Monday, 30 June 2014

MISSION: Ramadhan Blog Tour by Kaktus Oren

Assalammualaikum...
Hi...
Salam Ramadan..


MISSION: Ramadhan Blog Tour by Kaktus Oren
Jangka Hayat Misi : 30 Jun 2014 till 25 Julai 2014


Nak Tahu lebih lanjut or nak Join
Klik saja Si Bunga ya


Bubye...!!




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Anak Tak Pelat Versi AQneey


Assalammualaikum...
Hi..
Salam Ramadan..

Anak pelat??... pasti ramai ibubapa yang risau bila anak pelat. Selalunya huruf R tu yang failed tak dapat nak sebut kan..? Seluar jadinya selual.. Apabila usia anak2 semakin meningkat pelat itu akan hilang dan ada yang mengambil masa yang lama untuk anak2 menyebut sebutan yang betul.

AQ bukan pakar..bukan juga orang yang berkecimpung dalam hal2 ni tapi ini berdasarkan pengalaman bila ada ibu yang bertanya..anak you pelat tak masa kecil. AQ kata..no. Yup..anak I tak pelat sejak mula bercakap. Bukan bangga diri atau riak tapi memang itu kenyataannya..memang anak2 AQ tak pelat tapi ada juga harunya..Korang tahu pasal apa? Anak2 gadis kecil AQ ni mandai saja tukar sebutan tu jadi had lain..Haru jadinya. Orang dengar sure tanya..apa benda yang anak2 cakap tu?.kekeke.. Jangankan orang lain, AQ sebagai ibu pun pelik dan lucu bila dengar. Sekarang dah tak pelik dah sebab dah bertahun sebut perkataan2 tu.

Pernah tak korang terfikirkan sebutan2 ni...?

- Papas ..... Pampers.
- Papel...... Puting.
- Bariti ..... Bateri.

Hihihi...uncle aunty acik acok dorang semua pakat gelak bila dengar sebutan tu..(Ini kejadian 9 tahun lalu lah ya). Mana tak gelak..nama sikit punya peliklah. Anak2 boleh sebut dengan betul sebenarnya tapi entah kenapa dorang suka sebut nama2 tu. Sebutan2 ni kakak Kimi yang mandai cipta tapi dah melekat sampai Kakak Kiki..tak tau pula dengan Karl Ell..kot jadi lain pula..hehe.

Kakak Kimi dan Kakak Kiki bercakap ketika berumur setahun seretak dengan berjalan. Alhamdulillah...mereka bercakap tak pelat langsung kecuali mandai mengubah sebutan jadi benda lain.

Sejak bayi AQ berbual dengan baby dengan sebutan yang betul walaupun bahasa pertuturan harian lebih kepada bahasa brunei yang dicampur adukkan dengan bahasa bisaya dan melayu. Memang rojak dah lah tapi apabila bercakap dengan anak2 AQ dan hubby akan pastikan sebutan baku disebut dengan betul.

Ajak anak2 bercakap walaupun mereka belum lagi boleh bercakap tapi AQ rasa mereka faham apa yang katakan. Berceritalah apa saja sambil memandang wajah mereka. Ketika itu korang akan jatuh kasih dan sayang yang berlipat ganda serta betapa bertuahnya kita dianugerahkan anak...tak caya? siapa yang ada baby tu..cuba try test. Baby akan memberi respon dengan bahasa baby mereka. Akan terfikir betapa pintarnya baby menjawab setiap pertanyaan kita walaupun masih belum tahu membalas apa yang kita katakan.

AQ praktikkan cara ni sehingga mereka boleh menyebut perkataan pertama mereka. Jangan berhenti setakat disitu..teruskan rutin korang dan dalam pada masa yang sama pastikan sebutan korang betul. Abaikan perkataan dalam post ni yang entah apa2 ya..haha.

Pasti ramai yang perasan..orang Sabah apabila bercakap, sebutan 'e' nya tiada..kan!..semuanya 'a'. Keluar jadi kaluar.. Seluar jadi saluar tapi maksudnya tetap sama.
Diawal proses percakapan anak2, mereka akan bertanya..kaluar itu apa? saluar itu apa?..dan AQ akan terangkan kenapa sebutan orang lain begitu dan kenapa mereka tidak. Setelah faham mereka boleh berkomunikasi seperti biasa tanpa mengubah sebutan dalam pertuturan mereka.

Dengan sebutan yang betul, mereka akan lebih mudah memahami dan mengetahui sebarang perbezaan dalam setiap sebutan. Penggunaan 'e' taling dan 'e' pepet sering mengelirukan mereka namun dengan sebutan dan sedikit penerangan mereka lebih memahami betapa pentingnya sebutan yang betul dalam komunikasi.

Rutin perbualan sejak bayi bukan saja dapat mengurangkan atau mengelakkan pelat tetapi ia juga merangsang minda anak2 untuk rajin bertanya dan mengetahui sesuatu yang baru..dan kita sebagai ibubapa harus bersedia kerana penat nak layan anak2 yang terlalu suka bertanya. Rasa ingin tahu mereka kadang2 menyebabkan AQ terdiam seketika untuk berfikir bagaimana nak jawab pertanyaan itu. Kena banyak bersabarlah ya. Tahu sajalah..apabila rasa ingin tahu mereka menebal...ada juga soalan tidak masuk akal yang kita dengar..layankan saja tapi jangan pula jawab dengan jawapan yang merapu nanti anak2 pun kuat merapu. Sendiri juga yang pening..kekeke.

Dari situ kita akan dapat melihat sedikit personaliti mereka dan personaliti itu akan berkembang seiring dengan usia.

Jom kongsi pengalaman korang pula..Sharing is Caring...!

Bai..


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 29 June 2014

Give Away Contest by Izzlegacy Boutique

Assalammualaikum..
Hi...

Izzlegacy nak bagi Kebaya Free Weiii...!!
Jom join ramai2.
Klik Banner Untuk Join


Bestnya kalau menang Kebaya Nyonya 
Bukan takat pakai time raya saja
tapi
AQ suka pakai kebaya dengan Jeans jooo!!

Korang Tak nak ke??

Jomlah Join..!!

SIKIT INFO TENTANG BUTIK IZZLEGACY..
Butik Izzlegacy terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ia merupakan sebuah vendor butik dengan produk utamanya adalah baju kebaya nyonya dan lain-lain jenis kebaya. Anda boleh mendapatkan kebaya nyonya yang cantik-cantik dengan design, motif dan warna yang menarik kerana Izzlegacy mempunyai lebih kurang 600 design baju kebaya nyonya diatas brand Izzkebaya. Ramai yang telah memebeli kebaya nyonya Izzlegacy (Izzkebaya) dan sangat berpuas hati dengan sulaman kebaya yang halus dan jahitan yang kemas. Pelbagai jenis kelengkapan kebaya ada dijual di butik Izzlegacy  seperti kain pareo, kain batik kembang payung, kain batik selisih, kain songket dan pelbagai jenis kerongsang kebaya. Selain dari baju kebaya nyonya, anda bole mendapatkan pelbagaikan jenis produk lain seperti jubah muslimah kebaya, baju kurung moden, baju kurung cotton, can dress, flat shoe, blouse, tudung bawal aeka shawls, baju kurung kanak-kanak, aneka jenis biskut dan banyak lagi produk dibawah satu bumbung. Untuk melihat produk-produk Izzlegacy Boutique. Korang boleh layari laman web rasmi Izzlegacy Boutique dengan klik pada link berikut :-

Wah...! nampaknya raya ni bergaya sakanlah dengan Baju Koleksi Izzlegacy. Mesti cun dan gempak..hew..hew!. Kalau menang hadiah GA Izzlegacy..lagi gempakkk!!..Orang tanya dapat kat mana..sure jawab kat Izzlegacy Boutique..kan..kan..kan..

Hadiah apa ah?
Hahh..kalau nak tahu apa hadiahnya..korang kena Klik si bunga ya..hehe




Bergaya Gempak Di pagi Lebaran,


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Resepi Kek Cheese Biskut

Assalammualaikum..
Hi...


Para penggemar cheese macam AQ..AQ nak share satu resepi sangat2 mudah macamana nak buat Kek Cheese Biskut. Tak perlu nak bakar bagai...just letak dalam peti sejuk. Sebenarnya ini resepi yang AQ dapat dari FB..lupa pula page apa tapi AQ suka so siapa2 yang suka..boleh try.

1st...jom cari bahan2 yang diperlukan..sebenarnya petang tadi dah cari pun..just nak buat gempak konon..

Bahan-bahan:-
- Cream Cheese
- Susu Pekat
- Biskut Cracker
 Susu Segar
- Nestum
- Milo
* Chocolate Rice dan yang Colourful hanya hiasan tambahan.

Dah ada bahan2nya..jom kita mula buat... Pukul Cream Cheese hinggga sebati kemudian campurkan setengah tin susu pekat. Pukul lagi biar betul2 sebati dan Cheese tak berketul. Susu tu kalau nak taruh satu tin pun boleh tapi sure la manis kaw kaw. Siapa2 yang suka manis2 tu boleh letak je setin.

Dah siap pukul.
AQ guna mixer..cepat sikit.

Dah siap pukul..letak tepi jap then bolehlah celup biskut dalam susu segar. Celup jangan sampai lembik tau, nanti susah nak letak.

Rendam biskut dalam susu segar

Susun biskut kemudian sapu dengan Cream Cheese
Letak biskut yang telah dicelup dalam loyang. Susun ikut suka korang la ya. Kemudian layerkan dengan Cream Cheese. Calit nipis pun boleh. kalau letak banyak ok jg tapi kalau guna Cream Cheese satu bantal..dapat buat sikit saja la. Dah calit dengan Cream...tabur dengan Milo..nak letak nestum dulu pun boleh. Ikut suka korang ya.. Kemudian letak biskut lagi dan letak Cream Cheese atasnya..buat berulang2 sampai habis. AQ cuma dapat buat 4 layer saja sebab guna satu bantal Cream Cheese saja.

Bila dah siap layer..simpan dalam peti sejuk dan sejukkan selama sejam atau lebih..Siap!!!

MAAF SEBAB TIADA GAMBAR YANG DAH SIAP..Habis ngap baru ingat Kek tak Snap lagi..huhuhu

Selamat Mencuba.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sahur Ramadan Pertama

Assalamualaikum...
Hi...

Hari pertama berpuasa, sure ramai yang over excited..seronok joo puasa datang dan kita dibenarkan untuk berpuasa lagi. Bulan mulia ini hanya datang sebulan dalam setahun namun berapa ramai yang tidak merasainya lagi kali ini...Al Fatihah..

AQ mungkin juga antara mereka yang excited nak puasa. Sehingga saat ini masih berjaga..buat kerja 4 in 1..tunggu masakan masak...tengok bola Brazil VS Chile...temankan anak2 yang tak mau tidur lagi dan ketik2 keyboard nak try jadik blogger..untung2 blog AQ ni boleh jadik femes macam blog Namee Roslan ..haha..berangin..uishh..mana tau suatu hari nanti..sapa tau kan.

Puasa kali ini puasa pertama bersama baby Karl Ell, walaupun dia tak puasa tapi risau susu badan tak cukup sebab dia terlalu kuat menyusu hingga AQ terpaksa makan selang 2 jam. Biskut ja la..semestinya Biskut Fevret AQ. Sangat risau...1st day..AQ nak puasa..nak tengok sama ada air susu cukup untuk baby Karl Ell dapat susu yang secukupnya.

Puasa kali ini juga pasti amat mencabar dengan cuaca panas, setiap hari habis 7 or 8 botol mineral besar tu..minum sekali satu familylah. Kalau AQ yang minum banyak tu..sah pundi kencing macam tong drum..hihi. Inshaa Allah puasa kali juga berjaya seperti sebelumnya. Aminn..

Semangat Main Morphun

Kakak Kimi dan Kakak Kiki main siap dengan jersi bola lagi..bukan nak pakai baju tidur..main tak ingat sekarang sudah pukul 2 pagi. Malas nak kacau..nanti kalau sudah tertidur sah2lah susah nak bangun.




Si baby Karl Ell dah nyenyak tidur, itu pun setelah puas dipujuk..at last kalah juga.tidur jam11.30 malam..Sian si ibu..banyak kerja nak kena buat lagi sebab baby tak nak baring..nak berdukung saja sebab semangat nak berdiri sampai lenguh tangan nak pegang dia. Cakap pasal baby Karl Ell ni..risau dengan dia sebab berat dah turun, badan dah kurus sikit..tanda2 nak meniarap tiada pula tapi semangat giler nak kuatkan kaki..asal bangun saja..sah nak berdiri sambil melompat2. Agaknya dia nak berjalan dah kot..hii..berangan la kan..Baby Karl baru 3m full.

Brazil vs Chile masuk masa tambahan sebab seri 1-1.. Hubby yang semangat tunggu siaran sudah lena belum sampai 20 minit perlawanan. Agaknya tengah mimpi jumpa Messi kot..penyokong tetap Argentina..dahulu dan dimasa depan. Sudahnya tv yang tengok dia.

Wokey..jap lagi nak sahur dah.. Selamat Bersahur kepada semua...!


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Saturday, 28 June 2014

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum...
Hi...

Esok ramadhan akan menemani kita sehingga penghujungnya.
Pasti hari ini jalan2 utama sesak kerana ramai yang sibuk membeli belah untuk juadah bersahur esok. Sudah terbayang menu apa yang akan disediakan. Tidak lupa juga menu juadah untuk berbuka.

Bulan ini adalah bulan rezeki berlipat ganda. Bagi para peniaga..ramadhan adalah bulan dimana mereka boleh menggandakan pendapatan disamping menggandakan pahala.
Ramadhan juga menyaksikan ramai anak2 yatim merasai kemewahan walaupun hanya sedikit..makan di hotel dan menerima keperluan untuk menyambut aidilfitri nanti. Adakah yang memberi itu ikhlas atau tidak..biarkan Allah yang menentukan. Namun janganlah dianiaya mereka kerana mereka ada sumber pahala yang besar.

Dalam kegembiraan menyambut ramadhan..ingatlah untuk bersederhana dalam penyediaan juadah berbuka kerana membazir itu amalan syaitan..juga berbelanjalah secara berhemah dalam membuat persediaan aidilfitri nanti.




Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Jadual Berbuka Puasa 2014 Negeri Sabah

Assalammualaikum..
Hi..

Alhamdulillah..tanggal 29 Jun 2014, Ramadhan akhirnya kembali kepada kita..masih terlalu jauh walaupun hanya beberapa jam lagi. Adakah kita masih diberikan kesempatan??...Insha Allah.
Bagi muslimin muslimat yang tinggal di Pedalaman Bawah (Tenom, Long Pasia, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Membakut), ini jadual kita ya..XOXO.

Zon Pedalaman Bawah

Zon lain, esok AQ update ya..ngantuk sangat dah ni,

Bai..



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 26 June 2014

Blog List Tak Jadi

Assalammualaikum...
Hi..

Pening AQ nak buat Page Bloglist..buat betul dah tapi tak masuk box pula..uissss...geram tahap gaban jooo!!
Arahan semua dan ikut tetap tak dapat..masalah dengan letaknya saja. Edit HTML lama dan baru bezakah?
Memang ada nampak sedikit perbezaannya dan mungkin itu yang menyebabkan apa yang AQ buat tak menjadi sangat.

Sapa yang tahu buat tu..boleh tak ajar AQ..??
Nanti nak try lagi..
Okey..Selamat Malam.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 25 June 2014

Sayang Anak

Assalammualaikum..
Hi..

Minggu ni sudah beberapa kali berita berkaitan anak2 menjadi tajuk berita di kaca TV dan surat khabar. Sentap jantung AQ tau.. semakin risau dengan keselamatan anak2. Nak kemana2 pun sudah tidak selamat sekarang ni.

Kes anak hilang belum dijumpai lagi..kes anak dilarikan..anak meninggal dalam kereta..macam2 kes yang membuatkan AQ semakin seriau. Melihat anak2 menjadikan AQ semakin takut..sering memikirkan..bagaimana jika AQ yang berada di tempat ibu dan ayah itu. Ya Allah, tidak terbayangkan.
Meninggalkan mereka selama tiga hari  untuk menduduki exam sudah membuatkan AQ berlinang air mata..mendengar suara di corong telefon mengatakan yang mereka rindukan AQ buat AQ teresak..Aduhai, bagaimana jika AQ yang berada di tempat ibubapa itu?? Jangankan mengalaminya, baru memikirkan dan ketika menekan keyboard ini..air mata sudah bergenang. Dada rasa sesak menahan sebak..agaknya AQ terlalu emosi tapi..Ya Allah, lindungilah anak2 AQ.

Kes dua kanak2 yang dilarikan dalam kereta semalam buat aku tergamam. Si abang seumur dengan Kakak Kimi dan si adik seumur dengan Karl Ell. Bagaimana jika Kakak dan baby Karl yang berada dalam kereta tu dan kebetulan pula model kereta yang sama. Allah...betul2 sentap jiwa dibuatnya. Terus terang aku juga meninggalkan anak2 dalam kereta untuk membeli sesuatu namun sebelum pergi AQ akan pastikan pintu telah dikunci...ada pengawal keselamatan dan AQ akan maklumkan kepada pengawal keselamatan tolong tengokkan anak2..membeli dalam tempoh 10 minit atau 15 minit..sharp!! tak boleh lebih. Situasi ni hanya jika barang yang AQ nak beli tu sangat penting dan sedikit. Jika banyak AQ akan shopping dengan hubby sekali..tak kisah walaupun benda tu dah tak ada... Huh!!

Bagaimana agaknya jika sesuatu berlaku kepada anak2 AQ?? Allah...takut sangat2 nak fikir..tak terbayangkan. Yang AQ tahu, jika ia berlaku pada diri sendiri..ia bagaikan lebih separuh nyawa telah dicabut. Setiap masa, doa tidak pernah lekang dari hati agar mereka dilindungi walaupun kadang2 AQ akan marah mereka..suara naik tinggi..namun AQ pasti anak2 AQ yang comel faham. Kenapa AQ pasti?? sebab setiap kali AQ marah atau berleterkan mereka..AQ akan bawa mereka duduk sekali dengan AQ. Minta maaf dan terangkan kenapa AQ marahkan mereka. Pastinya mereka akan bersuara untuk menyatakan sesuatu tapi ia menunjuk bahawa anak2 pintar dan comel ini faham.

Oh, anak2..ibu ayah sangat2 sayangkan kamu hingga akhir nyawa.

Merekalah nyawa dan kekuatan

Sama2lah kita menjaga anak2 kita kerana mereka adalah anugerah yang sangat bernilai walaupun mereka hanya pinjaman sementara. Sayangilah mereka sehabis daya kerana mereka hanya ada seorang setiap satunya. Jika salah satu diambil semula..kita tidak akan mendapatkan satu yang sama seperti dia walaupun kita diberikan pengganti.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Superb Woman

Assalammualaikum..
Hi..

Napa...tak percayakah dengan tajuk tu? Bukan nak berbangga atau puji diri tapi itu hakikatnya. Wanita memang hebat. Dari segi kekuatan..wanita memang kalah tambah2 lelaki adalah ketua dalam banyak hal tapi dalam banyak hal yang lain...lelaki tidak mampu menandingi wanita walaupun ramai lelaki sekarang mempelopori bidang kerja wanita seperti memasak.. Tengok!! AQ tak 'kondem' lelaki tau..boleh puji lagi jooo!.

Kenapa AQ katakan yang wanita adalah 'Superb'..sebab kami mampu melakukan banyak kerja waima ia hanya dipandang remeh oleh lelaki. Hanya seorang lelaki yang baik saja yang tidak akan memandang apa yang dilakukan oleh perempuan itu suatu yang remeh dan mudah. Walaupun sebenarnya kebanyakan perkara remeh itu adalah tanggungjawab lelaki...cewah..bahasa AQ yang berbelit2.

Bukan nak puji diri sendiri tetapi kerana AQ melaluinya. Sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak, AQ melakukan semua kerja di rumah kerana disiang hari suami yang bekerja dan faham tentang itu semua..kena handle banyak perkara lain. Makanya..everything kat rumah kita kena buat. Takkan nak biar kain baju berlonggok even kadang2 memang berlonggok macam gunung tapi bukan baju tak cuci tau. Baju kotor akan dicuci setiap hari atau nak jimat cuci dua hari sekali..jimat sabun, air, elektrik dan duit..hihi. Janganlah pula cuci kain baju seminggu sekali...bukan nak berjimat namanya tu tapi nak patahkan pinggang even semua kerja mesin yang buat..habis yang dok menyidai tu bukang orang.. Napa..korang ada mesin yang boleh jemur kain ke? Kalau ada jual kat AQ satu..ringan juga sikit. Atau nak tunggu suami pulang..suruh dia cuci baju tu semua sebab itu tanggungjawab dia??..wah..wah..!! gila panggung kau ya. Dah suami pening kepala cari duit nak bagi makan beli keperluan semua...kerja kat rumah pun biar suami buat. Berbelas kasihanlah walau sedikit.

Perempuan boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa..contoh terbaik AQ la ya..hehe (jangan puji dan jangan juga kutuk tau)..ya la nak bagi contoh siapa...diri sendiri saja la buat masa ni. Setiap pagi akan buat kerja rumah selepas hantar anak2 pergi sekolah, sebelum tu dah masak sarapan, buat bekal dan sediakan apa yang patut untuk anak2. Dah hantar anak..kemas rumah..cuci baju..cuci pinggan..baby nangis pula..kena tidurkan dia sekejap. Ada pula yang call..sambut sambil tidurkan baby..whatsapp pula masuk tanya pasal barang..balas lagi. Nak tengok stok masih ada tau tidak, buka laptop pula..nak guna phone susah sikit sebab semua touch...payah nak kerja. Kalau guna laptop senang sikit...baby nangis lagi nak susu..buat keja sambil susukan baby dan bawa dia bercakap agar berlaku rangsangan supaya cepat bercakap. Mata jeling laptop sekejap2 dalam balas sepantas mungkin jika ada pesanan.

Seorang perempuan terutama yang telah berumahtangga pasti melalui semua itu. Malangnya ada lelaki yang mempertikaikan kerja seorang wanita..lebih2 lagi jika perempuan itu hanya surirumah sepenuh masa. Alahh..duduk rumah tak buat apa pun...kerja semua senang..takkan tak boleh buat. Senang??? Mai try jadi suri sepenuh masa untuk seminggu..boleh tahan tak?..sure la boleh tapi bolehkah dia lakukannya seperti si isteri?. boleh la juga tapi pasti ada komen2 dari anak2..hihi..Alhamdulillah..suami AQ boleh buat tapi kasihan pula tengok dia kerja tak henti2 sampai tak cukup tidur. AQ jadi mem besar time berpantang. Tak sampai hati so kadang2 tolong dia cuci baju..cuci saja..jemur? dia dan anak2 la yang buat..haha..dalam hati kata. Itulah yang sayang rasa setiap hari.

Jika ada lelaki yang tak percaya apa yang AQ tulis ni..boleh cuba try test. Ibu2..isteri2 boleh cuti rehat. Anak..makan pakai..beli itu ini..urus begitu begini..semua kena handle sendiri...jangan kacau isteri tu. Biar dia lepak manjakan diri..pergi spa ke..salon ke..nak pergi mana pun..biar kat dia. Encik2...sila buat kerja yang isteri anda buat selama ini..hanya untuk seminggu. Jika isteri bekerja... suami kena buat  juga seperti yang isteri lakukan..pergi kerja dan buat kerja2 rumah. Rasakan apa yang isteri tu rasa setiap hari. Dah penat kerja dari pagi hingga petang sambung lagi urus anak, masak dan berkemas di rumah. Esok pagi bangun awal sediakan apa yang patut. Apa yang encik2 rasa? boleh tahan untuk seminggu?? Isteri2 boleh cabar si suami..bagilah reward kalau korang berpuas hati. Tak boleh bagi barang ke apa..boleh bagi diri sendiri..shhhh.tang tu senyap sikit ya..haha!. but itu yang terbaik..kannn!

Dari itu..lelaki akan tahu betapa hebatnya seorang wanita sepertimana hebatnya dia membawa kandungan dan melahirkan. Jika seorang lelaki tahu kesusahan dan kesukaran seorang wanita, pasti dia akan lebih menghargai dan menyayangi wanita pelengkap dirinya itu.

Habis dah..


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Tuesday, 24 June 2014

Ambuyat dan Kelupis

Assalamualaikum..
Hi...

Hari ni AQ terbaca satu artikel berkenaan ambuyat dan kelupis dalam Sinar Harian. Bila baca komen2 orang AQ tergelak..hihi lucu dooo.  Memang ada sedikit kesilapan sebenarnya dalam artikel tersebut tapi its ok sebab penulis berusaha untuk mengetengahkan makanan tradisional etnik Kepulauan Borneo. Sebenarnya sagu atau ambuyat (Telah dimasak) merupakan salah satu makanan ruji masyarakat di sini disamping nasi. 

Ambuyat sedap dimakan bersama lauk-pauk masakan kampung yang mana ianya mengikut etnik itu sendiri. Bagi AQ yang berbangsa bisaya..kami lebih suka makan ambuyat bersama kuah masakan kampung. Kepada keluarga AQ dan keluarga mertua..kami lebih suka berkuahkan ikan masak kunyit atau pun orang Peninsular panggil..ikan masak singgang..betul ke? Kalau salah betulkan AQ ya. Ikan masak kunyit hanya direbus bersama kunyit, perahan limau nipis/kasturi, bawang putih dan garam. Sayur-sayuran pula lebih kepada ulam-ulaman..memang sedap..tambah2 kalau ada sayur jantung pisang atau batang pisang..Sedap joo!!

Kelupis pula selalunya dibuat jika ada majlis terutama majlis perkahwinan...Sampai berpuluh kilo..untuk dimakan sebaik saja tetamu datang dan sebagai buah tangan sebab bukan selalu dapat makan kelupis. Bukan sebab malas tapi nak cari daun pembungkusnya yang susah sikit. Bahannya memang sama macam lemang dan ketupat..beras dan santan. Kelupis sedap dimakan dengan kuah kacang..kari atau rendang..Sedap hinggga menjilat jari..bagi yang makan tak pakai sudu garpu bagai la..hehoo.

Takde gambar AQ sertakan sebab time tulis artikel ni mana la nak jumpa benda tu semua. Nak masak ambuyat..terus-terang la kata tak reti sangat. Nak masak ambuyat kena betul caranya, kalau tidak makan sagu la korang...hihi. Kelupis pula..hahah..tunggu pulang kampung baru jumpa. Nak buat memang malas tahap gaban.

Inshaa Allah nanti AQ upload pic ambuyat dan kelupis..wokey!!

selamat malam..nak lipat pakaian bebudak yang menggunung..dua bakul..heheh.
Baiii...



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Misi Header Belog

Assalamualaikum...
Hi...

Dari semalam hingga hari dok godek2 header saja...plan nak buat own template tapi tak reti la pula..takpe sikit masa lagi AQ akan buat template sendiri. Kalau orang lain boleh buat so..AQ pun boleh juga yooo!!!

Macam2 web AQ cari dan buka..pelbagai keyword yang diguna..jumpa juga tap lain pula jadinya...tukar lagi..last2 buat kerja yang paling menyusahkan..mujur AQ tak reti nak tulis HTML..kalau tahu tak perlu la nak buat kerja dua tiga kali untuk satu header buat at last puas hati juga. 

Mula cari gambar..save..then upload semua..kalau nak transparent background..buat tu dulu..pastu cari hiasan yang memikat hati..jumpa..gabungkan pula..dah siap..download lagi.. Tak puas hati..buat lagi..




Header Pertama

Header Kedua

Header Ketiga

Header Keempat...Jatuh cinta dgn white roses

Done..but ada white background pula!!


Macam2 yang AQ tak puas hati dengan header yang sudah siap tu..padahal ok sudah pun..entah nak apa lagi pun tak tahu..

Finally..its done! dan AQ puas hati..tidak la secantik mana tapi..i loikee!!..hihih..

Without background
Dah senang hati pasal header tapi still tak puas hati dengan templatenya..haha..cerewet..hohho!!
Takpe kita akan buat perlahan2..nanti cantik la blog AQ yang ala kadar ni..hew..hew..!

Bai...!!



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Monday, 23 June 2014

Sampainya Hati

Assalammualaikum..
Hi...



Tersentuh hati AQ tatkala melihat remaja ni..terus terlintas dibenak..kenapa sampai jadi begini? Sudah berapa lama dia tidak makan dan minum? Tiada ibu bapakah dia sehingga dibiar tinggal dalam keadaan yang cukup menjijikkan. Jika mempunyai ibu bapa..tiada perasaan kasih dan sayangkah mereka kepada anak istimewa ini..Allah..sentap jiwa AQ.

AQ juga seorang ibu, walaupun AQ memang garang dengan anak2 tapi tidak pernah sampai hati untuk membiarkan anak kelaparan dan comot..inikan pula hingga jadi begini. Bukan nak kata yang AQ adalah ibu yang baik tapi naluri keibuan itu tetap ada. 

Kesiannya anak ini..Syukur alhamdulillah dia dijumpai..kalau tidak? bagaimana nasibnya? berjayakah dia survive dengan apa yang ada di dalam bilik kecil tu.. Dimana hilangnya waras akal seorang ibu..Apakah benar kesempitan hidup yang menyebabkan si ibu membiarkan anak ini hingga kurus bak anak2 di Afrika? Tak boleh di terima akal langsung..sedang pengemis lagi tidak seteruk ini..

Hari ini dapat tahu lagi bahawa remaja istimewa ini hanya mampu menyebut 3 perkataan saja dan bermungkinan tidak makan selama beberapa bukan..beberapa bulan? Mungkin juga..dilihat dari keadaannya..makanan yang tidak sepatutnya,,AQ pasti itu. Sabar la wahai adik..kini pasti nasib mu akan terbela. Jika ibubapamu tidak mahukan dirimu lagi pasti ada yang sudi membela dan menjaga mu.

Pelbagai alasan yang diberikan untuk menghindari kata2 orang atas pengabaian remaja ini.

Ya Allah..moga apa yang berlaku ini menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada orang lain agar lebih menyayangi bukan dijadikan contoh untuk berbuat perkara yang sama. 

Dunia sungguh2 sudah terlalu tua.


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Sunday, 22 June 2014

Follow Button untuk blogger

Assalammualaikum..
Hi...

Semalam dah kongsi macamana mahu buat Facebook Like Button..dah ada yang try?? amcam..berjaya??
Hari ni mahu kongsi bagaimana mahu taruh Follow Button pula. Memandangkan AQ aktif di Facebook...Instagram dan Twitter..so AQ buat la tiga button tu..poning juga mau susun html supaya nampak cantik..mula2 taruk FB button diatas..Twitter ditengah and Instagram dibawah..huh..g.r.r.r...buruk rupanya..tukar lagi then kali ketiga baru jadi dan cantik...kikiki.. :p

Korang klik https://developers.facebook.com/docs/plugins/follow-button untuk direct ke page nak buat Facebook Button..Peace!!

Begini la rupa Button yang AQ buat..okey tak?? 

Buat Follow Button tak sesukar semalam sebab basic sudah ada..sudah tahu sikit2kan..so...follow the wind saja la..follow the wind??? apa kena-mengena ke..?

Okei..kita buat Instagram Follow Button dulu ya..
Korang pegi ja URL http://web.stagram.com/tools/ ..yang ni mudah saja so tiada la pening bagai.. macam makan kacang saja..

Apa yang perlu cuma copy html dalam kotak yang anak panah tunjuk tu ya. Paste dalam gadget dan pastikan korang pilih HTML/JavaScript ok..then save..done!

Whooppss..lupa beritahu...pastikan korang gantikan __USER__NAME__HERE__ dengan username korang. Nanti entah siapa orang follow..hehe
kalau html yang pertama tak berjaya..try guna yang kedua but Insha Allah cubaan yang pertama akan berjaya..chayok uols..!

Selain tu kalau nak tunjuk galeri gambar Instagram korang..klik saja Instagram Gallery for Blog/Web Site tu. Ikut saja arahan yang dinyatakan ya.

Instagram HTML

Dah siap buat Instagram Button..kita buat Twitter Button pula..
Pegi ke URL https://about.twitter.com/resources/buttons#follow korang boleh pilih button apa..ada 4 pilihan seperti yang korang tengok dalam gambar dibawah tu. AQ pilih Follow Button saja. Jangan lupa taruh Username korang ya dan klik check box mana yang korang berkenan..nak tahu bagaimana rupa button korang..tengok saja kat preview tu..dah puas hati?? Copy html code dan paste dalam gadget di layout.

Mudah saja kan..!!

AQ pula letak ketiga2 button dalam satu gadget saja..tu pasal payah sikit nak atur. Bukan apa..kalau buat berasingan..jarak ketiga2 button agak jauh dan nampak tak cantik dimana AQ..hehe...tapi terpulang la dengan korang nak buat macamana..ye tak?..hoho

AQ copy ketiga2 html code button dalam satu gadget saja.
Dapat buat tak? tak sukar sangatkan...semoga berjaya...!!!



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Saturday, 21 June 2014

FB like button

Assalamualaikum..
Hi..

Finally berjaya juga taruh FB LIKE BUTTON di blog ni. Punya payah mau buat..inilah jadinya bila baru mau belajar..orang cakap The Beginner.. haha.. takpa..kita kayuh perlahan2..janji berjaya. Rasanya ada yang mengalami nasib yang sama seperti AQ tak?? Try banyak kali tapi tak dapat2 juga. Meh kita kongsi sikit2 tapi tak sure la jadi ke tak jadi..sebab belum ada yang LIKE..huhu..kesian den. Nak buat macamana..dah nama pun beginner..so layan saja..syok sendiri..keh keh keh.. :p


1. Pegi ke Link ni https://developers.facebook.com/docs/plugins/like-button
Dalam tu boleh pilih nak letak button apa dalam blog nanti. AQ ambil jalan mudah ja..button LIKE dan SHARE sekali. Wokey..nanti akan jumpa macam dalam gambar kat bawah ni..Tak tahu sangat macaman mahu take pic di lappy so AQ guna hp..rare betul kan..huhu


Kat *URL to Like tu letak la URL utama blog korang...contoh : http://aqneey.blogspot.com .. yang lain tu terpulang pada korang nak buat apa. Ada Preview dalam box. Dah puas hati...klik *Get Code... akan keluar macam dalam pic bawah ni.


Kena guna kedua2nya tau..kalau tidak jadi macam saya..sampai bingung..keh keh. 
   *Copy dulu Code yang kat atas...yang banyak tu.. 
     then pegi kat *LAYOUT blog korang. 
       Klik *Add a Gadget... 
         Pilih *HTML/JavaScript...
           *Paste Code yang korang Copy tadi... macam biasa..korang kena *Save la. Nanti tercari2 pula mana peginya gadget korang. JavaScript ni korang taruh la kat mana pun janji ada..hanya sekali.

Part ni kalau korang google sure korang akan jumpa yang suruh korang buka template dan taruh code kat situ. Dorang suruh cari <body> tag. Confirmed tak jumpa. AQ terbingung bagai nak terbalik dok cari..mana la <body> tag ni..tak jumpa...at last AQ jumpa kat Youtube.. walaupun blur at first but akhirnya faham  juga. Susah betul orang baru nak berjinak2 dengan blog ni.

 So..dengan kata lain..abaikan kalau korang jumpa page yang minta korang buka Template ya..Cara ni lebih mudah dan tak peningkan kepala.

Seterusnya.... Korang kena *Copy pula Code yang bawah..yang sikit tu la... Then korang buat macam yang pertama tadi..buka satu lagi gadget dan *Paste Code..but kali ni korang kena letak gagdet kat mana korang nak BUTTON korang kuar..atas..kiri...kanan or bawah..Tak kisah la korang taruh mana kan..janji korang bahagia. hik..hik..hik..

Nak buat LIKE BUTTON disetiap post pun boleh juga..make sure korang ambil URL post yang korang nak letak button tu..stepnya semua sama saja kecuali tak perlu Copy code yang atas..just Copy code yang sikit tu..then Paste dalam post.

Paham tak?? Sori ya sebab penerangan saya putar belit dengan bahasa yang entah apa2..harap korang paham la ye.

Time korang taip post korang..sebelah *Compose tu ada *HTML kan. Klik HTML dan Paste code yang korang copy tu.. Tak sure button dah ada atau tidak..korang *Preview or *Publish. Kalau wujud button korang..maknanya...kerja korang BERJAYA..Good Job..Congrate untuk korang..Congrate juga untuk AQ sebab berjaya buat korang paham dengan bahasa yang telah dirosakkan ni. Maaf ya Dewan Bahasa Dan Pustaka.!!..heeee.

Olrite.. AQ ada Embed Video dari http://www.youtube.com/watch?v=Q2m70qAYXJ0 Kredit and Thanks to @amsyar Score

Cara2 nak buat apa yang AQ terangkan kat atas..memandangkan penerangan AQ sure korang tak paham sangat so.. boleh layan video ni pulak.





Ni satu lagi video dari http://www.youtube.com/watch?v=u1eJbyMS1eA Kredit and Thank You @howtechweb






Harap korang berjaya buat LIKE BUTTON korang sendiri ya. Sekadar berkongsi..kalau ada kesilapan mohan diperbetulkan sebab AQ pun sedang belajar.

Wokay Ouls..Done for this entri.. Nak belajar dan cari Instagam or Twitter Button pula.. :p Bubaiii



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Belum Berjaya

Uwarrrgggghhh....seharian..erkk..suku hari try letak facebook and instagram button but belum berjaya lagi..sabar..sabar..usaha tangga kejayaan..kekekeke. Sakit hati juga yooo...try banyak kali but setiap kali try keluar benda lain..pernah buat tapi lupa sudah. Rasanya dua tiga tahun lalu kot buat..oit..lama sudah tu..tu pasal lupa sudah.. dua tiga tahun??? lama sudahkah tu??

Takpe kita try buat jap lagi..kalau belum dapat juga..kita tidur dulu..ngantuk tahap gaban sudah ni. Nampak bintang siap dengan meteornya sekali..sikit punya ngantuk tu tau..but mau try one last time before landing atas katil. Esok boleh bangun lambat asal tiada yang kacau..Alaaa lupa..ada alarm comel sudah sekarang. Alarm tu pula bangun sharp jam 8am. Ermm tapi alarm comel tu tidur lambat tadi sure esok dia bangun lambat juga...huyeehhhh.

Wokeys uols..nak sambung culik button dulu yeww.!.NIGHT

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Friday, 20 June 2014

Quote


Assalammualaikum..
Hi...

Membaca quote atau petikan sering memberikan motivasi dan inspirasi. Ia juga cara untuk meluahkan rasa hati atau perasaan kita. Know what..AQ bukan Sang Pujangga...bukan juga bijak pandai tapi AQ suka buat quote...suka2 untuk meluahkan apa yang AQ terfikir dan apa yang sedang AQ rasa dan alami. Setiap quote yang terhasil memiliki makna tersendiri..terdapat memori dalam setiap satunya.

Inspirasi dari wanita 

Itulah diri kita sebenarnya..tiada siapa pun yang sempurna
Special buat Hubby
Luahan hati..kew..kew

AQ post semua quote yang siap kat Instagram..sebab boleh share kat FB dan Twitter sekali..maka..3 dalam 1 la..tak perlu upload dua tiga kali..hehehe..kerja malas kan..but ia yang terbaik.

Seronok bila yang orang suka dan gunakan quote yang dibuat..that mean..quote tersebut terkesan dihati mereka2 yang download or save. Mungkin orang akan fikir buat quote ni buang masa..tak sebenarnya sebaliknya ia mampu menzahirkan apa yang ada dalam diri kita..cewah..ayat macam betul ja kan...kekeke.
Selalu idea datang time tak buat apa...terutama ketika susukan baby..sambil duduk atau baring..idea datang sepintas lalu..so terus buat sebelum ia hilang..nak postpone...sure tak jadi seperti ketika idea itu datang..maka sebaik saja idea itu datang..buat terus atau tulis dulu dimana2 even ketika di dapur sekalipun..time mandi dan kat bilik termenung pun boleh diterjah idea..siap terus buat..Buat guna handphone saja...mudah!! saya guna app photos dan fotos..belum jumpa app yang lebih canggih lagi..kekeke..takpe..kita  buat slow and steady. Nanti AQ upload semua quote yang dah buat. Klu rasa nak ambil..ambil saja..tapi ada antara sure ada nama AQ. Kalau jumpa ayat yang entah apa2..gelakkan saja tapi jangan kutuk tau..huhuu..orang kata..'tunjuk ajarku sifu'..hew,,hew!!

Wokey...tidur sekejap..mengantuk tahap gaban sudah ni...karang mengarut ntah apa2..choww..!!
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 19 June 2014

Rambut Gugur

Assalammualaikum...
Hi...

Tengok dari tajuk sure dah tahu apa yang AQ nak mengarut kali ini. Setiap kali ada new baby...jiwa dah resah gelisah sebab 'Mahkota Wanita' pasti akan luruh. Sepanjang 29y riwayat AQ hanya 2 kali rambut AQ panjang cecah punggung..1st...time tingkatan 3 then this year..simpan rambut start last year so..maknanya dah 2y simpan rambut. Selalunya rambut AQ kemetot saja..paling2 panjang pun takat belakang aja.. Pebret AQ..rambut kametot takat bahu saja sebab senang nak sikat..tambah2 AQ ni jenis malas nak sikat rambut..hahaha..mesti korang terbayang rambut AQ kusut masai..bak lirik lagu Allahyarhamah Saloma..Mengerbang rambut macam dalam hutan.. No..No..No..rambut AQ ok ja walaupun tak sikat seminggu..just lerai dengan jari saja. Cewah..bongkak AQ sekejap..hew..hew.

AQ nak tunjuk rambut pun..tak boleh..AQ sayang hubby yooo. Bukannya baik sangat tapi sedang berusaha untuk jadi yang terbaik buat hubby.

Wokey..berbalik pada citer asal..bila baby start geleng2 kepala sebab gatal..sure rambut AQ dah start luruh..huhu..sodih yooo. Sebelum kawen memang ada problem rambut gugur..banyak brand syampo dah try..dari yang mahal sampai yang murah..dari set sampai yang single..semua dah try tapi tak berkesan..at last saya try syampoo ni.. 

AQ curi dari google image
Malas nak snap

Syampoo ni aje yang berkesan.rambut tak tercabut walaupun bersanggul dalam tudung..wokey saja. Walau tertarik kuat pun still gagah tak tercabut juga..thats why AQ kekal dengan syampoo jenama ni. Harga murah dah yang penting rambut tak luruh...tapi kini...

HUhu..lurut sikit pun berlember2 ikut jari..uwarrrggghh...rambut AQ...!!
Terpaksa tunggu hingga baby berjalan baru la rambut luruh ni stop..but berharap sangat ia tak berlarutan..seperti lepas bersalin anak kedua..rambut memang gugur teruk. Mana2 ceruk rumah mesti ada helaian rambut..paling banyak kat bilik mandi dan bilik tidur la. belahan rambut kat kepala dan nampak kulit dah..botak ditengah.. huhu..ada tak ibu2 yang mengalami macam ni.. Mujur AQ pakai tudung so tak nampak la tapi huhuu..sedih oooo bila tengok cermin..

Jawapannya terpaksa korbankan rambut yang kian tipis ni di Salon..Minggu ni misi akan dilaksanakan coz hubby balik on weekend..boleh jaga baby Karl Ell kat rumah...hihi..huhu..Style macamana agaknya yang sesuai ya...??

Kita tengok sajalah nanti apa kejadian...

Wokey..da 10.48pm..mata pun dah tak larat nak ngadap Lappy. Dari siang dok ngadap dia..konon nak renovate sampai cantik..tapi tetap tak cantik2..kekkeke..ini la jadinya bila yang buta blog nak jadi blogger..takpe kita kayuh perlahan2..nanti kita buka buku macamana nak buat blog bagi cantik. Tu la...semester 1 dah belajar bagaimana nak buat tapi tak lekat kat kepala..so..nanti kena godek buku semula..semangat yooo..keke

Olrite Uols..selamat malam!!

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Nuffnang

Assalammualaikum...
Hi...

Nuffnang???..AQ baru nak belajar apa bendanya nuffnang ni. Dari pembacaan ia merupakan sebuah web pengiklanan yang memberikan kita peluang untuk menjana pendapatan daripada klik..agaknya la..baca pun tak abes lagi..macamana nak paham sangat..ya dok.


AQ dah daftar tapi belum dapat emel dari nuffnang lagi..duk tunggu dari pagi tadi tadi tapi tak sampai2 juga. Tunggu saja la..kalau tak dapat juga hantar emel kat customer service la..klu ada..sure ada la kan. Teingok dari dari blok yang telah dijelajah..wokey juga nuffnang ni..yang rajin update post banyak dapat..agaknya AQ ble ka dapat banyak???...ermmm..sikit pun jadilah..rezeki Allah tu..jangan tamak..dapat RM1 pun da cukup bersyukur yooo..sapa nak bagi duit free. 10sen pun susah nak dapat.. Problem is..rajin ka AQ nak menaip dalam blog ni..Idea pun ciput..menaip macam siput..kew..kew..kew.. Merangkak la jawabnya.

Tak apa..sikit2 lama2 jadi bukit..Chayok..!!! Chayok..!!..cewah semangat je..kekekek..

Takpe..kita tunggu dan lihat.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Co @ Peneman

Assalammualaikum..
Hi..

1st..jangan tengok tajuk yang tak boleh pakai tu ya..hahhahaha
Since hubby pegi kursus for 2 weeks bermula isnin lalu terpaksa la saya bawa sekali Karl Ell ketika menghantar dan ambil kakak2nya pergi dan pulang dari sekolah. Menjadi peneman setia duduk dalam car seat disebelah pemandu..comel sangat..hahah..puji melambung..kekeeke..sapa lagi nak puji anak sendiri kan..


Always melting bila renung anak2..rasa sayang makin berlambak2 walaupun sebenarnya saya ni seorang ibu yang 'garang' giler2 tapi saya tak pukul anak tau. 

Abaikan lapis yg berkedut tu tau..hehe

Kesian sebenarnya nak bawa Karl ell hantar dan ambil kakak2nya sebab terpaksa angkat dia walaupun sedang nyenyak tidur. Sambung tidur dalam kereta..ermm..jangan harap budak debab ni nak tidur. Dia ni jenis tak suka tidur merata kecuali time berumur sebulan kebawah dulu. Sekarang dia dah perasan dah besar..Seboleh mana dia akan tahan ngantuk dia sampai pulang rumah tapi kalau pulang kampung..tewas juga...sebab apa?? ambil masa hampir 4 jam..larat dia nak tahan. Paling lama pun dia boleh tahan 2 jam je itu pun dah mengamuk sakan. Time menyusu pun siap melenting badan lagi..puting jangan cerita..siap tarik bagai. Walaupun belum ada gigi..sakit jugak. 

Cakap pasal gigit puting ni..umur baru 2m22day..dia dah gigit puting susu..gatal agaknya..mungkin nak tumbuh gigi dah kot..haha, nak tahu tak benarnya..gigi geraham kecil budak debab ni dah tumbuh sejak umur dia 1m lagi. Mujur gigi tepi bukan gigi kacip. Kalau tak memang nahas la puting dibuatnya. Kakak2nya tak pula reti nak menggigit bagai time tumbuh gigi dulu tapi si adik ni...aduhaii..sabar saja la.

Apa2 pun saya tetap sayang budak debab ni..sayang Karl Ell ketat2..dan kakak2nya juga.

Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

DiMana saja ada Bersama

Lee Multigrain Cracker...

Teman baik saya sejak bersalin..tau napa?? Sebab makan dua tiga keping biskut..susu akan full semula dgn cepat.. Saya full BF so susu kena sentiasa full klu tidak..meraung la hero saya sorang tu. Da la kuat sangat menyusu setiap 1jam30 minit akan merengek minta susu..

Nak dijadikan cerita pertemuan pertama dengan 'bestfriend' saya ni bermula ketika hubby n the krews buat perlawanan sukan antara skuad.. Dorang dapat JORA and dpt hamper paling besar..gambar hamper tak sempat snap...lagipun stori lama da..nanti la saya godek2 hp hubby cari pic tu..klu rajin la..ekekekekek.
Nak dijadikan cerita..biskut dalam tin ni..xde sapa nak makan..tinggal kat balai pun..sunyi sepi orang tak jeling pun..lagi2 makanan lain still berlambak..kekeke..lagi orang taknak..so dorang bagi kat hubby..hubby bawak balik umah..pun seminggu juga tak dijeling. Semua pakat kamcing cracker cap ping pong.. at last saya yg makan daripada dibiar macam tu saja..tak sampai sejam lepas makan terasa berdenyut nak topup air susu..waaa cepat dari makan nasi..klu Karl Ell lambat nyusu skit..mula la baju abes basah..terlebih!!!.
Serasi agaknya kan.

Content dalamnya terdiri daripada tepung gandum..tepung gandum penuh..apa beza pun tak tau la..janji sedap...minyak sayur..tepung kanji jagung..bijian campuran..banyak jenis dan diperkaya dengan vitamin yang sangat baik badan...sori ya..nak tulis semua..saya ni jenis malas skit..hihi. Nanti klu nak beli boleh tengok kat situ ya.

Since then kami jadi kawan baik yang sangat akrab..tak pernah tinggal klu nak pergi mana2..We're BESTFRIEND yooooo.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Wednesday, 18 June 2014

PUTERI2ku

Assalammualaikum...

Hari ni nak buang boring banyak2...hubby pun kursus 2 minggu..tambahlah boring..huhu.
Wokey...ILLA FARDILAH..sapa pula la punya nama ni??..hihi..sebenarnya dialah PUTERI SULUNG saya. Semasa ngandungkan dia..banyak dugaan yang terpaksa ibunya tempuhi. Sy ngandungkan dia ketika berumur 19y. Ooomakaiii..mudooonyaa..hihi. Memang muda sebab sy kawen umur 19y juga..umur 20y..a cute baby girl lahir on 16 Mac 2005, dengan berat 3kg selamat dilahirkan..berat walaupun kecil saja tapi pastinya dia comel. Berbaloi yooo tanggung sakit selama 3 jam.

Dia membesar sangat pantas, sekarang sudah pun darjah 3..lagi 3 tahun sudah mula bersekolah di sekolah menengah. Aduhaii...cepatnya masa berlalu. Tak lama lagi dia akan menjadi dewasa. Anak ibu jangan lah jadi dewasa cepat sangat....uwarrrgghh.. Tapi mau buat mcmana..ibu perlu redha kerana anak ibu pasti akan mempunyai kehidupan sendiri nanti.


Kakak Kimi @ Kak Long @ Kakak
Illa Fardilah




Kakak Kiki @ Kakak Ngah
Irleesya Erza


Sapa pula budak dalam pic last tu??? Irleesya Erza adalah PUTERI KEDUA saya. Budak pintar yang becok. Tukang buat lawak dan kakaknya tukang gelak. Budak kecil ni dilahirkan pada 15 Desember 2007..2 tahun 3 bulan beza dari kakak. Melahirkan Kiki sangat mudah kerana pintu rahim sudah terbuka 7cm semasa pergi hospital..Sandinya saya terpaksa tanggung sakit kontraksi membuka pintu rahim selama 24 jam sebelum ke hospital. 1st contraction, saya tak pegi hospital terus sebab cuma ada sedikit lendir pekat so saya tunggu sehingg boleh rasa kepala dia da keluar..lagipun ketuban belum pecah lagi so saya tak risau sebarang jangkitan kuman. 

Kiki dilahirkan pada pukul 10.20 malam dengan berat 3.02kg. Berat 0.02kg je dari kakaknya. Menjaga Kiki sangat mudah berbanding kakaknya. Memang relaks gila..tidak meragam langsung. jadual teratur saja samapai sekarang. Pampers sangat jimat..2 keping sehari, maknanya 1 siang dan 1 malam. 

Susu...dorang adik beradik memang jimat sebab full breast Feeding sampai umur 3 tahun then baru campur dengan susu tepung sebab saya pun tak bekerja..hanya surirumah. Bukan tak dapat kerja..bukan juga tak nak bekerja tapi bila pandang muka anak2 saya..tak sampai hati pula mau tinggalkan dorang. Lagi pun saya tidak mahu melepaskan peluang yang hanya saya dapat sekali seumur hidup. Saya tidak mahu pengasuh yang mendapat moment2 indah itu. So..saya ambil keputusan untuk jaga mereka sendiri walaupun pendapatan hubby kecil saja....cukup ja. Sakit pening biar saya yang jaga. 

Saya respect pada ibu2 yang mampu tinggalkan anak2 untuk bekerja berbanding dengan saya yang tidak cukup kuat untuk meninggalkan mereka kepada pengasuh. Tambah2 pula banyak sangat kes anak2 kecil yang meninggal dunia dalam jagaan pengasuh..walaupun ia hanya sebagai penyebab terhadap ketentuan.
Bukan tak percaya pengasuh kerana mereka juga mempunyai anak tetapi kalau dalam jumlah yang ramai..kelam-kabut juga tu..mana nak tengok yang tu..tengok pula yang ni..kalutttt...

So..akhirnya saya buat keputusan untuk jaga mereka sendiri kerana rezeki ada dimana2. Apabila anak2 dah besar..baru la saya akan usahakan sesuatu diluar pula. Membuat sesuatu tidak pernah terlewat.



Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Thursday, 5 June 2014

Happy Baby Karl Ell

Assalamualaikum...

Dah lama sangat tak jenguk blog..macamlah dah lama layan blog ni kan..kekeke

Alhamdulillah..hari ini tanggal 05 Jun 2014..Baby Karl Ell sudah berumur 2  bulan 1 minggu...time timbang 2 bulan hari tu berat dia dah 5.3kg..gedebab!!! tapi tak heran la sebab berat lahir 3.19kg.
Oit...Sapa Karl Ell ni??..hahaha..lupa nak 'habaq mai' sebenarnya saya dah selamat bersalin pada 28 Mac 2014 tepat jam 2.05am hari jumaat..of cos baby boy dan seperti yang telah dipilih..baby boy yang cute ni kami namakan MUHAMMAD KHAIRYL KARL ELL..umakaiii..nama panjang sedepa, belum lagi ditambah dengan nama ayahnya..hahaha..Muhammad tu saya dan ayah yang letak..Khairyl..si kak long.. Karl Ell tu plak..si kakak ngahnya yang letak..since baby berumur 3 bulan dalam perut dia dah letak nama tu walaupun time tu belum confirm lagi jantina baby.

Lahirkan Karl Ell macam satu trauma pada ibunya...huhuhu..air ketuban terlalu banyak sampai susah nak buka pintu. Nurse koyakkan kantung air ketuban ketika pintu rahim 5cm saja, bagi saya satu kesilapan sebab mungkin terlalu awal. Sepanjang bukaan 5cm awal sebelum dipecahkan..saya masih aktif dan setiap kali bukaan bertambah saya tidak terasa sakit walaupun banyak air dan lendir serta darah yang keluar...namun selepas kantung dipecahkan..Masya Allah..sakitnya hanya tuhan yang tahu. Bila kantung dah pecah confirmed contraction berlaku. Setiap 5 minit saya tahan sakit tapi bila check bukaan langsung tiada..masih 5cm..ketuban dipecahkan jam 8.30pm. bila contraction..automatik la menerankan walaupun tak nak..malangnya baby tak keluar pun, yang keluar cuma air ketuban...terus melimpah. Jam 10pm..check pintu rahim..bukaan cuma bertambah 1cm saja..Allah..Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Badan sudah menggigil menahan sakit. Bersalin Kak Long dengan Kak Ngah saya tak merasa sakit sebegitu..malah langsung tidak merasa sakit belakang tapi kali ini..sakit belakang macam ada orang pukul. Time ni berharap sangat hubby ada dengan saya tapi saya pujuk hati sendiri..hubby tengah kak long dan kak ngah. So saya tahan juga sakit perit walaupun air mata mengalir dah..huhuu..paling2 saya peluk pemegang besi untuk redakan sikit sakit yang ditanggung. At last disebabkan sudah tidak tahan sakit dan bukaan terlalu lambat saya minta dengan Staff Nurse yang charge saya untuk tolong buat bukaan..tiada kalau dia tolong saya akan rasa sakit tapi saya tak kisah dah sebab tenaga semakin kurang. Badan sudah menggigil teruk, saya takut saya tiada tenaga untuk keluarkan baby nanti. Syukur alhamdulillah..setelah bukaan 10cm hanya 2 kali teran mybaby boy selamat lahir. Lega sangat walaupun semua anggota badan masih menggigil..gigi berlagaan..Allah. Bila nurse baby keluar terus saya minta air dari seorang lagi nurse...hahaha..mau recover tenaga yang hilang. 

Berehat sekejap sambil tenangkan diri yang masih menggigil...mau bangun masih belum bertenaga lagi..huhu.
Tak lama nurse datang hantar baby...dapat tengok baby..peluk dan cium...dalam hati terus tertanya..napa muka baby merah macam kena panggang..?? haha..jahatnya ibu..mungkin sebab sepanjang mengandung cuaca cukup panas lebih2 lagi duduk dalam rumah yang macam oven middle heat..mungkin itu juga yang menyebabkan air ketuban terlalu banyak untuk seimbangkan suhu dalam perut. Kesian baby Karl Ell.

Alhamdulillah..Baby Karl Ell seorang anak yang sangat senang dijaga dan tidak banyak kerana cuma tidak selesa tidur waktu malam. Karl Ell juga baby yang sangat cepat belajar. Sebulan 2 hari dia sudah bercakap dalam bahasa baby...aaaa....aooo..agaaa...haha..too cute. Terutama selepas mandi.. cakap pasal mandi..Karl Ell sangat suka mandi siap ble swimming sambil senyum2..hehe..good boy. Sebulan setengah leher dah kuat..cepatnya..!!! sekarang 2 bulan dia dah cuba untuk mencapai sesuatu..yang lucunya..mau hulur tangan tapi perut yang terangkak..kekekeke..saya tolong gelak sambil terus galakkan dia. 

Karl Ell anak yang sangat manja...mudah tersentuh..kalau dengar suara baby nangis diTV, dia pun sibuk la mau nangis juga. Sangat suka bercakap...kalau kita cakap dengan dia..dia akan pandang kita dengan penuh perhatian..macam faham je...tapi saya rasa dia faham..then dia akan menjawab kalau kita tanya but of cos la dalam bahasa dia..hihi. Pemarah juga dalam pada masa yang sama. kecik2 lagi sudah tonjolkan personalitinya..

Tak sabar tunggu dia meniarap..dan merangkak.then berjalan..mudah dah mau bawa pergi mana2..

Tak  sabar....!!


Karl Ell diapit oleh kakak2nya..Kiki dan Kimi


Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>