Sunday, 29 June 2014

Resepi Kek Cheese Biskut

Assalammualaikum..
Hi...


Para penggemar cheese macam AQ..AQ nak share satu resepi sangat2 mudah macamana nak buat Kek Cheese Biskut. Tak perlu nak bakar bagai...just letak dalam peti sejuk. Sebenarnya ini resepi yang AQ dapat dari FB..lupa pula page apa tapi AQ suka so siapa2 yang suka..boleh try.

1st...jom cari bahan2 yang diperlukan..sebenarnya petang tadi dah cari pun..just nak buat gempak konon..

Bahan-bahan:-
- Cream Cheese
- Susu Pekat
- Biskut Cracker
 Susu Segar
- Nestum
- Milo
* Chocolate Rice dan yang Colourful hanya hiasan tambahan.

Dah ada bahan2nya..jom kita mula buat... Pukul Cream Cheese hinggga sebati kemudian campurkan setengah tin susu pekat. Pukul lagi biar betul2 sebati dan Cheese tak berketul. Susu tu kalau nak taruh satu tin pun boleh tapi sure la manis kaw kaw. Siapa2 yang suka manis2 tu boleh letak je setin.

Dah siap pukul.
AQ guna mixer..cepat sikit.

Dah siap pukul..letak tepi jap then bolehlah celup biskut dalam susu segar. Celup jangan sampai lembik tau, nanti susah nak letak.

Rendam biskut dalam susu segar

Susun biskut kemudian sapu dengan Cream Cheese
Letak biskut yang telah dicelup dalam loyang. Susun ikut suka korang la ya. Kemudian layerkan dengan Cream Cheese. Calit nipis pun boleh. kalau letak banyak ok jg tapi kalau guna Cream Cheese satu bantal..dapat buat sikit saja la. Dah calit dengan Cream...tabur dengan Milo..nak letak nestum dulu pun boleh. Ikut suka korang ya.. Kemudian letak biskut lagi dan letak Cream Cheese atasnya..buat berulang2 sampai habis. AQ cuma dapat buat 4 layer saja sebab guna satu bantal Cream Cheese saja.

Bila dah siap layer..simpan dalam peti sejuk dan sejukkan selama sejam atau lebih..Siap!!!

MAAF SEBAB TIADA GAMBAR YANG DAH SIAP..Habis ngap baru ingat Kek tak Snap lagi..huhuhu

Selamat Mencuba.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment