dia.

Tengok harga...huhu..promote kata murah...tapi...indah kabo dari ghupa. Mahal dari supermarket or hypermarket. Orang dah lama tahu..kau baru nak citer..!!! hihi..tanda tak pernah lagi masuk kedai 1M..pernahlah sekali tapi sebelum ni pun sama mahal juga. Ada sampai RM0.70 beza dari kedai lain. Bagi AQ mahal tu. Itu baru 1 barang...kalau beli sampai 20 barang dah berapa ringgit beza. Bukan nak berkira tapi beza seposen dua pun AQ kira..hahaha. Lari budget tau.

Sorry DSN..bukan tak nak sokong tapi memang tak berapa nak berbaloi shopping barang kat kedai 1M. Bukan juga nak 'kondem' bagai tapi sungguh tak berapa nak puas hati. Sudahlah susah nak cari barang yang kita nak sebab packagingnya semua semua...dari sebesar2 barang hingga sekecil2nya.. Tambah2 kalau cari barangan tin..mana susu?..mana sardin?..semua sama saja rupanya..susah nak pilih. Kalau nak cepat sahlah susah nak cari barang yang kita nak kecuali kalau kita dah hafal dimana letaknya barang tu. Sudah tu pilihan barang pula tak banyak..agak terhad.

Barangan dengan bungkusan asal seperti milo dan susu tepung jauh lebih mahal. Selalu beli milo RM4.50 or RM4.70 tapi kat K1M RM5. Dah lebih berapa sen tu. Konsep asal K1M adalah untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat tapi tak pun sebenarnya. Dah dua K1M yang AQ masuk..memang mahal dari biasa kecuali barang dengan label K1M. Itu pun murah RM0.20 or RM0.30 saja.

AQ tak tahu jika ditempat lain barangan K1M murah dari kedai lain tapi dua kedai yang AQ dah pergi.. ermm hubby kata..tak berbaloi shopping sini. Bukan nak demanding ke apa tapi sebagai pengguna..kualiti, packaging..harga..pelbagai pilihan adalah punca utama kenapa sesebuah kedai atau pusat membeli belah itu menjadi pilihan.

Tidak terlintas nak tolak barangan atau produk Tempatan tapi memang tak berapa nak berbaloi. Tengok saja harga kereta. Kualiti kurang tapi harga sama saja dengan imported. Baik beli yang imported. Harga mahal pun lama nak pakai..part pun murah. Jangan marah AQ sebab kelihatan agak nak "kondem' barangan Malaysia. Tapi itu hakikatnya. Bukan AQ saja..malah jika ditanya kat orang lain..pasti jawapannya sama.

Tidak dinafikan ada barangan tempatan yang baik kualitinya dan jangan kata AQ tak nak sokong Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Kalau ia berbaloi dengan ringgit yang AQ laburkan..AQ tak teragak2 nak beli. Kat rumah ni pun banyak barangan buatan Tempatan..contoh terbaik adalah kereta 'racing' AQ...buatan tempatan tu tapi seksa juga nak bayar dan jaga. Part mahal jooo!!! CCM pun tinggi walaupun deposit tinggi. Ermm..sabar sajalah..pasti ada kelebihannya yang mungkin tak nampak lagi...Sapa suruh pilih kereta mahal!!!.. time beli tu..Saga baru yang murah tu (Mahal juga pun..!) belum keluar lagi. tunggu saja lagi 3 tahun nak habis CCM. Then nak beli Alphard (betul ke ejaan tu) pula..kekekeke AQ berangan lebih.

Apa pun..AQ laungkan slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia..but tengok budget korang dan pilihan terbaik..okey. Berbelanjalah dengan bijak.



Yehhhhhhhhh....Argentina To FINAL!!!!

*PS/ Mohon KLIK Tabung KKnK ya!

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 9 July 2014

Buah Hati Hubby Yang Baru

Assalammualaikum
Hai

Sementara tunggu mahu bangunkan anak2 untuk pergi sekolah..jom kita update blog dulu yoo. Puasa ke11 sudah kitakan..cepat betul masa berlalu..persiapan untuk raya satu apa pun belum ada..slow and steady orang cakap.

Sebenarnya AQ sedih yang amat sekarang since kelmarin bila dapat tahu hubby dah ada buah hati baru..huhu. Jeles banget tau!! uwarrrhhhhhh!! sob sob!!

Petang kelmarin, pulang saja dari Keningau hubby tunjuk buah hati barunya kat AQ..Menggoda..menawan..menarik perhatian..menyerlah gitu!! Huhu..sungguh tercabar keegoan dan emosi AQ..Apakah kekurangan AQ sehingga hubby tergamak nak cari buah hati baru..AQ tak cukup baikkah? tak cukup cantikkah?? atau tak cukup menggoda???..ermmm..kalau hubby terbaca entri ni mesti hubby jawab.."Wah..giler panggung ni!!"..hew..hew!!

Ni nak tunjuk buah hati baru hubby...

Ni la buah hati baru Hubby

Hehehe..cun tak?? menggoda dan menawan serta menyerlah..kan!. Dia beli siap dengan dua kembar lagi. Kekasih lama dia dah retak so dia carilah buah hati baru..ermm..layankan saja..reward for himself untuk kerja kerasnya selama ni.

Hubby bukan jenis yang nak beli itu ini. Kalau pengurusan kewangan..agaknya dia lebih baik dari AQ sebab duit dia lambat ja abes..Kalau AQ ni..macam2 nak beli..but mostly barang dapur...dan bila dia shopping barang dapur..hahaha..i know that i'm better then he does..ekekek..i'm proud with myself..chewah..bangga tu..buat malu saja.

Sebelum ni Hubby suka main sepak takraw dan dia hebat sebagai killer..hehehe..bukan nak puji ke apa tapi memang dia hebat dalam permainan tu sebab since dulu2 lagi dia main. Pernah main peringkat negeri...ermm kalau Brunei join..peringkat negeri ke?..negeri pun negeri la. Since paha dan betis dia cedera dalam kursus 4 tahun sudah..dia dah slow main takraw.. then dia banyak main volleyball untuk stamina..dan AQ jeles sebab dia boleh main dengan baik juga..jeles AQ tau.

Sabar sajalah Enie..kau tu pendek kecik..ada hati nak main volleyball..kepala pun susah2 nak sampai net..huhu..ermm ya la..ya la.

Then sejak pindah ke Tenom..hubby berjinak2 pula dengan badminton..pun dia boleh main dengan baik. Apa pun AQ kena mengaku..dia hebat selalu berjaya melakukan apa saja yang dilakukannya..true is..AQ admired dia plus jeles..hahaha. Takpe..tunggu Karl Ell besar sikit..kita boleh jadi bergu semula..hoho.



Ermm...Okeylah..KnK pun dah pergi sekolah..boleh kot AQ nak lelap mata kejap..mengantok kaw kaw dah ni. tidur jam12 then bangun jam3.30..semua kerja pun dah settle..tinggal tunggu Karl Ell bangun saja. Kalau dia bangun memang tak boleh buat apa dah sebab baby Karl aktif giler..kerja nak melompat saja. Nak duduk or baring,,jangan harap. Muncung manjang..ok..zzzz

Bubye..

*PS/ Tolong Klik iklan kita ya..terima kasih!.

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 8 July 2014

Searching All Day

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

Dari pagi tadi AQ try searching at google hotel2 kat Labuan..ermm..konon2 nak pergi sana jumaat ni tapi macam tak jadi juga sebab plan nak beli kain saja. So sepertinya tak berbaloi pergi sampai nak duk hotel bagai..kan!. Nak pergi terus bercuti macam tak ngam pula time puasa ni. Tak larat AQ nak bawa baby Karl Ell nak jalan jauh..sudahlah belum reti sangat guna botol susu.

Ada plan lain nak pergi Kundasang lepas raya nanti with all my Family. With My mama dan bapa..sista blogger ssurianah yana dan tiga lagi adik yang lain.,hope jadik la..huhu..dah lama plan dari sebelum bersalin lagi. Memandangkan morning sickness yang teruk..nak simpan budget time bersalin lagi..so terpaksa cancel. So plannya nak pergi lepas raya pula.

Raya tahun ni nak baju kaler apa ya? Kakak Kimi nak pink..ermm..takkan ayah pakai pink. Sudah lah selalu pergi event besar..takkan nak pakai pink..tak kena dengan jiwa jooo..mau kerut sejuta dia. AQ cadang biru merah..aikk..bukan warna baju wanita UMNO ker kata hubby..eekekek. Sejak bila wanita UMNO baju kaler tu. Kaler baju punya pasal, AQ searching juga kaler apa yang match...nak match kaler pun nak google ker???..hehe..google dengan design baju BF sekali..karang jahit tak tahu rupa mana jadinya. Nak beli..seram tengok harga. Kalau beli..AQ boleh dapat 2 pasang kalau jahit sendiri.ermm 3 pasang kot agaknya sebab AQ bukan jenis nak beli kain mahal2..berkira nak mampus.. Haipp!!..bukan berkira joo..bukan senang nak cekau duit sekarang ni. Dulu RM50 boleh dapat sampai 5 pasang sebab..4 meter RM10..sekarang mahal giler joo. RM50 dapat sepasang..paling2 dapat 2 or yang murah tu dapat la 3 kot.

Yalah..mana nak beli pakaian anak2..tahun lepas beli untuk 2 orang..naaa tahun ni kena beli untuk 3 orang pula. Paling kurang 5 pasang seorang. Mana nak beli kuih bagai untuk 3 buah rumah. Amboi!! banyak rumah sampai 3 buah. Ya lah..rumah ni..rumah mak dan rumah mertua. Kan tiga tu. Walaupun time raya tu mostly kat kampung tapi kat Tenom ni kena buat juga..jemput pegawai2 hubby. Ermm..memang kena budget gegiler yooo. Nak kena fikir belanja lepas raya juga...takkan nak berabis pula.

Rasanya nak cari kain kat Keningau saja..cuma tak banyak pilihan..ermm tahun2 sudah shopping kain kat Kota Kinabalu tapi tahun rasa tak larat nak pergi dengan bawa Karl Ell ni..Sure la sesak port2 textile stores dengan parking yang susah nak cari...

Okey la..Karl Ell sudah bangun..

terang ja mata tunggu kita angkat

okey..nanti kita citer kaler apa yang 'bertuah'.

Bubye..

*ps/ Tolong klik iklan ya.
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 7 July 2014

Warghhh...We late Sayang!!

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Haim

"Sayang...bangun."
"Jam berapa abang?"
"4.30am?."
"...???" ....apalagi...mata yang super duper kelat celik terus..4.30am???? AQ set jam 3.30am langsung tak dengar padahal hp dekat saja dengan telinga. Sudahnya kalut..nasib baik semua dah masak tinggal mau panaskan saja..

Hubby masak air panas...tengah cuci botol susu untuk kakak Kiki..

"Abang..cerek ni nda bunyi udah." AQ panggil hubby sebab bunyi air tengah masak stop macam tu saja. Rosak kot..aduh..sudahlah dah lambat ni. Hubby check tengok..tukar tempat kot2 soket rosak..sama saja takde bunyi langsung

"Rosaklah kali ni sayang."
"Adeh..dah lah lambat..cerek pula meragam."..sudahnya terpaksa la masak air dalam belanga guna dapur..haha..
Alhamdullillah sempat juga makan dan minum sikit sebelum jam 5am.
Selamat bersahur to us!.

*Peringatan untuk diri sendiri*..lain kali dah dengar bunyi alarm tu..bangunlah..jangan tidur semula. Alaaaa...bukan tidur semula..sah2 memang tak dengar pun..repeatnya pun tak dengar? kalau dengar takde la kitaorang terbangun lambat...ushhsiii..

Ni dah ngatuk semula dah..padahal semalam tidur awal..tu yang malas nak tidur awal, sure lambat bangun. Kalau macam tu tidur lambatlah. Nak buat macamana?..dah semalam ngantuk awal sangat. Errr..ada AQ kisah!.(Kes pening kepala)

Kepada yang terlambat bangun or yang terlajak tidur..jangan ponteng posa tau..!

okei..bubye..!!

*Ps/ Tolong Klik iklan kita ya..sekali pun jadi.klik saja.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 6 July 2014

Bila AQ Driving

Salam Ramadan
Assalamualaikum
Hai

Bila AQ driving..rasa nak racing saja...(Nyanyi ikut lagu Bila Aku Kaya ya)..haha..memang suka sangat pandu laju sebelum ni sampai 135km/j. Gila kau jaa..!! Hihi..malah pernah try sampai 150km/j..giler tak giler tu..Sebenarnya bukan suka sangat driving pun tapi kes kena pergi kelas 3 jam perjalanan..so kadang2 kena racing bagai nak giler..celok sana sini perasan nak lawan pemandu F1. Bila dah racing dan mencelok..perjalanan 3 jam setengah jadi 2 jam setengah so..sempatlah sampai..terutama time exam..memang selalu racing. Bukan nak bangga diri tapi just nak share dan nak bagi tahu..lain kali bangun awal kalau nak jalan jauh..(Peringatan untuk diri sendiri)..huhu..okey..! Lain kali AQ bangun awal.

Kalau start jalan dari rumah bapa di kampung kat area Menumbok..mesti kena dengar pesanan sepanjang 1km sebelum driving..jangan pandu laju..bawa 80km/j saja...biar lambat asal selamat sampai. AQ jawab ya saja manjang tapi bila dah dok atas jalan rasa..huahuaahaha (ketawa bertanduk)....AQ dah rasa nak macam nak terbang. Nak kejar masa..time tu lah selalu cakap dengan diri sendiri..AQ ni ada nyawa lain simpan dalam peti sejukkah?..angkat sikit kaki dari pedal minyak...tengok jarum kat meter dah turun pergi 100km/j..okey relaks sambil dengar lagu KPop dengan half volume. Kalau berhenti kat traffic light dan cermin tak tutup dan cermin kereta sebelah tak tutup juga..sah mereka toleh dan tengok pelik. Pemandunya pakai tudung tapi pasang lagu..Allah..pecah telinga. Bukan nak buat samseng tapi nak bagi celik mata yang asyik nak tertutup saja. Mocha Nescaffe dah dua tin licin..still ngantuk the very kaw..Sapa suruh buat assignment last minute!!

Pernah sekali AQ terlanggar ayam jantan tough giler..dah horn panjang dari jauh..bukan dia nak pergi tepi..dia lari pula pergi jalan AQ..ermm..asalnya ayam tu kat sebelah kanan...but dia lari terus ke sebelah kiri..paling2 AQ cuma dapat bulatkan mata..pasrah!! isk isk isk..Stop tepi jalan..oit..elok lagi ayam tu jalan.hebat kau ayam...so..AQ sambung perjalanan. Habis kelas..sampai rumah petang..bapa tegur..kenapa bumper pecah...lols..pecah..kuat sungguh kau encik ayam..bumber AQ pecah kau boleh jalan relaks saja even AQ langgar kau pada kelajuan 110km/j..ermmm!!!..kalau boleh rakam..!!

Abaikan pasal ayam..sambung pasal assignment. Bukan saja nak buat last minute tapi kalau buat awal..idea datang merangkak kalah kura2..Biar dok fikir sampai terlelap still tak boleh fikirkan idea yang boleh digunapakai tapi bila esok due hantar..walaaaa..idea datang sampai tak sempat jari nak taip..Bernas2 belaka pula..hhoho..betul2 susahkan diri.

Ermm..nak buat macamana pokcik mokcik..dah memang itu AQ..everything buat last minute but hasilnya awesome..AQ tahu itu..bukan bangga atau nak masuk bakul tapi itu kebenaran. Kalau buat awal..selalunya markah tak memuaskan..paling2 dapat C or B tapi kalau buat last minit boleh pula dapat A..pelik dengan diri. Ermm.abaikan..kita sambung pasal citer pandu laju.

Bukan apa sebenarnya AQ teringin nak join Fast & Furios..krik..krik..berangan kau jaa!! haha..sah lah berangan yang banyak.,keke. Kalau driving dari kampung boleh laju macam nak join F&F but kalau dari Tenom lalu Keningau Kimanis..fikir juga nak laju..Nak rentas Banjaran Crocker tu..korang agak berapa tinggi..ermm racing juga sebenarnya time nak naik bukit tu..mementom kelajuan kena tinggi dari bawah..kalau tidak memang separuh jalan dah semput. Kereta AQ pun bukan kereta baru..dah tua dah so kena jaga engin..sudahlah selalu drive sorang. Pecah engin tu karang sapa nak tolong..siap kena bom dek encik hubby lagi. Kes samun..'gorol'..bunuh pula banyak..sabar sajalah. So memang ambil masa lebih lama.

KM16..port berhenti sejukkan engin kereta (Pic Lama)
Dengan bukit yang sedikit curam terpaksalah lebih berhati2. Kena guna gear manual walaupun kereta auto. Apabila hujan atau dah gelap..kena extra berhati2 sebab keadaan lebih berkabus dan lebih bahaya. Kadang2 jarak pandangan dibawah 10 meter walaupun berlampu

Enjin pernah berasap kat sini sebab radiator bocor
Ada kawasan yang sedikit sukar nak naik sebab tarikan gravitinya lebih kuat walaupun kecuraman tidak terlalu tinggi. Bagi mereka yang tidak biasa dengan highway Kimanis Keningau ni..sure berasap walaupun sudah berpuluh tahun memandu. Contoh terdekat..bapa AQ lah. Dia dah memandu sejak AQ belum lahir lagi..so that mean dah lebih 3 dekad but time driving melalui highway Kimanis..sure tayar berasap sebab kurang arif dengan selok belok selekoh yang bakal dilalui. Syukur AQ sudah menggunakan jalan ini hampir sedekad jadi hafallah juga jalannya bagaimana. Cuma takut waktu malam dan jika hujan...seram joo kalau sorang2..errr!!

Semasa mengandungkan Baby Karl Ell..aktiviti pemanduan semakin berkurang terutama diawal dan akhir kehamilan. Morning sickness yang teruk buat AQ cuti memandu sekejap. Bila dah ok..drive semula namun di bulan ke6..terpaksa stop pula sebab perut over besar..disebabkan kaki yang pendek comel..makanya perut akan kena kat stereng dan surelah susah nak driving dan pasti ia menyebabkan ketidakselesaan AQ dan baby. Tambah pula paha sakit yang amat kalau duduk lama..terasa kepala baby dok sondol hingga kaki jadi kebas..huhu..sabar sajalah..bermula dari detik itulah..AQ stop driving jauh2..banyak event terpaksa ponteng sebab jadual bercanggah dengan jadual hubby yang jadi driver kepada mem kehormat ini. Cuma mampu hantar dan pick up my gergurls from school saja sebab dekat. Lepas bersalin..sehingga kini..Karl Ell dah 3m1w..still tak drive jauh2..macam nak pencen saja rasanya tapi start september nanti..semester dah mula setelah bercuti 1 semester...huhu.. Sekarang struggle nak cari botol yang sesuai dengan Karl Ell supaya senang nak tinggalkan dia nanti.

Wah panjang pula entri kali ni..sure yang baca boring kaw kaw..!! Nak sambung masak 'sungkaian' lagi..ni pun sedang reneh sup daging sebenarnya..tinggal nak goreng ayam dan mi saja lepas ni..yang lain semua dah 'ledeh'.

Kepada pemandu2 dan bloggers yang memandu..berhati2lah di jalanraya..tiada nyawa kedua dalam peti sejuk ya..Ingatlah orang tersayang seperti mana AQ selalu duk usha muka meter supaya kaki tak lajak pijak pedal minyak lebih dari 90km/j..Seram dan gerun bila terfikirkan insiden2 maut libatkan kenderaan..lagi gerun bila hubby citer tentang mangsa ada yang bercepai otak..putus anggota badan semasa dia jalankan operasi..huhu..Ya Allah..lindungilah aku..

Oittsss lupa..walaupun bertahun pandu laju sebelum ni..AQ tak pernah dapat surat cinta bunga2 dari JPJ or Traffic tau..clean record jooo!!

Ok..bubyee..!!!

*Ps/ Mohon jasa baik untuk klik iklan ya
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Ibu Sayang Kamu KKnK

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

AQ sayang mereka ketat2..!! chewah...tapi itulah hakikatnya. My KKnK..Kimi..Kiki n Karl Ell.
Merekalah kekuatan dan nyawa AQ dan hubby. Mereka buat kami sangat2 bahagia, gembira, seronok..semua perasaan yang rasanya tidak mampu digambarkan..walaupun adakalanya mereka buat kami naik darah but takdalah sampai naik minyak..

AQ pasti semua ibubapa merasai perasaan itu even banyak kes bunuh anak. Yang tu bukan manusia..itu bin..a..tang sebab tiada perasaan belas dan kasih sayang. Simpati betul dengan orang 'terpilih' ni. Bukan nak kata or menghina tapi memang sungguh kasihan kepada mereka yang tidak memiliki sifat kasihkan anak. AQ ni garang juga...malah selalu juga berleter tapi tak sampai nak naik tangan. Kalau ternaik pun..sah2lah lepas buat tu AQ yang nangis..huhu.

Bagi perempuan seperti AQ dan ibu2 lain..sungguh mereka adalah nyawa. Betapa payah dan susahnya nak 'keluar'kan mereka..sungguh tak berbaloi bertarung nyawa kemudian buang..bunuh macam buat kat ayam. Sembelih ayam boleh tahan tengok lagi..kalau sembelih kambing ke kerbau..agaknya AQ yang tumbang..hew..hew..hew. Manalah hilangnya kewarasan seorang ibu yang sanggup tetak..lempar..buang..lemaskan bayi yang langsung tidak tahu apa2. Baru beberapa saat...minit..atau jam menghirup udara yang tak berapa nak bersih ni..sudah dilempar bagai lempar kain buruk saja. Allah..sungguh tak terjangkau dek akal AQ bila tengok bayi yang dibunuh. Gugur air mata..kalau sorang2 biar ja air mata tu kuar tapi kalau ada orang lain..tahan saja lah..malu weii!!.

Kalau rasa tak terdaya nak jaga..janganlah sampai bunuh baby..bagi kat orang lain..kalau dah malu sangat..hah..balut cantik2 letak depan rumah orang or hantar kat rumah kebajikan. Kalau ada orang yang buat macam tu..letak baby depan rumah AQ..syukur Alhamdulillah..ada orang hantar rezeki free. Kita tak tahu apa akan berlaku dimasa akan datang. Mana tahu dia jadi seorang yang sangat berjaya..bawa rezeki berlipat-ganda untuk kita. Putih matalah kau ibu. Kau susah2 lahirkan dia..AQ dapat rasa kejayaannya..
Macamlah jaga anak tak susah..susah tentulah susah..siapa yang pernah kata senang. Banyak benda yang kena fikir dan pantau..tapi AQ pasti ia berbaloi. Allah tidak pernah mengabaikan hambanya..AQ yakin itu. Jika apa yang berlaku melencong dari yang apa yang kita inginkan..jangan terlalu kecewa (Peringatan untuk diri sendiri juga) kerana pasti Allah telah merencanakan sesuatu. Allah tidak pernah menganiaya hambanya. Korang hanya perlu yakin itu!!.

Dan...AQ sebagai ibu kepada KKnK..sungguh AQ tidak pernah terfikir untuk dipinjamkan sesuatu yang terlalu berharga. Syukran Ya Allah kerana meminjamkan mereka. AQ akui..AQ bukanlah seorang ibu yang sempurna tetapi AQ sedang berusaha kearah itu. Mahu buang tabiat berleter..marah KnK..lebih bersabar..sungguh sedang berusaha kearah yang lebih baik..doakan berjaya ya.

Lepas kahwin..tak sempat honeymoon pun..Allah sudah berikan kami rezeki..kakak Kimi membesar sihat in my tummy..express joo..bunting pelamin..**shhh..** memang seronok sangat.. kemudian kakak Kiki dilahirkan 2y6m kemudian..lagi tambah happy sebab kakak Kimi dah ada kawan bermain. Bangganya hati bila tengok mereka bermain. Bangganya sebab Allah berikan AQ peluang untuk mengecapi kebahagiaan mengandung..melahirkan dan membesarkan mereka. 6y3m..baby Karl Ell pula menyusul..a baby boy..hubby triple gembira sebab anak lelaki. Walaupun dia tak cakap tapi boleh tahu dari caranya..memang dia sangat2 gembira namun tidak bermakna dia tidak gembira dengan dua anak gadisnya sebaliknya kelahiran Karl Ell melengkapkan kegembiraan yang terpendam. Layanan anak perempuan dan lelaki tidak sama. Apabila meningkat remaja dan dewasa..ada batas2 yang perlu dijaga terhadap anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. Begitu juga AQ..waktu kecilnya adalah waktu emas yang tidak mungkin akan AQ lepaskan kerana apabila dia dewasa sudah ada batasnya.

Memandang mereka tika lena sering buatkan 'aing mata' gugur..sebak bukan kerana sedih tapi kerana betapa bersyukurnya dikurniakan mereka. Jika rasa kasih dan sayang itu dapat diukur AQ fikir tiada penyukat..penimbang dan yang sewaktu dengannya yang dapat mengukur kasih didada. Ya Allah..Alhamdulillah.

Kakak Kimi suka sangat dukung adik kecilnya

Kakak Kiki berusaha nak dukung walaupun tak larat

Sempat lagi "peace" ditengah malam

Merekalah 'kembar'ku yang dilahirkan pada
tarikh, bulan dan tahun yang berbeza.

Semoga menjadi Khalifah yang baik nanti


Ya Allah..berikan perlindungan..kasih sayang dan rahmatMu kepada anak2 ini. Hanya kepadaMu aku memohon kerana Kau Maha Pelindung, Pengasih dan Penyayang serta Pemberi Rahmat. Semoga anak2 yang dipinjamkan ini menjadi hamba yang beriman dan berguna dimasa akan datang..Amin.

AQ dan Hubby sayang mereka Ketat2..Selamanya.


*Ps/ Minta jasa baik untuk klik iklan yang ada ya..terima kasih!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Saturday, 5 July 2014

Geram..!! Sidebar Main Babacak.

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai

Apasal Sidebar ni pandai pindah2 tempat ye? Sekejap dia duk tempat asal dia kat sebelah kanan tu..tiba2 dia duk kat bawah post pula. Mula2 tu panik juga...mana pula perginya sidebar? dah merajukkah sebab AQ duk hias post saja sampai dia terabai..ermm..rasanya takde la terabai pun..duk elok comel saja..habis tu apasal main babacak pula dengan AQ. Sekejap duduk elok di kanan post tau2 bila petang ke malam dia dah landing dibawah post pula. Aduhai..first dia pindah tu..jantung asyik dug dag dug dag je..AQ ada saja letak XML or tersilap customize..refresh dua tiga kali baru la dia elok semula.

Apasal dengan ko sidebar? Jangan merajuk dengan AQ tau..AQ bukan reti sangat dengan XML..HTML..or Java Script bagai. Rambut dah makin luruh fikir pasal ko ni..tak sian kat AQ ke..isk..isk..isk! risau tau.

Ke dia nak cari port nak landing rest untuk malam??
Ada sapa2 yang tahu tak apasal jadi macam tu?
Tolong AQ jooo!!!

*Ps/ Klik iklan nuffnang kita ya..Thanks!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Salam Ramadan
Assalammualaikum
Hai


Hari ini kita kehilangan seorang Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia pada jam 1.26 pagi akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara. 

Perginya Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar terhadap dunia seni yang mana telah menyaksikan jatuh bangun yang bertitik tolak setelah Allahyarhamah memenangi Pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura.

Telah merakamkan 135 buah album dan berkerjasama dengan beberapa orang penyanyi terkenal seperti Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Broery Marantika. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah filem dan telah mengukir nama di Malaysian Book Of Record sebagai penyanyi paling lama bersama syarikat rakaman.

Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarhamah ditempatkan bersama dikalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.


*Ps/ Tolong KLIK iklan Belog Aqneey ya.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>