Monday, 23 June 2014

Sampainya Hati

Assalammualaikum..
Hi...



Tersentuh hati AQ tatkala melihat remaja ni..terus terlintas dibenak..kenapa sampai jadi begini? Sudah berapa lama dia tidak makan dan minum? Tiada ibu bapakah dia sehingga dibiar tinggal dalam keadaan yang cukup menjijikkan. Jika mempunyai ibu bapa..tiada perasaan kasih dan sayangkah mereka kepada anak istimewa ini..Allah..sentap jiwa AQ.

AQ juga seorang ibu, walaupun AQ memang garang dengan anak2 tapi tidak pernah sampai hati untuk membiarkan anak kelaparan dan comot..inikan pula hingga jadi begini. Bukan nak kata yang AQ adalah ibu yang baik tapi naluri keibuan itu tetap ada. 

Kesiannya anak ini..Syukur alhamdulillah dia dijumpai..kalau tidak? bagaimana nasibnya? berjayakah dia survive dengan apa yang ada di dalam bilik kecil tu.. Dimana hilangnya waras akal seorang ibu..Apakah benar kesempitan hidup yang menyebabkan si ibu membiarkan anak ini hingga kurus bak anak2 di Afrika? Tak boleh di terima akal langsung..sedang pengemis lagi tidak seteruk ini..

Hari ini dapat tahu lagi bahawa remaja istimewa ini hanya mampu menyebut 3 perkataan saja dan bermungkinan tidak makan selama beberapa bukan..beberapa bulan? Mungkin juga..dilihat dari keadaannya..makanan yang tidak sepatutnya,,AQ pasti itu. Sabar la wahai adik..kini pasti nasib mu akan terbela. Jika ibubapamu tidak mahukan dirimu lagi pasti ada yang sudi membela dan menjaga mu.

Pelbagai alasan yang diberikan untuk menghindari kata2 orang atas pengabaian remaja ini.

Ya Allah..moga apa yang berlaku ini menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada orang lain agar lebih menyayangi bukan dijadikan contoh untuk berbuat perkara yang sama. 

Dunia sungguh2 sudah terlalu tua.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

2 comments:

  1. Sedih bercampur marah bila dpt tahu berita ni...Semoga Allah melindungi adik Firdaus

    ReplyDelete
  2. Btol tu..tgk pic pun dah sebak.

    ReplyDelete