Sunday, 29 June 2014

Sahur Ramadan Pertama

Assalamualaikum...
Hi...

Hari pertama berpuasa, sure ramai yang over excited..seronok joo puasa datang dan kita dibenarkan untuk berpuasa lagi. Bulan mulia ini hanya datang sebulan dalam setahun namun berapa ramai yang tidak merasainya lagi kali ini...Al Fatihah..

AQ mungkin juga antara mereka yang excited nak puasa. Sehingga saat ini masih berjaga..buat kerja 4 in 1..tunggu masakan masak...tengok bola Brazil VS Chile...temankan anak2 yang tak mau tidur lagi dan ketik2 keyboard nak try jadik blogger..untung2 blog AQ ni boleh jadik femes macam blog Namee Roslan ..haha..berangin..uishh..mana tau suatu hari nanti..sapa tau kan.

Puasa kali ini puasa pertama bersama baby Karl Ell, walaupun dia tak puasa tapi risau susu badan tak cukup sebab dia terlalu kuat menyusu hingga AQ terpaksa makan selang 2 jam. Biskut ja la..semestinya Biskut Fevret AQ. Sangat risau...1st day..AQ nak puasa..nak tengok sama ada air susu cukup untuk baby Karl Ell dapat susu yang secukupnya.

Puasa kali ini juga pasti amat mencabar dengan cuaca panas, setiap hari habis 7 or 8 botol mineral besar tu..minum sekali satu familylah. Kalau AQ yang minum banyak tu..sah pundi kencing macam tong drum..hihi. Inshaa Allah puasa kali juga berjaya seperti sebelumnya. Aminn..

Semangat Main Morphun

Kakak Kimi dan Kakak Kiki main siap dengan jersi bola lagi..bukan nak pakai baju tidur..main tak ingat sekarang sudah pukul 2 pagi. Malas nak kacau..nanti kalau sudah tertidur sah2lah susah nak bangun.




Si baby Karl Ell dah nyenyak tidur, itu pun setelah puas dipujuk..at last kalah juga.tidur jam11.30 malam..Sian si ibu..banyak kerja nak kena buat lagi sebab baby tak nak baring..nak berdukung saja sebab semangat nak berdiri sampai lenguh tangan nak pegang dia. Cakap pasal baby Karl Ell ni..risau dengan dia sebab berat dah turun, badan dah kurus sikit..tanda2 nak meniarap tiada pula tapi semangat giler nak kuatkan kaki..asal bangun saja..sah nak berdiri sambil melompat2. Agaknya dia nak berjalan dah kot..hii..berangan la kan..Baby Karl baru 3m full.

Brazil vs Chile masuk masa tambahan sebab seri 1-1.. Hubby yang semangat tunggu siaran sudah lena belum sampai 20 minit perlawanan. Agaknya tengah mimpi jumpa Messi kot..penyokong tetap Argentina..dahulu dan dimasa depan. Sudahnya tv yang tengok dia.

Wokey..jap lagi nak sahur dah.. Selamat Bersahur kepada semua...!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment