Saturday, 28 June 2014

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum...
Hi...

Esok ramadhan akan menemani kita sehingga penghujungnya.
Pasti hari ini jalan2 utama sesak kerana ramai yang sibuk membeli belah untuk juadah bersahur esok. Sudah terbayang menu apa yang akan disediakan. Tidak lupa juga menu juadah untuk berbuka.

Bulan ini adalah bulan rezeki berlipat ganda. Bagi para peniaga..ramadhan adalah bulan dimana mereka boleh menggandakan pendapatan disamping menggandakan pahala.
Ramadhan juga menyaksikan ramai anak2 yatim merasai kemewahan walaupun hanya sedikit..makan di hotel dan menerima keperluan untuk menyambut aidilfitri nanti. Adakah yang memberi itu ikhlas atau tidak..biarkan Allah yang menentukan. Namun janganlah dianiaya mereka kerana mereka ada sumber pahala yang besar.

Dalam kegembiraan menyambut ramadhan..ingatlah untuk bersederhana dalam penyediaan juadah berbuka kerana membazir itu amalan syaitan..juga berbelanjalah secara berhemah dalam membuat persediaan aidilfitri nanti.




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment