Tuesday, 21 January 2014

Blood Hb Rendah


Assalamualaikum...
Selamat Malam...

   Tengok tajuk mesti pelik tapi bagi seorang wanita mungkin mereka sudah boleh agak kan...
Petang tadi, pada minggu ke 30 pregnency..hemoglobin darah saya hanya 9.5 saja.. Allah..saya semakin risau sebab Hb yang low akan mempengaruhi keadaan 'Karl Ell' saya.. Oh My Baby.. 2 weeks before Hb hanya 9.1, hanya tambah 0.4 walaupun sudah makan ubat 4 biji ubat sehari. 

  Kesan kurang Hb ketika mengandung memang sangat besar kerana tumbesaran bayi bergantung dengan aliran oksigen dalam darah ibu.. 1st..sudah tentu saya nak 'Karl Ell' dalam keadaan ok dan sihat. Everyone can't wait to see him. Start minggu ke 24 saya sudah stop semua kerja berat sebab saya mengalami kepenatan yang teruk malah untuk duduk selama dua jam pun sudah membuatkan saya penat yang amat. Apatah lagi buat kerja-kerja rumah yang rutin...masak, cuci kain (guna mesin tu..), kemas rumah...semuanya membuatkan saya terlalu penat. Sudahnya saya macam seorang yang sangat pemalas, lebih banyak berehat dan tidur walaupun tidur saya hanya 8 jam dalam sehari. 

  Sejak minggu ke 24 juga saya sudah stop kerja-kerja saya sebagai seorang Perunding Unit Amanah. Walaupun saya mempunyai target yang telah saya sasarkan namun demi 'Karl Ell' saya fikir..i don't care because i do love him more than my job even orang akan kata..bukan tak boleh kerja walaupun mengandung. Ya..saya tahu itu kerana 'Karl Ell' adalah jantung hati ketiga saya dan hubby. Mungkin orang akan kata saya hanya mencipta alasan but i know what is the best for me and for my future son. 

  Oh, ya ni lagi info yang dapat saya google but i just copy and paste from someone's blog (Kredit to http://zylamir.blogspot.com/2013/07/risiko-dan-bahaya-hb-rendah-semasa-hamil.html )

INFO
RISIKO HEMOGLOBIN RENDAH (bawah bacaan 10)

PUNCA HB RENDAH:
  1. Peningkatan dalam isipadu darah
  2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  3. Penurunan kadar HB normal
  4. Kurang pengambilan zat besi dalam diet
  5. Kekurang folic acid
  6. Pendarahan gastrointestinal
  7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir


RISIKO HB RENDAH:


Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit


Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
  

  So tadi JM cadangkan saya beli IBERET di private clinic 500g sebiji. Ok..i'll try asalkan ia dapat membuatkan Hb saya kembali normal at least 11.0. Saya sangat berharap dan dalam 2 minggu sebelum temujanji yang seterusnya, Hb saya akan naik. Hoppefully...i really love him. 
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>

Saturday, 11 January 2014

Kewangan Kita

'Kewangan Kita'...Tajuk sikit punya sensasi la kan..sensasi ke??
Harga Minyak naik...Harga Makanan naik... GST... dan bermacam-macam lagi..sampai pening kepala macamana nak uruskan kewangan sendiri..
Gaji yang ada masih tidak mencukupi walaupun selepas meminimakan perbelanjaan..dulu Astro ada Pakej Sukan..sekarang just tengok Channel 801 saja..Tak langgan Astro..cuma TV1 dan TV2 saja yang nampak, itu pun sekejap jelas sekejap penuh dengan 'jerawat'..terpaksalah juga!!! Penggunaan elektrik dikawal sepenuhnya.. Anak-anak pun sudah pandai berjimat elektrik...GOOD GIRL..mujur air masih percuma..kalau tidak memang teruk laaaa...

Sabar saja la...!!

Mujur ada caranya bagaimana nak menyimpan untuk masa depan..berdikit pun asalkan ada...UNIT AMANAH..itu caranya...!! Alhamdulillah...Korang nak joinn tak?..Boleh PM kita ya..wah..wah..promote ni..hahaha...ini bukan promote tapi berkongsi kebaikan untuk masa depan yang lebih baik walaupun kita tidak tahu bagaimana corak kehidupan kita dalam 20 atau 30 tahun lagi..malah kita tidak pasti pun yang kita akan hidup ketika itu namun ia sebagai suatu persediaan..bukan hanya untuk kita saja tapi juga untuk anak-anak tercinta.

Semoga tahun 2014 ini memberikan sebuah sinar kehidupan yang lebih baik berbanding 2013..Amin!!
Like Jika Suka Ya..Dan Mohon Klik Tabung KKnk..TQ>