Tuesday, 24 June 2014

Ambuyat dan Kelupis

Assalamualaikum..
Hi...

Hari ni AQ terbaca satu artikel berkenaan ambuyat dan kelupis dalam Sinar Harian. Bila baca komen2 orang AQ tergelak..hihi lucu dooo.  Memang ada sedikit kesilapan sebenarnya dalam artikel tersebut tapi its ok sebab penulis berusaha untuk mengetengahkan makanan tradisional etnik Kepulauan Borneo. Sebenarnya sagu atau ambuyat (Telah dimasak) merupakan salah satu makanan ruji masyarakat di sini disamping nasi. 

Ambuyat sedap dimakan bersama lauk-pauk masakan kampung yang mana ianya mengikut etnik itu sendiri. Bagi AQ yang berbangsa bisaya..kami lebih suka makan ambuyat bersama kuah masakan kampung. Kepada keluarga AQ dan keluarga mertua..kami lebih suka berkuahkan ikan masak kunyit atau pun orang Peninsular panggil..ikan masak singgang..betul ke? Kalau salah betulkan AQ ya. Ikan masak kunyit hanya direbus bersama kunyit, perahan limau nipis/kasturi, bawang putih dan garam. Sayur-sayuran pula lebih kepada ulam-ulaman..memang sedap..tambah2 kalau ada sayur jantung pisang atau batang pisang..Sedap joo!!

Kelupis pula selalunya dibuat jika ada majlis terutama majlis perkahwinan...Sampai berpuluh kilo..untuk dimakan sebaik saja tetamu datang dan sebagai buah tangan sebab bukan selalu dapat makan kelupis. Bukan sebab malas tapi nak cari daun pembungkusnya yang susah sikit. Bahannya memang sama macam lemang dan ketupat..beras dan santan. Kelupis sedap dimakan dengan kuah kacang..kari atau rendang..Sedap hinggga menjilat jari..bagi yang makan tak pakai sudu garpu bagai la..hehoo.

Takde gambar AQ sertakan sebab time tulis artikel ni mana la nak jumpa benda tu semua. Nak masak ambuyat..terus-terang la kata tak reti sangat. Nak masak ambuyat kena betul caranya, kalau tidak makan sagu la korang...hihi. Kelupis pula..hahah..tunggu pulang kampung baru jumpa. Nak buat memang malas tahap gaban.

Inshaa Allah nanti AQ upload pic ambuyat dan kelupis..wokey!!

selamat malam..nak lipat pakaian bebudak yang menggunung..dua bakul..heheh.
Baiii...



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment