Wednesday, 25 June 2014

Superb Woman

Assalammualaikum..
Hi..

Napa...tak percayakah dengan tajuk tu? Bukan nak berbangga atau puji diri tapi itu hakikatnya. Wanita memang hebat. Dari segi kekuatan..wanita memang kalah tambah2 lelaki adalah ketua dalam banyak hal tapi dalam banyak hal yang lain...lelaki tidak mampu menandingi wanita walaupun ramai lelaki sekarang mempelopori bidang kerja wanita seperti memasak.. Tengok!! AQ tak 'kondem' lelaki tau..boleh puji lagi jooo!.

Kenapa AQ katakan yang wanita adalah 'Superb'..sebab kami mampu melakukan banyak kerja waima ia hanya dipandang remeh oleh lelaki. Hanya seorang lelaki yang baik saja yang tidak akan memandang apa yang dilakukan oleh perempuan itu suatu yang remeh dan mudah. Walaupun sebenarnya kebanyakan perkara remeh itu adalah tanggungjawab lelaki...cewah..bahasa AQ yang berbelit2.

Bukan nak puji diri sendiri tetapi kerana AQ melaluinya. Sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak, AQ melakukan semua kerja di rumah kerana disiang hari suami yang bekerja dan faham tentang itu semua..kena handle banyak perkara lain. Makanya..everything kat rumah kita kena buat. Takkan nak biar kain baju berlonggok even kadang2 memang berlonggok macam gunung tapi bukan baju tak cuci tau. Baju kotor akan dicuci setiap hari atau nak jimat cuci dua hari sekali..jimat sabun, air, elektrik dan duit..hihi. Janganlah pula cuci kain baju seminggu sekali...bukan nak berjimat namanya tu tapi nak patahkan pinggang even semua kerja mesin yang buat..habis yang dok menyidai tu bukang orang.. Napa..korang ada mesin yang boleh jemur kain ke? Kalau ada jual kat AQ satu..ringan juga sikit. Atau nak tunggu suami pulang..suruh dia cuci baju tu semua sebab itu tanggungjawab dia??..wah..wah..!! gila panggung kau ya. Dah suami pening kepala cari duit nak bagi makan beli keperluan semua...kerja kat rumah pun biar suami buat. Berbelas kasihanlah walau sedikit.

Perempuan boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa..contoh terbaik AQ la ya..hehe (jangan puji dan jangan juga kutuk tau)..ya la nak bagi contoh siapa...diri sendiri saja la buat masa ni. Setiap pagi akan buat kerja rumah selepas hantar anak2 pergi sekolah, sebelum tu dah masak sarapan, buat bekal dan sediakan apa yang patut untuk anak2. Dah hantar anak..kemas rumah..cuci baju..cuci pinggan..baby nangis pula..kena tidurkan dia sekejap. Ada pula yang call..sambut sambil tidurkan baby..whatsapp pula masuk tanya pasal barang..balas lagi. Nak tengok stok masih ada tau tidak, buka laptop pula..nak guna phone susah sikit sebab semua touch...payah nak kerja. Kalau guna laptop senang sikit...baby nangis lagi nak susu..buat keja sambil susukan baby dan bawa dia bercakap agar berlaku rangsangan supaya cepat bercakap. Mata jeling laptop sekejap2 dalam balas sepantas mungkin jika ada pesanan.

Seorang perempuan terutama yang telah berumahtangga pasti melalui semua itu. Malangnya ada lelaki yang mempertikaikan kerja seorang wanita..lebih2 lagi jika perempuan itu hanya surirumah sepenuh masa. Alahh..duduk rumah tak buat apa pun...kerja semua senang..takkan tak boleh buat. Senang??? Mai try jadi suri sepenuh masa untuk seminggu..boleh tahan tak?..sure la boleh tapi bolehkah dia lakukannya seperti si isteri?. boleh la juga tapi pasti ada komen2 dari anak2..hihi..Alhamdulillah..suami AQ boleh buat tapi kasihan pula tengok dia kerja tak henti2 sampai tak cukup tidur. AQ jadi mem besar time berpantang. Tak sampai hati so kadang2 tolong dia cuci baju..cuci saja..jemur? dia dan anak2 la yang buat..haha..dalam hati kata. Itulah yang sayang rasa setiap hari.

Jika ada lelaki yang tak percaya apa yang AQ tulis ni..boleh cuba try test. Ibu2..isteri2 boleh cuti rehat. Anak..makan pakai..beli itu ini..urus begitu begini..semua kena handle sendiri...jangan kacau isteri tu. Biar dia lepak manjakan diri..pergi spa ke..salon ke..nak pergi mana pun..biar kat dia. Encik2...sila buat kerja yang isteri anda buat selama ini..hanya untuk seminggu. Jika isteri bekerja... suami kena buat  juga seperti yang isteri lakukan..pergi kerja dan buat kerja2 rumah. Rasakan apa yang isteri tu rasa setiap hari. Dah penat kerja dari pagi hingga petang sambung lagi urus anak, masak dan berkemas di rumah. Esok pagi bangun awal sediakan apa yang patut. Apa yang encik2 rasa? boleh tahan untuk seminggu?? Isteri2 boleh cabar si suami..bagilah reward kalau korang berpuas hati. Tak boleh bagi barang ke apa..boleh bagi diri sendiri..shhhh.tang tu senyap sikit ya..haha!. but itu yang terbaik..kannn!

Dari itu..lelaki akan tahu betapa hebatnya seorang wanita sepertimana hebatnya dia membawa kandungan dan melahirkan. Jika seorang lelaki tahu kesusahan dan kesukaran seorang wanita, pasti dia akan lebih menghargai dan menyayangi wanita pelengkap dirinya itu.

Habis dah..


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment