Monday, 30 June 2014

Anak Tak Pelat Versi AQneey


Assalammualaikum...
Hi..
Salam Ramadan..

Anak pelat??... pasti ramai ibubapa yang risau bila anak pelat. Selalunya huruf R tu yang failed tak dapat nak sebut kan..? Seluar jadinya selual.. Apabila usia anak2 semakin meningkat pelat itu akan hilang dan ada yang mengambil masa yang lama untuk anak2 menyebut sebutan yang betul.

AQ bukan pakar..bukan juga orang yang berkecimpung dalam hal2 ni tapi ini berdasarkan pengalaman bila ada ibu yang bertanya..anak you pelat tak masa kecil. AQ kata..no. Yup..anak I tak pelat sejak mula bercakap. Bukan bangga diri atau riak tapi memang itu kenyataannya..memang anak2 AQ tak pelat tapi ada juga harunya..Korang tahu pasal apa? Anak2 gadis kecil AQ ni mandai saja tukar sebutan tu jadi had lain..Haru jadinya. Orang dengar sure tanya..apa benda yang anak2 cakap tu?.kekeke.. Jangankan orang lain, AQ sebagai ibu pun pelik dan lucu bila dengar. Sekarang dah tak pelik dah sebab dah bertahun sebut perkataan2 tu.

Pernah tak korang terfikirkan sebutan2 ni...?

- Papas ..... Pampers.
- Papel...... Puting.
- Bariti ..... Bateri.

Hihihi...uncle aunty acik acok dorang semua pakat gelak bila dengar sebutan tu..(Ini kejadian 9 tahun lalu lah ya). Mana tak gelak..nama sikit punya peliklah. Anak2 boleh sebut dengan betul sebenarnya tapi entah kenapa dorang suka sebut nama2 tu. Sebutan2 ni kakak Kimi yang mandai cipta tapi dah melekat sampai Kakak Kiki..tak tau pula dengan Karl Ell..kot jadi lain pula..hehe.

Kakak Kimi dan Kakak Kiki bercakap ketika berumur setahun seretak dengan berjalan. Alhamdulillah...mereka bercakap tak pelat langsung kecuali mandai mengubah sebutan jadi benda lain.

Sejak bayi AQ berbual dengan baby dengan sebutan yang betul walaupun bahasa pertuturan harian lebih kepada bahasa brunei yang dicampur adukkan dengan bahasa bisaya dan melayu. Memang rojak dah lah tapi apabila bercakap dengan anak2 AQ dan hubby akan pastikan sebutan baku disebut dengan betul.

Ajak anak2 bercakap walaupun mereka belum lagi boleh bercakap tapi AQ rasa mereka faham apa yang katakan. Berceritalah apa saja sambil memandang wajah mereka. Ketika itu korang akan jatuh kasih dan sayang yang berlipat ganda serta betapa bertuahnya kita dianugerahkan anak...tak caya? siapa yang ada baby tu..cuba try test. Baby akan memberi respon dengan bahasa baby mereka. Akan terfikir betapa pintarnya baby menjawab setiap pertanyaan kita walaupun masih belum tahu membalas apa yang kita katakan.

AQ praktikkan cara ni sehingga mereka boleh menyebut perkataan pertama mereka. Jangan berhenti setakat disitu..teruskan rutin korang dan dalam pada masa yang sama pastikan sebutan korang betul. Abaikan perkataan dalam post ni yang entah apa2 ya..haha.

Pasti ramai yang perasan..orang Sabah apabila bercakap, sebutan 'e' nya tiada..kan!..semuanya 'a'. Keluar jadi kaluar.. Seluar jadi saluar tapi maksudnya tetap sama.
Diawal proses percakapan anak2, mereka akan bertanya..kaluar itu apa? saluar itu apa?..dan AQ akan terangkan kenapa sebutan orang lain begitu dan kenapa mereka tidak. Setelah faham mereka boleh berkomunikasi seperti biasa tanpa mengubah sebutan dalam pertuturan mereka.

Dengan sebutan yang betul, mereka akan lebih mudah memahami dan mengetahui sebarang perbezaan dalam setiap sebutan. Penggunaan 'e' taling dan 'e' pepet sering mengelirukan mereka namun dengan sebutan dan sedikit penerangan mereka lebih memahami betapa pentingnya sebutan yang betul dalam komunikasi.

Rutin perbualan sejak bayi bukan saja dapat mengurangkan atau mengelakkan pelat tetapi ia juga merangsang minda anak2 untuk rajin bertanya dan mengetahui sesuatu yang baru..dan kita sebagai ibubapa harus bersedia kerana penat nak layan anak2 yang terlalu suka bertanya. Rasa ingin tahu mereka kadang2 menyebabkan AQ terdiam seketika untuk berfikir bagaimana nak jawab pertanyaan itu. Kena banyak bersabarlah ya. Tahu sajalah..apabila rasa ingin tahu mereka menebal...ada juga soalan tidak masuk akal yang kita dengar..layankan saja tapi jangan pula jawab dengan jawapan yang merapu nanti anak2 pun kuat merapu. Sendiri juga yang pening..kekeke.

Dari situ kita akan dapat melihat sedikit personaliti mereka dan personaliti itu akan berkembang seiring dengan usia.

Jom kongsi pengalaman korang pula..Sharing is Caring...!

Bai..


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment