Wednesday, 18 June 2014

PUTERI2ku

Assalammualaikum...

Hari ni nak buang boring banyak2...hubby pun kursus 2 minggu..tambahlah boring..huhu.
Wokey...ILLA FARDILAH..sapa pula la punya nama ni??..hihi..sebenarnya dialah PUTERI SULUNG saya. Semasa ngandungkan dia..banyak dugaan yang terpaksa ibunya tempuhi. Sy ngandungkan dia ketika berumur 19y. Ooomakaiii..mudooonyaa..hihi. Memang muda sebab sy kawen umur 19y juga..umur 20y..a cute baby girl lahir on 16 Mac 2005, dengan berat 3kg selamat dilahirkan..berat walaupun kecil saja tapi pastinya dia comel. Berbaloi yooo tanggung sakit selama 3 jam.

Dia membesar sangat pantas, sekarang sudah pun darjah 3..lagi 3 tahun sudah mula bersekolah di sekolah menengah. Aduhaii...cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi dia akan menjadi dewasa. Anak ibu jangan lah jadi dewasa cepat sangat....uwarrrgghh.. Tapi mau buat mcmana..ibu perlu redha kerana anak ibu pasti akan mempunyai kehidupan sendiri nanti.


Kakak Kimi @ Kak Long @ Kakak
Illa Fardilah




Kakak Kiki @ Kakak Ngah
Irleesya Erza


Sapa pula budak dalam pic last tu??? Irleesya Erza adalah PUTERI KEDUA saya. Budak pintar yang becok. Tukang buat lawak dan kakaknya tukang gelak. Budak kecil ni dilahirkan pada 15 Desember 2007..2 tahun 3 bulan beza dari kakak. Melahirkan Kiki sangat mudah kerana pintu rahim sudah terbuka 7cm semasa pergi hospital..Sandinya saya terpaksa tanggung sakit kontraksi membuka pintu rahim selama 24 jam sebelum ke hospital. 1st contraction, saya tak pegi hospital terus sebab cuma ada sedikit lendir pekat so saya tunggu sehingg boleh rasa kepala dia da keluar..lagipun ketuban belum pecah lagi so saya tak risau sebarang jangkitan kuman. 

Kiki dilahirkan pada pukul 10.20 malam dengan berat 3.02kg. Berat 0.02kg je dari kakaknya. Menjaga Kiki sangat mudah berbanding kakaknya. Memang relaks gila..tidak meragam langsung. jadual teratur saja samapai sekarang. Pampers sangat jimat..2 keping sehari, maknanya 1 siang dan 1 malam. 

Susu...dorang adik beradik memang jimat sebab full breast Feeding sampai umur 3 tahun then baru campur dengan susu tepung sebab saya pun tak bekerja..hanya surirumah. Bukan tak dapat kerja..bukan juga tak nak bekerja tapi bila pandang muka anak2 saya..tak sampai hati pula mau tinggalkan dorang. Lagi pun saya tidak mahu melepaskan peluang yang hanya saya dapat sekali seumur hidup. Saya tidak mahu pengasuh yang mendapat moment2 indah itu. So..saya ambil keputusan untuk jaga mereka sendiri walaupun pendapatan hubby kecil saja....cukup ja. Sakit pening biar saya yang jaga. 

Saya respect pada ibu2 yang mampu tinggalkan anak2 untuk bekerja berbanding dengan saya yang tidak cukup kuat untuk meninggalkan mereka kepada pengasuh. Tambah2 pula banyak sangat kes anak2 kecil yang meninggal dunia dalam jagaan pengasuh..walaupun ia hanya sebagai penyebab terhadap ketentuan.
Bukan tak percaya pengasuh kerana mereka juga mempunyai anak tetapi kalau dalam jumlah yang ramai..kelam-kabut juga tu..mana nak tengok yang tu..tengok pula yang ni..kalutttt...

So..akhirnya saya buat keputusan untuk jaga mereka sendiri kerana rezeki ada dimana2. Apabila anak2 dah besar..baru la saya akan usahakan sesuatu diluar pula. Membuat sesuatu tidak pernah terlewat.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment