Wednesday, 25 June 2014

Sayang Anak

Assalammualaikum..
Hi..

Minggu ni sudah beberapa kali berita berkaitan anak2 menjadi tajuk berita di kaca TV dan surat khabar. Sentap jantung AQ tau.. semakin risau dengan keselamatan anak2. Nak kemana2 pun sudah tidak selamat sekarang ni.

Kes anak hilang belum dijumpai lagi..kes anak dilarikan..anak meninggal dalam kereta..macam2 kes yang membuatkan AQ semakin seriau. Melihat anak2 menjadikan AQ semakin takut..sering memikirkan..bagaimana jika AQ yang berada di tempat ibu dan ayah itu. Ya Allah, tidak terbayangkan.
Meninggalkan mereka selama tiga hari  untuk menduduki exam sudah membuatkan AQ berlinang air mata..mendengar suara di corong telefon mengatakan yang mereka rindukan AQ buat AQ teresak..Aduhai, bagaimana jika AQ yang berada di tempat ibubapa itu?? Jangankan mengalaminya, baru memikirkan dan ketika menekan keyboard ini..air mata sudah bergenang. Dada rasa sesak menahan sebak..agaknya AQ terlalu emosi tapi..Ya Allah, lindungilah anak2 AQ.

Kes dua kanak2 yang dilarikan dalam kereta semalam buat aku tergamam. Si abang seumur dengan Kakak Kimi dan si adik seumur dengan Karl Ell. Bagaimana jika Kakak dan baby Karl yang berada dalam kereta tu dan kebetulan pula model kereta yang sama. Allah...betul2 sentap jiwa dibuatnya. Terus terang aku juga meninggalkan anak2 dalam kereta untuk membeli sesuatu namun sebelum pergi AQ akan pastikan pintu telah dikunci...ada pengawal keselamatan dan AQ akan maklumkan kepada pengawal keselamatan tolong tengokkan anak2..membeli dalam tempoh 10 minit atau 15 minit..sharp!! tak boleh lebih. Situasi ni hanya jika barang yang AQ nak beli tu sangat penting dan sedikit. Jika banyak AQ akan shopping dengan hubby sekali..tak kisah walaupun benda tu dah tak ada... Huh!!

Bagaimana agaknya jika sesuatu berlaku kepada anak2 AQ?? Allah...takut sangat2 nak fikir..tak terbayangkan. Yang AQ tahu, jika ia berlaku pada diri sendiri..ia bagaikan lebih separuh nyawa telah dicabut. Setiap masa, doa tidak pernah lekang dari hati agar mereka dilindungi walaupun kadang2 AQ akan marah mereka..suara naik tinggi..namun AQ pasti anak2 AQ yang comel faham. Kenapa AQ pasti?? sebab setiap kali AQ marah atau berleterkan mereka..AQ akan bawa mereka duduk sekali dengan AQ. Minta maaf dan terangkan kenapa AQ marahkan mereka. Pastinya mereka akan bersuara untuk menyatakan sesuatu tapi ia menunjuk bahawa anak2 pintar dan comel ini faham.

Oh, anak2..ibu ayah sangat2 sayangkan kamu hingga akhir nyawa.

Merekalah nyawa dan kekuatan

Sama2lah kita menjaga anak2 kita kerana mereka adalah anugerah yang sangat bernilai walaupun mereka hanya pinjaman sementara. Sayangilah mereka sehabis daya kerana mereka hanya ada seorang setiap satunya. Jika salah satu diambil semula..kita tidak akan mendapatkan satu yang sama seperti dia walaupun kita diberikan pengganti.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment